Skip to main content

Pandangan gua terhadap Tabligh.

Oleh : AdukaTaruna

Tertarik dengan tulisan Raff'z Ahmad tentang Tabligh. Gua pun nak share. Pengalaman gua dengan Tabligh nih.

[1]

Gua kenal nama Tabligh ni masa kecik. Masa kecik gua selalu ikut abah gua ke surau. Takbir pertama dan tahayat akhir jer la. Takbir pertama gua ada, time imam baca Fatihah, gua dihasut Ayet dan Aboy Gemok Main tumbuk2, sorok2 songkok. Time tahayat akhir, gua ada balik. Tapi gua siap2 lap peluh dan cover nafas la. Sebab gua pernah kantoi dengan bapak gua dengan symptom tuh.

Ketika tu la gua kenal Tabligh. Dalam setahun ada la 4-5 kali jemaah Tabligh ni lepak kat surau kampung gua. Jemaah ni selalu bagi manisan macam kurma atau kekacang pada budak2.

Bila meningkat remaja, dalam sekolah menengah gitu, Tabligh menjadi satu kumpulan yang menakutkan. Sebab malas kena tazkirah. Gua catatkan satu peristiwa, ketika puluhan remaja bermain takraw, ternampak sekumpulan Tabligh berjalan kaki. Menuju ke gelanggang kami.

Kemudian, perjalanan kumpulan Tabligh tu terlindung di sebalik 'rumah api TNB'. Dan apabila mereka muncul melepasi rumah api TNB tu, mereka dapati puluhan remaja tadi ghaib. Gua terdengar salah seorang mereka berkata :

"Eh... tadi ramai..."

Gua dalam semak. Aboi Gemok dalam sungai. Ayet menyarap atas tebing. Begitulah zaman remaja gua berkenaan Tabligh.

[2]

Kemudian, ketika menganjak sedikit belia, gua berada di Politeknik Port Dickson. Jemaah Tabligh di situ dipimpin oleh seorang pensyarah yang paling mulia budi pekertinya. Di sinilah gua semakin rapat dengan jemaah Tabligh, walau pada hari pertama gua di asrama, gua pasang radio saluran Cina bagi mengelak Tabligh ziarah bilik ke bilik.

Nak kata hari2, tipu la gua. Tapi kerap juga la gua solat di surau. Pada satu hari, Khamis seingat gua, lepas Isyak, pensyarah itu meminta jemaah tidak pulang dulu. Ada makan2 katanya. Gua peduli apa, gua angkat kaki nak lambung, sekali kena tahan dengan 1 brader Tabligh. Dia kenal gua sebab gua budak Catur Fakulti Elektrikal.

Pendek citer duduk dengan dia. Makan dalam dulang. 1 dulang 4 orang! Hambek ngko. Kejutan budaya gua. Nasi berlauk telur goreng sambal dan kuah sayur air.

Gua basuh tangan, duduk dan gunakan jari membentuk / membahagi 4 kawasan dalam dulang. Brader tu bersabar dgn gua. Senyum jer dia. Then, time kawan2 Tabligh dia letak kuah, kuah itu mahu menurun ke area nasik gua. Gua tinggikan dulang area gua dengan letak tisu bawah dulang. Senyum jer team Tabligh dengan gua time tu. Haha.

[3]

Semakin hari dari hari itu, gua tidak lagi 'takut' dengan Tabligh. Gua mula bersifat pro. Ketika diajak keluar 3 hari, gua follow. Tapi gua hanya membuat kerja2 dapur. Gua tak follow team ajak ke surau sebab gua rasa tak layak. Gua tolak permintaan pensyarah untuk membaca kitab dan mengupas sebab gua ada sifat rasa tak layak. Gua just menjadi pemberi khidmat sahaja.

[4]

Semakin lama, semakin dewasa. Gua bercampur dengan pelbagai kumpulan Tabligh. Mereka juga seperti PAS yang mempunyai pelbagai tafsiran kepada nas dan dalil. Dari satu kumpulan Tabligh kampung gua yang diterajui Abang Ujang, gua simpulkan mereka menolak semua peraturan dunia. Sedangkan Allah memberikan kebenaran kepada hambanya membentuk peraturan dunia sesuai dengan keadaan mereka itu. Malah jika satu2 peraturan yang dikenakan pemerintah itu baik, dan dilanggar rakyat, maka rakyat itu berdosa.

Lampu isyarat merah mereka langgar dengan hujah peraturan dunia, jalan sehala mereka langgar atas hujah peraturan dunia, bonggol jalan mereka marah atas hujah peraturan dunia. Jika tiada peraturan dunia, manusia berpandukan pertaruan mengikut tafsiran sendiri. Dunia pada gua kelam-kabut.

Itu cerita suku dari puluhan jemaah Tabligh yang konsisten mengajak manusia ke rumah Allah.

Wallahualam.


Comments

  1. Teruskan usaha abang2 Tabligh. Tanpa anda semua, mgkin kaum melayu dah ke longkang :D

    ReplyDelete
  2. teringat ada 1 hari dulu ms kat kolej..
    ptg2 dgr je tabligh ketuk2 pintu kolej bg slm...
    wa dan 2 roomate tros tutup radio dan kipas..senyap je beb...
    skali tu time tabligh tu smpi dpn pintu kitorg dan bg slm..
    member wa yg baru lps belasah petai 3 papan x dpt menahan proses kitaran gas yg berlaku dlm usus dia...
    lantas membebaskan aroma beserta bunyi yg menggegarkan tiang katil tmpt gua membatukan diri...
    member wa tu tgh bersila atas lantai...
    bila kentut, gegaran smpi ke bilik sebelah beb...
    smpi terkejut bhai tabligh tu..
    'eh bunyi ape tu?'
    disamping menahan nafas, wa jugak menahan gelak bhai...

    lu bygkan bhai..
    kipas tutup, pintu tutup, tingkap kecik...
    dlm keadaan udara yg terperangkap dlm ruang yg kecil, bersama 3 ekor makhluk di dlmnya yg sedang berkongsi oksigen dan mengontrol pernafasan...

    5 saat, 10 saat, 15 saat....
    gile bhai!!
    wa x mampu..wa x mampu...
    lantas wa terpaksa buka pintu bilik dan tros on kipas...
    kantoi derr..

    ptg tu gak kitorang kena tazkirah 1 jam...
    x dpt turun main bola derr..

    ReplyDelete
  3. Semua jemaah tu ada kelebihan & kekurangan masing-2. Ajak ke arah kebaikan tu perkara mulia...

    TAPI pastikan sendiri bikin la. Jangan ada sifat riak, ujub tu. Ni tak, ada karkun yg "lebih sudu drp kuah"... kalah Maulana, siot! Ben Wahab, Zakariya tu semua dah macam bawah kaki depa la pulak. Eksen bukan main. Ada yg pentingkan sangat hal janggut sampai hukum orang lain tak b'janggut tu 'kafir'. Bawaan depa jenis 'terbalik' ni byk dah rosakkan imej sederhana & harmoni 'tarikat' silaturrahimi (Tabligh) yg diterap oleh gen. terdahulu. Karkun otai macam ni ada saja kat Masjid Sri Petaling. Konon depa saja la bagus. jemaah lain depa kutuk bebakul-bakul. Kata tak ambik pot politik semasa malah tak boleh sembang politik dlm istikaf di masjid TAPI depa ni jugak la backstabbing & ber'politik' sesama jemaah karkun & umum. Pehhhh, tak boleh blah dgn depa jenis 'terbalik' ni. Hati-hati la semua daie tabligh .. lu olang r no different, just a human after all. Elok sederhana & ikut rentak lama/asal.

    Overall.. gua sokong perjuangan asal 'tabligh'.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu