Skip to main content

Tanjung Pagar : Semoga pergimu ditebus....

Gua : Takdir Allah tu kita tak tahu. Tapi untuk hari ini, gua nak rakam dalam blog gua. Gua berazam target gua, bergantung kepada kejayaan mendapatkan demokrasi bersih, gua nak langgar Dewa Kayangan paling gedebe kononnya di bangunannya, dalam 15 tahun lagi.

Gua dah tunjukkan kepada anak2 gua bagaimana gua meletakkan Dewa Hadi Awang yang disembah melebihi motif menegakkan Islam di bawah tapak kaki gua; melalui sedikit ruang demokrasi. Dan hanya sedikit lagi, dewa sembahan ini akan dipancung, sekaligus membuka laluan selesa taktikal mendapatkan sistem Islam di negara tercinta ini.

Jika tergantung, mohon anak-anak gua sambung. Untuk itu, jika Allah izinkan, anak gua akan terlibat dalam BERSIH, terlibat dalam sejarah baru Malaysia, sejak dari dalam perut. Semoga Allah tetapkan hati kami dalam jalan yang lurus.

Semoga Allah elakkan gua dan baka gua dari jenis muslim yang lahir - makan - 'kerja kerajaan' - kawin - mati.

N3 sejarah tanah milik nenek moyang yang diserahkan Presiden UMNO kepada Lee Kuan Yew.

One of the last KTM trains steams out of the Tanjong Pagar station with the Singapore skyline in the background Thursday, June 30, 2011 in Singapore. The 1930s railway station in Singapore’s downtown will see off its final train Thursday as a piece of Southeast Asian history closes as part of a land swap deal between the city-state and Malaysia. The Tanjong Pagar station, built in 1932 when Singapore and Malaysia formed the British colony Malaya, has been a rare link to the island’s past amid the shiny skyscrapers of rich, modern Singapore. The station is part of a land exchange agreement that comes amid improving relations between Singapore and Malaysia.



A KTM train conductor arrives on one of the last trains at the Tanjong Pagar station Thursday, June 30, 2011 in Singapore. A 1930s railway station in Singapore’s downtown will see off its final train Thursday as a piece of Southeast Asian history closes as part of a land swap deal between the city-state and Malaysia. The Tanjong Pagar station, built in 1932 when Singapore and Malaysia formed the British colony Malaya, has been a rare link to the island’s past amid the shiny skyscrapers of rich, modern Singapore.








John Boonzaire, 39, of Canada, pops confetti as he rides on one of the last KTM trains out of the Tanjong Pagar station to Malaysia Thursday, June 30, 2011 in Singapore.



A Muslim couple Azma Haron, right, and Azmiah Mohd Bakri, left, pose for a wedding portrait in front of the ticket counter at the Tanjong Pagar train station on their wedding day, Thursday, June 30, 2011 in Singapore. The 1930s railway station in Singapore’s downtown will see off its final train in the day as a piece of Southeast Asian history closes as part of a land swap deal between the city-state and Malaysia. The Tanjong Pagar station, built in 1932 when Singapore and Malaysia formed the British colony Malaya, has been a rare link to the island’s past amid the shiny skyscrapers of rich, modern Singapore. The station is part of a land exchange agreement that comes amid improving relations between Singapore and Malaysia.
Tanah KTMB Tanjung Pagar bukan milik kita lagi

KUALA LUMPUR, 1 Julai: “Selamat tinggal Tanjung Pagar” mungkin paling tepat diucapkan apabila bermula hari ini, tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB), di Tanjung Pagar bukan lagi milik Malaysia.

Ianya kerana pada 24 Mei tahun lalu, kerajaan BN melalui Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak bersetuju menamatkan khidmat KTMB di Tanjung Pagar bermula 1 Julai 2011 dan akan dipindahkan ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP).

Sementara itu, PAS menyifatkan kehilangan tanah KTMB itu membuktikan BN tidak lagi mampu mempertahan kedaulatan negara ini.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, rakyat perlu melihat ketidakmampuan kerajaan BN itu apatah lagi untuk menjaga dan mempertahan perkara bertindih yang lain.

“Barisan Nasional tidak boleh lagi menjamin kedudukan politik dan kedaulatan negara dengan lebih baik pada masa akan datang. Itu warisan terakhir tanah Malaysia di Singapura. Ia hilang dan gagal dipertahankan dibawah era pentadbiran Najib.

“Kita tak tahu apa apakah kita akan kehilangan lagi perkara-perkara berkaitan pertindihan yang masih tidak selesai. Ia tak boleh dipertahan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau memberikan reaksi terhadap kehilangan tanah seluas 200 hektar atau 494 ekar termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar mulai hari ini, 1 Julai 2011.

Kesemua tanah itu dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

“Sebelum ini kita kehilangan Pulau Batu Puteh. Sekarang tanah KTMB pula. Kita tak punya lagi warisan yang memberi erti yang besar dalam konsteks warisan negara.

“Seharusnya jika rundingan dibuat, pertimbangan tidak boleh merugikan negara, atau sekurang-kurang dalam keadaan ‘win-win
situation’.

“Saya kesal dengan kehilangan itu. Dah sampai masanya rakyat untuk melihat sikap Barisan Nasional,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat semalam memaklumkan upacara ‘Tangisan Tanjung Pagar’ dibuat di stesen keretapi Johor Bahru semalam.

Mereka memakai baju putih dan seluar gelap sebagai tanda simbolik kehilangan tanah milik KTMB.Harakahdaily

………………………………………………………………………………………………

ARKIB….

Perasaan kakitangan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar dan Bukit Timah semakin sayu menjelang penyerahan kedua-dua stesen itu kepada kerajaan republik ini pada 1 Julai depan.

Paling merasainya sudah tentu ketua di kedua-dua stesen tersebut apabila kereta api terakhir akan bertolak pada pukul 11 malam 30 Jun ini dari Stesen Tanjung Pagar, membawa pergi segala apa yang dapat dipindahkan dan meninggalkan hanya kenangan.

Ketua Stesen Bukit Timah, Atan Ahmad, 46, berkata, dia ditugaskan di stesen tersebut sejak 1998 dan banyak memori dalam menguruskan stesen separa elektrik dengan tiga landasan tersebut.

“Penduduk yang tinggal berdekatan dengan stesen ada datang menemui saya sebaik sahaja berita stesen ini akan ditutup dan memberitahu yang mereka akan merindui pemandangan gerabak kereta api melalui kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di stesen tersebut dalam lawatan Eksplorasi Media KTMB Singapura, di sini hari ini.

Lawatan khas itu membawa kira-kira 40 pemberita ke Stesen KTMB Tanjung Pagar dan Bukit Timah serta depot kereta api dengan menggunakan troli yang biasanya digunakan untuk pemeriksaan landasan, penyelenggaraan dan pelbagai tujuan lain.

Berkuat kuasa 1 Julai, perkhidmatan kereta api ke stesen Tanjung Pagar dan Bukit Timah akan ditamatkan dengan KTMB mengakhiri perkhidmatan kereta api ke republik ini di Woodlands Train Checkpoint (WTCP).

Sementara itu, Ketua Stesen Tanjung Pagar, Shamsul Bahri Sahri, 43, mengakui cukup sayu menjelang tarikh 1 Julai yang tinggal kira-kira sebulan sahaja lagi.

Menurutnya, ini kerana dia akan meninggalkan stesen tersebut selepas 15 tahun berkhidmat di sini dan akan menggalas tugas baru sebagai pengawal trafik koc di Kuala Lumpur.

“Saya bukan jenis yang mudah menangis, tetapi apabila tumpah air mata saya menggambarkan betapa dalamnya kenangan dan nilai sentimental di sini,” katanya.

Dia berharap kerajaan Singapura menunaikan janji untuk mengekalkan bangunan stesen kereta api Tanjung Pagar sebagai tapak warisan.

Pengurus KTMB Wilayah Tenggara, Tariq Umar Mohamed berkata, kereta api terakhir akan bertolak pada 11 malam dengan membawa 90 kakitangan KTMB yang bertugas di sini.

…………………………………………………………………………………..
Selamat Tinggal stesen Tg Pagar, Sultan Johor antara 100 penumpang akhir

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Tepat pukul 11 malam ini, kereta api Senandung Sutera — perkhidmatan terakhir dari stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, Singapura — akan melabuh tirai perjalanan yang bermula 79 tahun yang lalu.

Pengurus kanan korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail berkata, kira-kira 100 penumpang akan mengikuti perkhidmatan terakhir ini dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan menyertai perjalanan terakhir malam ini.

The Malaysian Insider juga difahamkan kereta api terakhir tersebut akan dipandu sendiri oleh Sultan Ibrahim.

Notis penamatan perkhidmatan di Stesen Kereta Api Tanjung Pagar. — Foto oleh EquatorialSky2

“Penumpang terdiri daripada kakitangan KTMB sendiri dan orang awam,” kata Fazil ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, kereta api harian biasa — Ekspres Senandung Malam — akan beroperasi seperti biasa pada pukul 10 malam ini dengan dinaiki 540 penumpang.

Fazil berkata KTMB terpaksa mengehadkan penumpang yang menaiki kereta api terakhir khas tersebut kerana tidak mahu berlaku sebarang masalah teknikal dan operasi.

Justeru, Fazil berkata, orang ramai turut dipelawa memberi lambaian terakhir kepada penumpang-penumpang perkhidmatan kereta api terakhir ini.

“Saya percaya ramai yang akan hadir melihat dan memberi lambaian sebagai tanda ‘Selamat Tinggal’ kepada kereta api di stesen Tanjong Pagar yang dihentikan operasi selama-lamanya.

“Saya turut sedih tetapi menerima dengan hati terbuka. Sudah hampir 80 tahun ia menjadi destinasi persinggahan terakhir KTMB bagi menurunkan penumpang ke Singapura,” ujarnya lanjut.

Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP), berkuat kuasa mulai esok.

Keputusan itu dicapai hasil perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura tahun lalu.

Selain itu, Fazil berkata, orang ramai yang menjadi penumpang kereta api terakhir akan diberikan sijil pengesahan KTMB.

“Sijil pengesahan diberikan kepada penumpang sebagai tanda penumpang yang menaiki kereta api terkahir di stesen Tanjong Pagar sebelum dihentikan operasinya.

“Namun, bukan hanya penumpang yang menaiki kereta api terakhir tetapi juga mereka yang menaiki kereta api harian dari stesen Tanjong Pagar sepanjang hari tersebut (hari ini),” kata Fazil.

Dalam pada itu, Fazil berkata, sudah hampir 99 peratus kelengkapan operasi telah dipindahkan ke WTCP.

Platfom dan landasan kereta api di Stesen Kereta Api Tanjung Pagar. — Foto oleh EquatorialSky2

“Tiket, kaunter perkhidmatan dan barang-barang KTMB di Tanjung Pagar semuanya telah dipindahkan ke Woodlands. Pegawai dan kakitangan KTMB yang berkhidmat di stesen tersebut juga dipindahkan berkhidmat di Stesen JB Sentral dan ditempatkan di lokasi yang mempunyai kekosongan,” katanya lagi.

Fazil berkata, persiapan terakhir perjalanan kereta api berjalan seperti biasa.

“Kami akan menunggu ketibaan penumpang sehingga tibanya waktu kereta api terakhir bergerak,” ulasnya.

Tambahnya, KTMB turut mengadakan pameran fotografi dan menyediakan cenderahati yang akan dijual kepada pengunjung pada hari ini.

“Gambar-gambar yang dipamerkan menunjukkan stesen KTMB Tanjong Pagar sebagai kenangan. Cenderahati pula akan dijual sendiri oleh kakitangan KTMB dan ahli Kelab Peminat Keretapi,” katanya.

Jarak laluan dari Stesen Woodlands ke Stesen Bukit Timah adalah sejauh 14km manakala laluan dari Stesen Bukit Timah ke Stesen Tanjong Pagar adalah 10.25km.

Stesen Tanjong Pagar memulakan operasi pada 1932.MI


Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu