Skip to main content

Pemandu Kelantan adalah bodoh?

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Sikap Pemandu Di Bandar Kota Bharu Klntn Yg Bodoh.

Ini ditulis oleh orang Kelantan sendiri. Sahabat Zam Zamani. Antara tulang belakang dalam setiap program di Kelantan.

Gua dah lama gak nak tulis benda alah ni. Selalu berkongsi bercakap hal ini ialah Topeng Perak. Sebab Topeng membesar di luar hampir 30 tahun. Gua berada di luar Kelantan hampir 28 tahun. Memang berbezalah corak pemanduan orang Kelantan dengan luar.

Mengapa boleh jadi begitu? Gua lebih suka berfikir mencari kemungkinan2 sebab. Mengapa ia boleh menjadi begini dan begitu. Ianya boleh melenakan tidur gua. Jika tidak, ianya adalah beban kepada kepala otak gua.

Pemandu Kelantan perlahan.

Perlahan bos. Slow and steady. Kalau dah lampu hijau. Ada la dalam  3-4 saat baru respon. Masalah terjadi mungkin sebab di Kelantan tidak banyak jalan lebih dari 1 lorong. Belanjawan Negara N3 lain.

Kalau jalan yang ada 2 lorong seperti Jalan Tok Guru (baru tukar nama), pemandu perlahan pula ada di setiap lorong. Gua orang luar bro. Memang dah terbiasa cepat. So, lu boleh agak la betapa sensaranya gua. Haha.

Namun, bukanlah maksud gua, gua bawak kete macam pelesit. Kira standard biasa kelajuan orang2 luar la.

Kemungkinan terjadi budaya / fenomena ini.

1. Sikap tawadduk. Pendidikan Kelantan maybe lebih kepada kerohanian. Pendidikan agama wujud hampir setiap mukim. Bukan setiap daerah lagi, tapi setiap mukim. So, bawak kereta santai sambil berzikir kot. Gua selalu tengok muka pemandu yang perlahan setiap kali gua berjaya potong. Kebanyakan muka jenis jurus la.

2. Tidak banyak jalan lebih dari 1 lorong. Tiada highway. Di mana ini semua berperanan mempengaruhi corak pemanduan tempatan. Kat luar, kalau memandu sambil pegang tasbih di laluan laju, memang kena hi beam + hon + maki-mahun 2-3 bakul. Orang kapel yang memandu sambil bercinta pun tahu duduk lorong perlahan.

3. Peratus pemandu jenis cepat maybe berhijrah ke luar Kelantan. Yang tinggal di Kelantan ialah pakcik2 tua, pemilik2 perniagaan yang tidak perlu kejar masa punch card, pemandu2 yang berjiwa tuan / merdeka bukan berjiwa kuli, pemuda2 yang berbudaya memandu ala Kelantan. Tidak terdedah dengan corak pemanduan luar.

4. Maybe dalam bandar diorang releks anda steady ala2 cari rumah sewa. Tapi kalau pergi KL, KB-KL 4 jam.

Peranan signal.

Di luar, cara pemanduan kereta memang dianggap biadap kalau dilihat mata kasar. Tiba2 potong Q. Tiba2 tukar lorong. Tapi hampir semua menggunakan signal. Kita boleh agak dan faham perubahan keadaan kereta depan atau belakang. Malah, kalau kita lihat pemandu depan usha melalui cermin pandang belakang, kita dah bleh agak kereta tu nak tukar haluan.

Di Kelantan tidak macam tu. Maybe membazir kot kalau guna signal. Atau guna signal agenda Yahudi. Jangan ketawa. Gua ada member Tabligh. Dia naik kete sebelah pemandu dengan cara aneh. Seolah2 melompat. Sebab dia kata Yahudi sengaja cipta driver sebelah kanan. Supaya pemandu melangkah masuk dalam kereta dengan kaki kiri. Tu yang terjadi kemalangan. Oleh sebab itu dia masuk kereta di sebelah pemandu dengan kaki kanan dulu. Tinggal komputer lu kejap, dan pergi test.

Kembali bab signal, yang ni gua pening sket nak cari sebab. Kebanyakan peristiwa berlaku kalau lu nak melintas, ada kereta. Lu tunggu la. Bila dekat kereta tu rupa2nya belok simpang kita tanpa signal. Panas jer. Nak maki tak bleh. Muka ada nur. Pakai kopiah. Senyum jer pemandunya.

Hahaha.. lain padang, lain belalang maa... yang sama dengan luar ialah cara pemanduan Mat2 Rempit. Yang kereta, memang berbeza, bro..


Comments

  1. Hal ni Pak Din dah tulis di dalam satu N3 dulu.

    Pak Din tak kata 'Bodoh' tetapi 'Gila!'

    ReplyDelete
  2. Saya suka dengan ayat ini

    "Di Kelantan tidak macam tu. Maybe membazir kot kalau guna signal. Atau guna signal agenda Yahudi. Jangan ketawa. Gua ada member Tabligh. Dia naik kete sebelah pemandu dengan cara aneh. Seolah2 melompat. Sebab dia kata Yahudi sengaja cipta driver sebelah kanan. Supaya pemandu melangkah masuk dalam kereta dengan kaki kiri. Tu yang terjadi kemalangan. Oleh sebab itu dia masuk kereta di sebelah pemandu dengan kaki kanan dulu. Tinggal komputer lu kejap, dan pergi test."

    Kereta Right Hand Drive adalah ciptaan British. Ia bertujuan untuk memudahkan pasukan berkuda berjalan sebelah kiri untuk menggunakan pedang tangan kanan. Terjadinya Right hand drive. Tak semua negara dunia guna Right Hand Drive dan kebanyakkan negara jajahan British seperti Malaysia memandu guna Right Hand Drive. Ia memudahkan orang bertangan kanan seperti membayar tol dengan tangan kanan, senang salam dengan buka tingkap kanan. Mana lagi berkat? Mungkin Orang Tabligh tu kidal dan mesti tak tahu bahawa Right Hand Drive lagi mudah untuk dipandu dan lebih semula jadi kerana kunci stater sebelah kanan dan signal pun sebelah kanan serta pegang stering sebelah kanan. Orang Tabligh tu mesti tak pernah baca sejarah komanwel.

    Left Hand Drive di US dan dunia lain pula berasal dari Napoleon yang kidal. Napoleon memaksa rakyat Perancis berjalan arah kanan untuk memudahkan tangan kiri digunakan. Amerika dulu pun Right Hand Drive tetapi mahu hilangkan pengaruh British di US, tukarkan Left Hand Drive. Saya gelarkan Left Hand Drive kereta kidal kerana membayar tol menggunakan tangan kiri.

    Saya memang perasan bahawa pemandu menggunakan nombor plat D dan T memang membelok tanpa memberi signal. Agaknya susah sangat ke nak nyalakan signal dimana suis signal berada di kanan stering (sebelah kiri kalau kereta buatan Eropah)? Aku agak pantang sangat pemandu tanpa memberi signal kerana tiada tangan untuk menggunakan.

    ReplyDelete
  3. Sebelum kita bercakap tanpa ilmu baik kita perhatikan hadis di bawah..
    8 Sunnah Lengkap Ketika Berkenderaan
    Memulakan dengan : kaki kanan
    Kemudian, membaca: بِسْمِ اللهِ
    Apabila berada di dalam kenderaan hendaklah membaca:
    الْحَمْدُلِلَّه
    Kemudian apabila kenderaan bergerak barulah membaca:
    سُبْحَانَاالَّذِي سَخَّرَلَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُو مُقْرِنِيْنَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ
    ( Maha suci Allah yamg memudahkan perjalanan ini untuk kami, sedangkan kami tidak mampu mengendalikannya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kami akan kembali)
    Kemudian, ucapkan tahmid 3 kali :
    اْلحَمْدُ الِهَِTu
    Disusuli takbir 3 kali :
    اللهُ أَكْبَرُ
    Dan mengucapkan:
    سُبْحَاكَ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِيْ فَاغْفِرْلِيْ فَإِنَّهُو لَا يَغْفِرُالذُّنُوْبَ إِلَّا أَنْتَ
    (Maha suci Engkau sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri, maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau).

    Kemudian yang akhir,
    lihat ke langit dan tersenyum.
    Rasulullah SAW apabila selepas melakukan sebagaimana di atas telah ditanya seorang sahabat. “ Kenapa kau tersenyum, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya Allah sangat gembira apabila hambaNya mengucapkan:
    رَبِّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ غَيْرُك
    ( Tuhanku ampunilah dosa-dosaku, kerana sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau).

    ReplyDelete
  4. Ikut orang thailand atau indonesia bawak tuk-tuk je. Nak masuk kiri boleh, kanan pun boleh. Selesai masalah. Atau beli je kereta F1 takada pintu. Boleh masuk ikut suka nak belah mana. Itu pun kalau JPJ boleh bagi approve guna kat jalanraya mesia...

    Apa rahhh??? Benda macam ni pun jadi isu besar. Macamana Islam nak maju? Kenapa orang Islam tak cipta kenderaan sendiri? ...banyak songeh

    ReplyDelete
  5. bro lu pernah pegi melaka ke?..... melaka belah N9 jer.... elok la lepas 10 tahun lu dok kelantan lu pegi melaka.... dulu wa pelik gak apasal di melaka jarang kita dengar ada eksiden....

    tapi wa pelik gak.... semasa wa pegi melaka wa benti satu kedai char kuew tiaw tepi jalan dekat maybank (wa lupa nama tempat tu)...
    tetiba kete wa sedang leklok lepak tepi jalan tu bergoyang.... rupa²nya kete wa kena langgar.... pemandu cabut camtu jer.... seb baik kete wa 4X4....

    pelik kat sini... kete dok parking leklok pun kena langgar.... hahahaha

    ReplyDelete
  6. -btul la kate lu,lain padang lain belalang..kalo lu pg indon (bali n bandung cthnya)..diorang plak gile bg hon..nk msuk - kuar simpang,nk potong, nk berenti, nk parking ke tepi jln raya, nk gerak dr trafic light, nk bg laluan ,bole dikatakan sume nk hon..kalo kat kl , asal bagi hon je,silap2 dpt isyarat jari tengah xpun buku lima, hehehe..

    -cume kalo isu pemandu yg slow kat kelate tu, wa stuju ngan lu yg diorang sume ngah pegang tasbih smbil memandu..

    ReplyDelete
  7. Ho ho ho..nasib baik pgg biji tasbih zikir tu sebelah tgn saja. kalau 2 2 tangan pgg tasbih lagi jammed....Bottomline is ..."ikut apa yg elok. Tinggal/buang yg tak elok/buruk."

    jalan raya kita ni 'berhantu'...arghh..bukan pasal penunggu jalan, mambang apa! Ni pasal sikap kita sebagai pengguna jln raya juga.. uncivilised kdg kdg.. gila-gila, selalunya.

    Tempat lain budaya lain, kan? ada baiknya kita combine ilmu, budaya orang lain (wlau dia kapir pun) kita add-on sama ilmu, doa, fikrah Islam dlm setiap masa kita atas jln raya/on the road.

    p/s: Untuk kebaikan kita semua, saya kongsi...kat UK, jarang sgt depa guna hon kereta..rude they say. Jarak antara kenderaan pun agak jauh..selamat! Zebra-crossing is a must to stop kalau ada pedestrians/orang jln kaki nak lintas jln. DAn polis trafik depa akan saman semua walau kamu menteri pun. SINI? Pehh..kita kawtim la, bayaq ..kasi tutup cerita..selesai. Bangga gua duk M'sia ni, siot.

    ReplyDelete
  8. alah Kay El lagi ganas.... kete depan hoyong hayang.... cam orang mabuk jer.... tetiba ada cam belah penumpang depan tu baru bangkit dari tunduk buat sesuatu... hahahahahaha

    ReplyDelete
  9. Hahahaha tajam sungguh pemerhatian abanghensem. wakakakaka

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu