Skip to main content

Isu kod Mykad '71' : Blogger Umno pandy kutty punya spin

Oleh : Cengau Daun Kari

Dalam seminggu ni portal berita bebas dan blog yang menyokong Pakatan Rakyat hampir semuanya ulas isu 'Mismah Gate'. Sebelum aku ulas pasai blogger Umno pandy kutty punya spin isu ni elok aku cerita secara ringkas macamana isu ni boleh timbul untuk mudahkan orang yang masih blur pasai isu ni faham apa cerita sebenarnya dengan isu 'Mismah Gate' ni.

Isu ni timbul bila dibuat screening ke atas senarai nama dalam Rang Daftar Tambahan suku ke-2 2011 yang dipamirkan untuk semakan dan bantahan bermula  27 Julai hingga 2 Ogos lepas. Kalau tak silap aku mula terbit dalam blog Amenoworld, kemudian dalam blog Perisik Rakyat sebelum disensasikan dalam Malaysiakini.

Nama Mismah ni tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan dengan status "Pendaftaran Baru". Bila disemak no Mykad Mismah ni di laman web Jabatan Pendaftaran Negara  didapati Mismah ni adalah pemegang Mykad warna merah iaitu Pemastautin Tetap macam imej kat bawah ni.

Tambah menarik isu ni, bila disemak belah petang 2 Ogos, tak lagi keluar imej MyPR yang warna merah tapi keluar MyKad yang warna biru.

Bukan nama Mismah sorang saja yang ada kod '71' dalam senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan suku ke2 2011 yang berstatus "Pendaftaran Baru" yang tiba-tiba 'jadi warganegara' tapi banyak nama lain termasuk nama Rita macam imej kat sebelah ni.

Semakan status IC tu di semak di http://www.jpn.gov.my/semakic/display_myPR.php

Pengarah JPN dalam kenyataan dia mengulas isu ni macam yang dilaporkan utusan bagitau:
"Beliau telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19, Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - Utusan.
Pakatan Rakyat payah nak terima penjelasan Ketua Pengarah JPN ni pasai dari track record JPN contohnya macam di Sabah, memang ada kes warga asing dibagi MyKad semata-mata supaya boleh mengundi untuk kalahkan PBS masa tu sampai ada kakitangan JPN yang ditahan di bawah ISA.

Ok, apa pulak yang blogger pandy kutty Umno punya spin dengan isu ni.

Puak-puak pandy kutty tah dari sumber mana depa dapat aku pun taktau, depa kata Pakatan Rakyat kata semua yang ada kod '71' pada MyKad sebagai pendatang asing, pemastautin tetap, pengundi hantu dan yang sewaktu dengannya.

Dari situ depa dakwa ada ramai termasuk 3 pemimpin PKR; Azmin, Saifuddin dan Zuraidah sebagai pendatang asing dan pengundi hantu pasai ada kod '71' pada nombor MyKad depa.

Tah mana depa dapat maklumat mengarut pasai kod '71' tu aku taktau. Sebenarnya kod '71' tu menunjukkan seseorang tu lahir di luar negara. Mungkin ramai yang salah faham sebab dalam laman web JPN sendiri ada dipaparkan banyak 'kod negeri' dan 'kod negara' tapi takdak pulak cerita apa maksud kod '71' ni.

Apa pun, aku yakin 3 pemimpin PKR tu bukan asalnya pendatang asing tapi yang sebenarnya adalah anak kepada warganegara Malaysia tapi depa dilahirkan di luar negara. Memang kalau ikut undang-undang anak kepada warganegara Malaysia tetapi lahir di luar negara berhak jadi warganegara secara automatik dan didaftarkan sebagai warganegara.

Kerja buat blogger pandy kutty Umno BN tu sebenarnya menunjukkan keBANGANGan depa dalam isu 'Mismah Gate' ni. Tapi nak kata apa, kut mana pun depa kena spin isu ni pasai memang depa dibayar untuk buat kerja-kerja spin ni, tak kira la kalau nampak BANGANG pun, yang penting payment masyuk...



Comments

  1. KAH KAH KAH
    beb.. INDON dan BANGLA jadi taruhan parti pandi kutti.. kah kah kah.. ari tu mase kita meeting blogger kek dewan assembely.. ada tak INDON dalam tu ? kah kah kah..
    beb linkkan ini blog beb kek blog lu.. http://bagindareformasi.blogspot.com.. gua yg kek sebelah lu tu masa mengadap papan board.. masa second round lepas kita keluar isap pit ari tu reramai kah kah kah kay cawsin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...