Skip to main content

Projek bulan pose.

Oleh : AdukaTaruna

[1]

1 program bual bicara bernama Jangan Tidur Lagi telah memberikan satu aktiviti yang bagus. Seorang artis bersama groupnya memberikan bungkusan makan malam kepada orang2 yang tidak berumah. Itu di KL. Satu lagi program Dana 1 Malaysia menyaksikan seorang jurutera wanita muda mempersembahkan program Hari Tanpa Lapar.

Gua ada fikir kalau kita2 ni dapat buat program yang seumpama itu. Jika tidak sebagus mereka, menghampiri sebagus mereka pun jadilah. Buat di tempat masing2, sekadar termampu. Tepekkan di FB dan blog masing2 supaya orang lain juga, terutama UMNO yang memiliki kuasa dan duit boleh buat berjuta lebih baik. Untungnya ialah rakyat juga.

Ingat usaha Kijang Care yang membawa pulang anak gadis Malaysia dari Lombok? Yang kini dilakukan dengan lebih baik dari itu melalui Putera UMNO. Itulah yang kita mahukan. Persaingan akan membela rakyat.

[2]

Jika gua spesifikasikan kepada Kota Bharu, mungkin tak banyak golongan merempat. Tetapi tetap ada. Yakni pengayuh beca. Selalunya mereka bermalam di kawasan stadium dan pasar besar.

Katakan ada 20 individu seumpamanya, dan projek menyantuni mereka itu sekadar sebotol air mineral dan 2-3 keping sandwich. Maybe kos RM2 setiap bungkusan. Jika 20 orang, baru RM40. Satu jumlah yang mampu pada kita yang kebiasaan ini.

Berkenaan dengan tarikh, dimaklumkan, pada 11 Ogos ini, satu pertemuan blogger dengan Pemuda PAS Kelantan akan berlaku. Dialog sambil makan colek.

Program yang bermula 10 malam itu kompom habis jam 12 malam. Sesi kemas-mengemas dah pukul 1.30. Sesi melepak tak rasmi sampai pukul 3. Jumaat pula cuti. So, gua ingat, kalau jadi, dan ada sokongan dari segi tenaga, marilah kita jayakannya sesama2. "Bersahur bersama warga jalanan". Kalau nak tukar istilah kepada "Bersahur bersama warga malam", peruntukan besar beb. Pekerja2 malam, mat2 rempit termasuk dalam projek.

Apa kata anda, dan apa kata sek2 Klate?


Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...