Skip to main content

Kalau PR diberi mandat perintah Malaysia, gua nak kempen kepala KTM ditukar.

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Kecik atau besar media persendirian gua bukan isunya. Isunya ialah apabila runtuhnya BN, media akan bebas sebab PR belum mampu lagi menjadi penjahat media. Kena 20 tahun perintah baru PR akan berani jadi BN.

Jadi, pada saat2 awal pemerintahan PR, media TIDAK AKAN menyorok korupsi atau kelemahan kerajaan. Jika Suara Keadilan dan harakah sorok, Utusan Malaysia akan jadi pembangkang yang bagus. Tak berani nak gila babi sebab tiada lagi perlindungan politik.

Sehinggalah keadaan negara menjadi satu negara yang tidak selamat kepada orang2 yang menjawat kuasa tanpa melalui merit. Tidak selamat pada orang2 yang menjawat tugas tanpa melalui kable2 politik. Negara akan menjadi seperti negara maju yang menyaksikan orang2 yang memegang amanah terpaksa meletak jawatan setelah kegagalan diaibkan oleh media2 rakyat.

Itu yang kita mahukan. Amin..

[2]

Barulah masuk kepada tajuk N3. Yakni prestasi kerja KTM. Skang tahun 2011 bro.. 11 tahun setelah zaman kononnya masalah pepijat. Zaman millennium. Keteapi tidak lagi dieskot askar beb. Ancaman komunis secara senjata pun puluh tahun berlalu.

Masalahnya, jadual ketibaan yang ditulis dalam tiket KTM pasti tersasar. Jauh plak tu. Kalau ketibaan lewat ke Seremban atau KL, gua faham. Sebab projek landasan berkembar Seremban - Gemas. Itu dulu. Projek tu dah nak siap dah. Kalau Tumpat-KL waktu tiba tepat. Kalau KL-Tumpat lari 2 jam lebih. Kan ke tut tut namanya tu. (tut tut adalah word mencarot versi Ramadan).

Lewat ke destinasi Kelantan dan berkadar terus ke stesen akhir, Tumpat. Lu bayangkan, dalam tiket tulis pukul 0921, tapi sampai pukul 1200. Lari 2 jam setengah. Boleh pergi Kuala Terengganu punya masa yang dibazirkan. Kalau total warganegara Kelantan jer kira ok lagi. Tapi ramai omputeh dalam train tuh. Setiap kali gua naik KTM, mesti kes sama berlaku.

Gua tak tahu apa penjelasan kepala KTM dalam hal ini. Kalau setakat menjawat jawatan atas tiket kable UMNO, gua minta2 PR akan menang PRU13 nih. Amin. Dan sebelum PR jadi jahat macam UMNO-BN, gua akan kempen dalam media setakat yang mampu gua capai untuk terajang kepala KTM.

Ikut mata kasar gua, kejadian lewat adalah disebabkan keteapi yang bertembung. Nak guna 1 landasan. So, mana2 keretapi yang paling hampir dengan stesen akan mengalah. Dan perlu berada di landasan simpanan sehingga keretapi lawan tiba.

Tapi sebab kepala KTM ni dilantik bukan atas merit dan kelayakan, maka, benda mudah nak settle ni pun tak bleh fikir. Kalau gua minta landasan double gua fahamla Kelantan adalah warganegara tiri kerajaan. Tapi, dah nama pun Keteapi Ekspress, Keteapi kecik perlulah dijadualkan semula bagi memberi laluan kepada yang ekpress. Nak mencarut kang pose plak.

Benda matematik mudah, ma. Berapa maksima masa yang perlu berhenti di setiap stesen. Berapa kelajuan minima keretapi. Jarak dah tentu tak berubah. So, kita boleh kira (tambah tolak 15 min) keretapi Ekspress tu sampai di setiap stesen. Bermakna, keretapi bukan Ekspress, kena tunduk pada yang Ekspress. Walau apa pun yang berlaku, keretapi bukan Ekpress perlu berada di landasan simpanan di stesen sekian selama masa sekian.

So, baik Ekpress, mahupun bukan Ekspress, kita dapat jadual yang tepat. Lari pun sekitar 15 minit. Nak kata ulama yang jadi kepala KTM, bawah UMNO gua yakin, bukan. Tapi apsal lembab berfikir ntah la...

Tugas tu perlu diberikan ikut merit. Walau pun satu hari nanti ikut merit, bila ada kejadian2 bodoh yang tak settle2 berpuluh tahun bawah kepala yang sama, kita akan terajang dia. Guna kuasa media, guna kuasa demokrasi BERSIH.


Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu