Skip to main content

Pok Kok Lorong Satey Baung.

Oleh : AdukaTaruna
Label : Peribadi

Ni N3 lebel peribadi. Nak baca, baca, nak skip sila. Malam tadi, gua settlekan urusan pos barang by bus. Guna Transnasional. Bas ni macam nomad. Dulu kat Langgar. Pastu Bilal. Skang kat stesen bas KB. Harga pun ikut suka hati driver.

Jadual bas pukul 8.30. Tapi sebab syarikat Melayu, bersapau gua tunggu. Dekat 9.30 baru settle urusan pos. Nak terawih sendiri2 kat rumah? AdukaTaruna ma gua. Takan ada punya. Bukan Hadi Awang atau Harun Din.

Masa menunggu tu, sebelah gua ada 1 pakcik tua dalam umur 70 kot. memang tualah. Bongkok. Pakai semutar, kain pelikat. bawak karung. Gua ingat golongan takda rumah. Gua haus. Beli air kotak. Tak sedap plak minum sorang. Gua beli 2. Gua pilih soya untuk orang tua tuh.

Bila kembali ke tempat duduk, gua hulur la. Ntah dia dah buka ke blum, mana kita tahu kan.

"Air, pakcik."

"Eh.. terima kasih. Ado ni, air. Baru lepas minum." (Kecek Kelate la.. gua nak taip tak tahu).

"Mari mano pakcik?"

"Pokcik mari ghumoh anok. Bla bla bla... Bas male2 ni payoh gitumo.." Sepatah haram gua tak paham. Pekat dan laju gile.

"Ho laa.. meme la.." Gua menyampuk dengan ayat yang neutral. Bleh masuk mana2 maksud yang pakcik tu cakap. Penyudahnya begini :

"Minta maaf pakcik deh. Kito ni ore luar. Nikoh ore sini. Tak bape pehe kecek Klate. Kito nak tanyo so jah. Pakcik nak kelik mano?"

"Baung."

"Molek. Kita nak kelik Padang Tembak. Mari sekali lah. Tapi kino tunggu bas sapa. Kito nak poh bare ore."

"Buleh belako Pokcik."

"Kito pun Padang Tembak gak be. ILP." Sekor budak menyampuk. Ada rakannya benjadikan jumlah 2 orang.

"Ho bereh. Mari skali."

pendek cerita settle pos barang, gua, pokcik tu, dengan 2 budak tu naik kete. Blah. Sampai Baung, pokcik tu suruh gua berhenti.

"Jauh ke dale tak cik? Cekak ko dok? Kito buleh antar masuk dale."

"Takpo la.. sini jah."

Pastu macam gua ramal. Bertekak pasal bayaran. Pokcik tu nak bayar, gua tak nak. Dia hulur not RM10.

"Mu tok buleh lagu ni we.. mano2 pung, mu kino hambek gak. Tok banyak, sikek."

"Oloh la.. ni meme laluan kito nih. Tok sah la.."

"Ambek we.. ambek.. Lagu ni gak, tok line hati pokcik."

Niamakahai. Gua dah la nak cepat. Bertekak pasal bayaran. Rasa nak tendang jer orang tua ni keluar. Then terus chow.

"Gini la.. gini. Kalau pocik nak bayar gak.. pokcik bayar denge doa jah. Ore tino kito ngandung 7 bule. Nok minto pokcik doake semuo selamat, sempurna, sihat. Buleh?"

"Oloh la.. kalau lagu tu gak.. insyaallah la. Pokcik doake. Tapi nak oyaknyo, kalau ado gapo2 gak, cari pokcik kak sini. Mari sini, sebut Pok Kok Lorong Satey Baung. Buke nak oyak pokcik panda, tapi alhamdulillah, pokcik buleh la sikek2 ubat ore."

"Insyaallah, pakcik, Insyaallah. Ha.. sore mari duduk depe nih."

Pastu gua chow hantar 2 ekor budak tu ke ILP. Macam biasa nak bayar gak.

"Dah2.. lu jangan nak mengada2. Tutup cermin tu. Abe nok cepat nih."

"Timo kaseh be.. Timo kaseh deh.."

"Bereh."

Gua pun meRX8kan Mazda 323 gua untuk settlekan baju Jeming Hassan dan ke program Cikgu Rahim. Ntah sapa ntah Cikgu Rahim gua pun tak kenal. Jeming sms, gua datang jer la. Sekali kena karaoke lagu dangdut. Nate mung ming. ---->> Tionaseng punya Cuping Merah.


Comments

  1. kahkahkah..... ok la tulisan lu kali ni buat layan perut wa yang kosong ni.... sapo pokcik tu Pok Kok Lorong Satey Baung?.... soho pokcik tu bro.... tapi wa tak kenal la.... hehehehe

    ReplyDelete
  2. Ntah. soho ke ntah. Tp tu la nama dia yg dia bgtahu. Maybe gua salah eja kot. Pok Kok / Pox Coke mcm tu la

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu