Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Aug 12, 2011

Nabi mana yang suruh mengaji guna kaset ntah.

Oleh : AdukaTaruna

Gua tak nak ulas isu mengaji guna kaset dari sudut politik. Tapi dari sudut pandangan gua. Setuju, setujulah. Tak setuju, tak setulah.

Gua paling berbulu pakcik Melayu surau pasang kaset mengaji guna speaker. Kalau sendiri mengaji takper. Tapi pemalas punya Melayu. Guna kaset. Memekak satu kampung. Azan lagi setengah jam.

Gua nak stori satu kes. Jangan anggap gua umum ibadah gua plak. Ada sekali dalam setahun gua datang surau awal. Mengaji sekadar dengar kat telinga gua la kononnya. Lambat lagi nak azan time tu. Baru 2-3 minit mengaji, datang pakcik surau. Bukan tak tahu gua tengah mengaji. Selamba masuk bilik azan, buka kaset mengaji guna speaker. Hambek ngko.

Walau dulu Qari tahap kampung dan sekolah rendah, tapi pasal sekali sekala dalam setahun, gua ni tahap merangkak la bab ngaji ni. Merangkak satu hal. Lagi satu hal ialah hari tu jer la gua tetiba alim nak mengaji. Bukan senang nak dapat iman tetiba tahap ulama camtuh.

Terus potong tak bleh mengaji gua. Tionaseng punya pakcik Melayu. Ntah sapa punya nabi yang dia ikut ntah. Berbulu punya pasal, sampai gua berfikir, mampos dia nanti, gua nak rakam tahlil yang dibuat keluarganya dalam kaset. Lain kali kalau keluarganya nak tahlil, pasang jer kaset tuh. Ulang la hari ke 7 ke, 40 ke setiap hari ke.. siap guna 2 speaker lagi. Maximum volume. 1 speaker kat rumah keluarga dia. 1 lagi dalam kubur dia.


7 comments:

mountdweller said...

Haa.. yang suruh pakai kaset tu bukan Nabi tapi Labi-Labi!

aljo said...

Kalau azan pun guna kast boleh tak?

Sekamar Rindu said...

salam..

hahhaaa tergelak memabaca kome bro mountdweller tuuu..

abanghensem said...

pasni ada la kata blog ni wahabi....
wa memang bebulu kalau jenis semuanya nak gguan speaker...

bukan mengaji jer.... lepas solat tok imam cabut la mikrofon tu... nak wirid ke nak ratib ke jangan la sampai ganggu orang sekeliling... tak tau ke orang lain kat umah ada nak buat solat sunat... nak baca al quran.... nak study....

cuba belajar la hormat orang sekeliling.... kita melenting bila orang hina agama Islam.... tapi kita kurang ajar ngan orang ....

Kepala Manchiss said...

heh. orang wel wel tahu marah.

xxxxxxxx said...

http://drmaza.com/home/?p=1546

Hanz Newman said...

Sokong... isu guna pembesar suara kuat-kuat untuk mendendangkan bacaan Quran sememangnya penyakit syok sendiri,annoying too.. it's long time coming. Dulu heran juga, tak kan amalan begitu 'sunat'? Rupanya..bidaah a.k.a. BEdeah aje orang Perak kate.

Ate nak memuliakan Suran, baca ler sendiri Quran tu elok-elok tarannumnya ... cukup ler azan kita kuatkan sikit suaranya. Tu pun biar Tuk Bilal yg bagus suara & betul bacaannya...kalau tak, memalukan Islam kita juga. Tak payah kuat melalak macam nak pecah tekak.

Tak lama lagi ada yg kata, ni DAP nak halang Islam la, menghina Islam la, bagai. UMNO la sapa lagi juara puto-alam kat Messia ni.. Blog ni Wahhabi kut? Tak pun Syiah? Whatever!
ho ho ho