Skip to main content

MEMINTA BANTUAN PEMBACA

SAFIAN MENUNGGU RAWATAN





MEMINTA BANTUAN PEMBACA

Adik Safiah Mardhiah, 5 tahun akan menjalani pembedahan 'open heart surgery' bagi menutup lubang pada jantungnya. Dia merupakan anak kepada salah seorang aktivis Anwar Ibrahim Club (AIC) dan anggota Angkatan Muda KeADILan, Mohd Zulfadzli Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Zul Bumilangit.

Ini adalah pembedahan kedua setelah prosedur pertama pada disember 2010 menggunakan tiub TEE gagal kerana diameter lubang yang terlalu besar. Pembedahan kedua ini lebih berisiko kerana melibatkan tulang dadanya dibelah untuk mengeluarkan jantung.

Untuk pengetahuan, semua kos perubatan dan pembedahan ini tidak ditanggung oleh pihak insuran kerana ia dikira kecacatan sejak lahir. Dalam pembedahan kali kedua ini akan dijalankan di Institut Jantung Negara pada hari raya ke 10 (10 September 2011) dan dijangka menelan kos sebanyak RM25,000 yang mana sebahagian daripadanya ditanggung pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, isteri beliau terpaksa berhenti kerja untuk penjagaan pos surgeri yang mengambil masa sekitar 2 - 3 bulan sebelum Safiah boleh ke sekolah semula.

Harapnya, disebalik kemeriahan kita menyambut hari raya, ada yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban, apatah lagi pada bulan Ramadhan ni.

Sumbangan boleh disambungkan terus kepada Mohd Zulfadzli (Maybank) 162209905368

atau hubungi beliau di 0192717548 atau melalui emel di

mohdzulfadzli.abdulhalim@malaysiaairlines.com atau jonbuobage@yahoo.com

Kes adik Safiah Mardhiah boleh dirujuk di IJN melalui no MRN: 215319


 

Comments

  1. mintak la kat nuar berahim..dia duit banyak..upah pakar DNA dari luar boleh bayaq..stakat derma mcm ni xkan x boleh kot??

    ReplyDelete
  2. penjawat...tak payah melalut la. Ni hal charity is open to us to give. Tolong, kan? nama pun mintak tolong - tolong orang yg tak mapu penuhi keperluan dia. Caya, bagi brp pun RM. Lu tak mau bagi sikit, lu punya pasal la. Lu tanggung dosa lu sendiri.

    Lu pernah tgk Bersamamu tv3 tu? Lu pernah komplen tak depa tv3 tu mintak derma untuk tolong orang susah (which i doubt every single cent spent on needy)...?? APASAl tv3 nak mintak mintak masuk macam pengemis duit kita untuk bank-in atau cheque-in kat bank depa? APASAL tak kerajaan N****-Rosy-mah saja tolong bagi duit, brg dapur, apa saja keperluan rakyat kita yg susah tu? Charity, kan? Sama-sama tolong la.

    Sedih rakyat kita masih tak tau beza yg baik-vs-jahat, mana kerajaan-vs-UMNO,mana charity, mana betul-2 pengemis?

    ReplyDelete
  3. Oiii penjawat lu nak tunjjuk boddo pun buat kat lain la...... apa komen lu kerajaan negeri kelantan derma kat satu negeri BN RM 1 juta semasa negeri tu kena banjir besar hari tu?....

    kalau tak nak dermna jangan kacau orang...

    ReplyDelete
  4. bro..bukan aku xmau tolong..xdak masalah..nama pun charity..isu derma ni ikhlas..tapi apa salahnya you all buat surat mintak derma kat nuar ibrahim..ni salah seorang anak aktivis yang siang malam dok mempertahankan dia..buat macam derma masjid..utus surat pada nuar ibrahim...kot-kot dia terbuka hati nak derma..bukan kau nak politik sangat..tapi you all kena fikir..you all bergadai nyawa untuk dia..apa yang you all dapat..time ni la you all perlukan bantuan dia..

    ReplyDelete
  5. Oh penjawat... aku suka orang macam ni... kritis tapi very open to critism himself... great!

    1st, mintak maap la kut terasa hati gua 'sound' lu b4.. ok?

    2nd, betul jugak tu, selepas doa mintak Allah sembuhkan anaknya yg sakit tu elok la orang PKR tu cuba jugak mintak DSAI tu, dia kaya raya jugak orangnya walaupun mungkin tak sekaya Rosy-mah tu. Buat surat rasmi ker kalau berani pegi aje paw DSAI tu. Sapa lagi orang bawahan nak mengadu kalau bukan kapla dia, kan? Ketua prihatin mesti hulur (RM & arahan spesifik) apa yg patut.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu