Skip to main content

N3 maki-hamun babi sebelum Ramadan.

Oleh : AdukaTaruna

Orang baik menjadikan Ramadan titik perubahan yang lebih baik sehingga Ramadan akan datang. Orang jahat macam gua, baik time Ramadan jer. Tu pun kalau gua tahan sebulan. Maklumlah kawan2 setan gua banyak.

Magrib ni dah masuk Ramadan. Tak bleh maki-hamun. Skang ni sempat lagi nih. Maka bermulalah N3 maki-hamun babi dari gua.

Jasa kereta Mazda lantai simen gua.

BERSIH 9 Julai hari tu gua pulang ke KB semula pada malam 10hb. Minyak kereta gua di tanda merah. Gua isi Petronas 95 (tak mampu 97. Kena tunggu BN jatuh) sebanyak RM30. Petronas di Paroi, Jalan Kuala Pilah. Yakni sempadan antara Seremban / Kuala Pilah. Jarum minyak gua naik lagi 4-5 batang mancis ke setengah meter.

Gua ikut Highway LEKAS. Keadaan traffic lancar. Kemudian ke Karak. Sampai Benta Pahang, jarum minyak gua menurun 2-3 batang mancis ke merah. Takper la, ijtihad gua. Gua isi Petronas Felda Kencha. Sampai Petronas Felda Kencha, pukul 2-3 pagi. Tutup! Babi punya Petronas. Minyak gua nak merah dah ni. Babi!

Bini gua tidur terbaring kat seat belakang. Dia tak bleh duduk sebab senak. Perut besar dan absorbers Mazda gua dah kong untuk serap jalan yang berombak. Babi punya Petronas. Merapuh pun gua belum masuk. Kalau Petronas ni pun tutup, gua ingat semua stesyen minyak tutup kecuali Gua Musang. Pergh... kalau bini gua tahu, dgn dia risau, dengan gua lagi tertekan. So, gua doa2 dia nyenyak.

Signboard Gua Musang 90km. Matematik kasar mengatakan gua lepas. Tapi matematik halus mengatakan jalan bukit bukau, tukar gear, Jin Francois yang bertenggek atas kete, etc gua tak lepas. Gua ambil keputusan teruskan perjalanan. Bukan berpatah balik. Gua target Merapuh. Dalam kesunyian pagi buta tu, berbakul2 gua bercakap dengan Allah. Lepaskan la gua. Lepaskan la gua. Sampai Merapuh pun jadilah. Gua boleh minta tolong Ayah Su Pox Nick. Dia duduk Gua Musang.

Asal turun bukit jer, gua free gear. Gua kurangkan penggunaan break, etc. Dan alhamdulillah. Jam 5 pagi, gua nampak cahaya terang benderang di bulatan Gua Musang. Thanks Allah. Gua kejutkan isteri dan suruh dia tgk meter minyak. Setengah batang mancis di bawah tanda merah.

Lepas settle apa yang patut gua teruskan perjalanan ke KB. Dalam perjalanan tu gua-bini bercakap tentang jasa Mazda. Takkan gua jual. Tapi tetap kena ada kereta baru suatu hari nanti. Sampai rumah, esok pagi gua tgk lantai bawah kete basah. Rupa2nya radiator Mazda gua bocor. Babi... kereta Mazda gua merajuk ke?

Radiator Mazda masih bocor.

Radiator gua still bocor. Nak repair masalah transport. Dah tentu Mazda gua tersadai. So, gua hayun juga dengan persediaan 3 botol mineral besar air yang sentiasa ada dalam bonet. Lagi pun gua kena stanby duit lawyer untuk kes gua. 3-5 hb Ogos ni gua ada perbicaraan di Mahkamah Seremban. Si botak Felda Johor yang naik tangan ke atas gua tu tentu ada. Tapi malangnya hari berkenaan gua berpuasa.

Sabtu semalam.

Sebelum gua blah Seremban, gua kena settle banyak perkara. Tempahan baju ke Terengganu kena settle. Masuk pula satu order cetak tuala. Nak sebelum puasa. 20 tuala + 20 baju. Customer bagi duit suruh beli kat Maidin Kubang Kerian. Gua just cetak jer.

Tengah hari nak bawa Mazda radiator bocor keliling Kubang Kerian untuk cari parking gua rasa tak munasarawak. Gua drive ke tempat kerja gua, dan pinjam EX5 member.

Sampai Maidin, parking dan rantai, gua terus cari jenis tuala dan baju yang dimaksudkan. Jumpa. Dan minta pekerja Maidin tunggu sebentar. Gua nak pergi ambil troli. Turun bawah, tanya Jaga kat situ. Jaga cakap troli habis. Babi punya Maidin. Troli pun tak cukup.

Gua ambil 2 bakul dan menuju ke atas. Nampak troli berisi kotak2 kosong. Tengok kiri kanan, gua keluarkan kotak, dan rembat troli tu. Naik atas, ambil barang dan turun nak bayar. Kesemua kuanter berbaris. Babi! Arghhh.... lambat la.. dah la pinjam motor orang ni.

Turn gua sampai. Bayar.

"Takda supik (plastik), be."

Babi.. hari ni hari Sabtu. Ke Maidin memang takda plastik?

"Err.. takpalah.. saya beli plastik."

"Tak jual plastik. Kita jual Green Bag."

"Boleh la. Berapa satu?"

"Siya stengoh (RM1.50)." Awek kuanter tunjukkan Green Bag Maidin.

Babi punya awek... beg besar bateri kereta kancil dia rekemen kat gua.

"Err.. takpalah dik. Besar sangat beg ni."

Gua tolak troli terus ke motor. Adjust punya adjust sohih tak muat. Takan gua nak letak sepuluh tuala dalam bakul, 10 tuala gua susun atas seat dan gua duduk atasnya, 20 T-shirt gua pakai semuanya? Ni dah tahap Mr Bean. Arghh... gua bukan penghafal macam Hadi Awang.

Gua masuk kedai karpet dan bingkai ayat Al-Quran.

"Plastik bag, sir? The biggest one." Gua speaking dengan brother Pakistan tu sambil tunjuk RM1.

Brother Pakistan tu suruh gua ambil. Takyah bayar. Sambil kecek Kelate. Babi punya Tok Sih.

Alhamdulillah. Settle. Gua start motor dan blah.

Ahad tadi.

Minggu lepas Pejabat Pos KB kol gua. Suruh pikap semula sampul Pos Ekspress jenis B4 yang gua isi Baju BERSIH.

"Tak bleh hantar baju guna sampul B4."

Ceh.. nak dekat setahun gua guna sampul B4. Tak pernah nama pengirim belakang tu gua guna nama sebenar gua. Gua guna AdukaTaruna jer. Kali ni plak tak bleh. Ke pasal bos Pos Malaysia tersesat baca blog gua pasal N3 Pos Malaysia dan baju BERSIH hari tu?

Ahad pagi tadi gua ke Pejabat Pos KB. Dengan Mazda gua. Parking senang. Park kat tepi jalan depan Balai Polis, pasang double signal, angkat bonet. Settle.

Lepas pikap barang gua, gua ke kuanter untuk pos baju Khairul Anuar Daud. Berbaris tak lama sangat. Gua no 3. Sampai turn gua :

"Maaf dik. Sampul plastik Pos Malaysia tak sediakan lagi. Adik kena guna sampul sendiri."

Babi punya Pejabat Pos.

"Takper la kak."

Gua ke kereta, ambil sebotol air. Masukkan dalam radiator. Start kete, blah. Ada stok 2 lagi botol air. Gua menuju ke Pejabat Pos dalam Petronas Pengkalan Chepa. Minggu lepas baru gua pos. Sampul plastik tu ada.

Sampai, gua park. Masuk dan berbaris. Gua no 4 ke 5 lupa dah. Tunggu punya tunggu. Masuk wanita mengandung. Duduk la lu belakang sana. Gua nak cepat nih. Hati pun tengah panas. Kena settlekan baju member Ganu lagi.

Sampai turn gua, gua sound akak tu. Suruh dia dulu. Kesian plak gua. Sebab bini gua pun 6 bulan setengah. Kalau Allah terima ibadah gua, gua nak mohon tebus dengan kesihatan, kesempurnaan dan kemudahan kepada bini dan anak gua. Amin.

Akak tu settle, turn gua.

"Dik. Nak pos laju baju nih."

"Maaf be.. borang slip tu abih."

Babi! Babi! Babi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"Takperla dik. Lain kali tulis la kat memana atas meja kuanter nih."


Comments

  1. keta mazda dah uzur, byk rosak dr elok, byk menyusahkan dr menyenangkan..dah spatutnya ditukar dgn keta yg baru dan elok..tp nko masih simpan dgn alasan JASA…susah pyh bwa air mineral la radiotor bocor la..xpe asalkan JASA…

    tp bila ahli Pas nak Tok Guru Hj Hadi kekal sbgi presiden, nko memekak..pemmipin dan ahli sebut jasa tok guru tp nko kata ape ade pd jasa..kalo sungguh perlu tukar presiden, sila bg nama!! Husam, mahfuz, salahudin, mat Sabu pun kata belum ada yg layak gantikan presiden…xde pilihan..sedangkan mazda nko tu byk pilihan keta2 baru yg lebih elok..tu pun nko x sanggup..apatah lg presiden Pas yg xde calon/pilihan lain yg layak!!

    sebenarnya ape yg berlaku ialah iktibar dr Tuhan utk nko…nko kata nko genius, haa fikir2kan lah ape yg Dia nak tunjuk dgn iman…kalo Pele dan Maradona tau ni mmg teruk nko kena kutuk,huhu…

    o ye..ape jadi dgn t.shirt Bersih nko tu? nape x pakai ms demo aritu?? Heheheee…..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...