1. Hubungi gua di sini.



2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.



3. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com



Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





Sahabat

Iklan





260412






011012

Jul 28, 2011

Orang2 kaya beruntung di alam kubur.

Oleh : AdukaTaruna

1 tokey pelacuran. Mati ketika menentang polis dalam usaha membawa masuk 16 wanita China untuk dijadikan pelacur. Tapi sebab dia kaya, di alam kubur, dia mewah. Bertambah mewah bila menjelang Ramadan.

Di sana-sini surau dan masjid telah mengedarkan borang membeli pahala. Untuk diposkan secara ekspress ke alam kubur. Borang tahlil itu boleh mengepos pahala pahala sehingga 5 waris. Siapa punya duit, dia boleh beli pahala. Alangkah beruntungnya manusia yang kaya semasa di dunia.

Tahun 2000, sudah terdapat syarikat yang menunaikan fardu kifayah pengurusan jenazah. Harganya sekian. Dari A to Z, syarikat inilah yang akan menguruskannya. Bagus.

Tahun 2020, akan ada syarikat yang memasukkan pakej tahlil dalam perkhidmatan pengurusan jenazahnya. Kalau nak pakej tahlil sebulan sekali sekian harga. Kalau pakej tahlil setiap hari sekian harga. Pahala boleh dibeli dan diposkan. Wah.... beruntungnya orang kaya.

Tahun 2025, si kaya tidak lagi mewasiatkan harta2nya kepada waris. Tetapi si kaya akan mewasiatkan hartanya kepada syarikat penghantar pahala.

"Dengan wasiat ini, tuan akan mendapat pahala sebulan sekali, selama 25 tahun. kami akan memilih pembaca tahlil yang terbaik untuk tuan."

Di alam kubur, si kaya yang mendapat bekalan pahala sebulan sekali terjumpa dengan seorang yang mendapat pahala setiap hari.

"Wow! Tentu anda seorang yang kaya!"

"Sudah tentu. Sebab akulah Perdana Menteri tahun 2020. Parlimen telah meluluskan peruntukan tahlil setiap hari kepada bekas2 ahli parlimen, mengikut jawatan."

"Wah... beruntungnya jadi sunnah wal jamaah."


2 komentar:

zargus2702 said...

-alhamdulillah, AT skit2 nti lu akan nmpak lg keuntungan jd sunnah wal jamaah ni..hahaha..

Hanz Newman said...

Nanti ada orang terutama Wan WTF (ejaan??) chop dahi lu "Wahhabi", siot... padahal depa pun tak tau makna (definasi) "Wahhabi" tu. Ho ho ho

Islam tu lurus... selagi boleh berbeza, kita dpt rahmatNya. Kalau perlu 1 saja, kita ikut 1 tu saja. Simple.

Ikhlas,
Hanz ASWJ
Hehe