Skip to main content

Aktiviti ramadan zaman kecik2.

Oleh : AdukaTaruna

Masa zaman kekecik dulu memang best woo.. hidup boleh kata takda masalah. N3 ni mengimbau kenangan bulan pose zaman gua kecik2 dulu.

[1]

Main perang-perang guna mercun. Masa tu mercun belum diharamkan. Budak2 plak terbahagi ikut group kawasan kejiranan masing2. Takdala sampai bergaduh. Just seronok main perang2. Antara senjata ialah Thunder Clap, mercun das dan dragon. Kawasan gua kawasan perumahan. Mercun sesat masuk rumah orang tu biasa.

Peliknya takda putus jari, mata buta time zaman gua. Sekadar kebas, baju Melayu berlubang, rambut terbakar tu biasala.

[2]

Main meriam tong. Guna karbait sebagai bahan letup. Perlu campur air untuk dapatkan gas mudah bakar. Tong sampah jenis besi atau tong drum yang dipotong setengah. Tangkupkan, dan tebuk lubang. Kayu pencucuh sepanjang semeter. Itu zaman gua. Main sebab mahu orang kampung report polis. Bila polis datang lari secara berjemaah. Time tu seronok. Tapi kalau kena tangkap, sendiri mau ingat.

Zaman adik gua main meriam paip besi yang besar tu. Letak atas bahu. Telinga sumbat mp3. Cucuh guna lighter. Gilo. Nampak kat gua, membebel gak gua.

[3]

Kampung gua best. Malam raya acara takbir rumah ke rumah. Dibahagikan ikut group. Bidaah N3 lain. Siap ada tong derma. Group Aboy Gemok selalu masuk rumah yang ada awek. Gorup Ayet motif usha anak Usop Misai. Bekas ADUN Sikamat. Group gua jer yang ikhlas. N3 gua, gua la hero. Rumah Taufek PJ Negeri 9 pun dulu join bidaah ni beb.

Setiap rumah hidangkan makanan dan minuman sekadar mampu. Kalau hidang berat2 pun memang takan mampu makan punya. 1 group maybe takbir dan berdoa dalam 15-20 rumah.

So, malam raya, memang meriah. Jalan2 penuh dengan kanak2 dan jemaah surau yang menziarahi rumah one by one ikut pembahagian kawasan. Kat sini, Padang Tembak Kelantan ni, malam raya tgk lumba kereta.

[4]

Under Pakcik Rahmat, surau kampung gua ada budak2 yang membantu perjalanan ramadan. Di namakan budak2 Ramadan. Mereka akan bersihkan surau, sediakan moreh, pasang kemah, etc. Itu kerja rasmi. Kerja tak rasmi ialah jadi pocong bulan pose, ponteng pose dalam surau, etc. Tamat bulan Ramadan, ada duit raya.

[5]

Mase kekecik, gua kan budak nerd. So, gua join team Tadarus. Ala baca sorang, semak reramai tu. Gilir2. Bila khatam, dapat kain pelikat. Skang ni still ada lagi. Tapi tahun ni gua raya Kelantan maa... Huaaaa...


Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.