Skip to main content

Isu gereja Hasan Ali : Huraian pendapat gua.

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Ramai yang bertanya gua pendapat mengenai isu nih. Dan mula2 gua kena bagitau bahawa gua tahap tertinggal basikal Pixie dalam isu nih. 3hb - 5hb gua tak online. Gua blah Seremban settlekan kes hina Sultan Johor, settlekan solat hajat mudah2an isteri dan anak gua selamat, sihat dan sempurna sesama adik-beradik gua, settlekan rombongan 'anak buah Ali Rustam yang PAS Reform' berbuka puasa rumah gua. Settlekan program mencemar duli mengadap Hokage (nenek) gua yang berada di Inas, Johol.

Jadi, gua berikan pendapat gua berdasarkan pembacaan semula. Macam biasa, setuju, setujulah. Tak setuju, nak kritik boleh, nak maki sila, nak campak dalam longkang pun takda hal. Kat medan hujah jer kita lawan2. Kat luar kita kawan. Profesional. Setakat pengundi biasa tu, tak payahlah nak 'bergaduh' demi bangsawan sampai ke alam luar.


[2]

Gua dan rakan2 sudah lama menentang Hasan Ali dan team Hadi secara bertajuk. Sokongnya kami pada tajuk akan team Hadi, atau lawannya kami pada team Hadi, kami tetap tidak berubah. Kereta gua tetap Mazda. Xenan tetap bekerja sendiri. Evelyn tetap dengan bisnesnya. Yang lain2 tetap dengan kerja dan PASnya. Jean Francois jer yang kini join KIMMA. Tiada kepentingan atau upahan. Di bawah adalah gambar gua membakar karikatur Hasan Ali, atas tajuk tertentu, lukisan gua sendiri. Kami berada di depan perwakilan PAS bertahun2 lamanya.



Dan dalam tajuk serbuan ke atas gereja ini, setelah membaca dan berfikir mengikut tahap kemanusiaan gua, gua simpulkan begini :

Dari sudut perlembagaan.
Dari sudut teknik2 yang sesuai menegakkan perlembagaan.

[3]

Dari sudut perlembagaan.

Dari sudut ini, dari premis ini, telah dituliskan, menyebarkan agama lain kepada penganut agama Islam adalah salah. Tetapi, salah atau tidak salah itu memerlukan bukti sebagai definasi. Bukti tidak boleh sekadar disebut oleh lidah.

Dan dalam usaha mendapatkan bukti, atau bertindak berdasarkan bukti, sesuatu perkara yang dilakukan itu haruslah sehingga dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Jika sekadar menyebut dengan lidah mempunyai bukti, dan bertindak kaedah provokasi seperti menyerbu, tetapi bertujuan sekadar menjadi mainan dan perbahasan media, tidak sampai ke mahkamah, maka; ianya sudah lari dari tajuk ini. Menegakkan perlembagaan negara.

Dan jika dibawa ke mahkamah selepas membaca N3 gua ini, dengan persediaan ala-kadar, tidak cukup, juga tidak menepati tajuk menegakkan perlembagaan negara. Definasi ala-kadar dan tidak cukup itu akan kita dapati semasa kes berjalan di mahkamah nanti. Pasti ada sesuatu sebab lain. Dan mari kita kaji lagi.

[4]

Dari sudut teknik2 yang sesuai menegakkan perlembagaan. 

Terdapat perbezaan antara orang yang bertindak demi Islam, atau orang yang bertindak demi diri sendiri. Mengapa gua mengatakan demikian? Mari kita lihat.

Jika seseorang itu terikat akan kesatuan jemaah, terikat akan kesucian nama Allah, terikat kepada tanggungjawab menjaga imej Islam, terhadap bukan Islam yang sedikit pengetahuannya terhadap Islam (bukannya sesama Islam), pasti dia akan melakukan sesuatu tindakan itu dengan teknik diplomasi. Bukan teknik provokasi.

Kadar pertumbuhan saudara baru Islam di Malaysia, walau bukan Islamnya hidup hampir 100 tahun di kalangan Islam berbaka Melayu, sangat lembab. Pasti ada sebabnya. Apakah cara diplomasi yang mungkin boleh digunakan Hasan Ali jika dia tidak bertindak atas kepentingan peribadi?

i. Bukan serbuan semboro untuk isu media dahulu. Tetapi kemukakan bukti sekadar ada dalam jemaah yang diwakili. Majlis Syura adalah sistem tertinggi yang ada. Bermula di situ. ATAU..

ii. Bukan serbuan semboro untuk isu media dahulu. Tetapi mengumumkan dalam media terlebih dahulu. Mendapat maklumat ada kegiatan penyebaran agama lain terhadap penganut Islam. Seperti Ketua Wanita UMNO Siti Zahrah yang mengumumkan kegiatan Black Metal sebelum menggembleng massa membasminya. Hangat2 taik ayam N3 lain. Memang akan ada bantahan. Dan sila kemukakan hujah. Jangan lari macam Hadi Awang ke London dan muncul apabila kerusi tergugat. ATAU..

iii. Bukan serbuan semboro untuk isu media dahulu. Tetapi menghantar wakil secara terbuka atau risikan (mana2 yang difikirkan sesuai) dalam program tersebut. Seperti mana SB yang hadir dalam setiap program2 yang berpotensi meruntuhkan UMNO.

Mengikut mana yang difikirkan sesuai atau lebih baik dari apa yang gua tuliskan ini. Itu bezanya orang yang bertindak atas sebab Allah, atau bertindak atas sebab peribadi. Mari lihat pula persoalan berbangkit untuk kefahaman seterusnya.

[5]

Seterusnya persoalan yang timbul.

i. Jika tiada perjuangan mencerdikkan perwakilan PAS yang sedia ada bodoh ini bertahun2 dulu, bantahan 10 MP PAS, desakan EGM, perubahan pemilihan; maka Team Hadi Awang ini sangat2 berkuasa. Hasan Ali bocor rahsia, Khalid Samad kena gantung. Apakah pendirian PAS akan tindakan serbu gereja yang tidak menepati maksud menegakkan perlembagaan negara ini oleh Hasan Ali?

ii. Tindakan Hasan Ali itu berdasarkan prinsip menegakkan perlembagaan negara, atau sekadar provokasi media. Serbu dan mendakwa itu dan ini hanya di media. Tiada usaha membawa ke mahkamah?

iii. Hasan Ali membuat kenyataan rela dipecat. Adakah ini tindakan Hasan Ali yang mahu karier politiknya berakhir secara 'mulia' hasil gerakan serbu-provok tanpa mahkamah? Dari berakhir secara hina kerana tahu dia berada di penghujung karier politik?

Jika kemungkinan ini adalah tepat, dan diandaikan N3 ini tidak dibaca, adakah Nasha juga akan melakukan satu peristiwa yang bakal mencatatkan karier politiknya berakhir secara mulia? Dipecat kerana Islam (konon). Bukannya ditolak ahli dan perwakilan.

iv. Jika Allah takdirkan ada pertandingan Presiden, dan Hadi Awang tewas, adakah Hadi Awang akan mengeluarkan buku tahaluf siasi dengan UMNO bersama2 dalil2 hafalannya?

Lu fikirlah sendiri. Lu berjuang kerana jenama, atau tokoh manusia, atau kasta ulama / profesional?


Comments

  1. wa ni jenis pengikut malas baca....
    bosan ah artikel lu ni.....
    malas wa nak baca... huarghhhhh.....
    ngantuk nyeeeee.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.