Skip to main content

Mari ke stadium dengan cara ke jalan raya.

Oleh : AdukaTaruna

Gua bukan tahap creator. Gua tahap pendesak. Ikut level susah ke senang, berat ke ringan, boleh gua takrifkan begini :

Creator -> Pendesak -> Penumpang.

Creator tahap super berat. BERSIH dah create sejauh ini. Jika kita tidak setuju hala tuju akhir creator, dan kita create apa yang kita mahu, memang kita tak mampu. Jika level pendesak pun tidak mampu, apatah lagi level penumpang.

Jadi, gua dengan ingin mengumumkan dan menyeru kepada rakan2 semua, supaya menerima kebetulan yang kita ada seadanya. Buat masa ini. Semoga Allah wujudkan lagi peluang2 lain di masa hadapan.

Biasalah... pembangkang Malaysia kan lembik.

Ke stadium dengan teknik ke jalan raya.

Gua mengingatkan kepada semua sahabat supaya jangan tertipu dengan munafik. Walaupun stadium dibenarkan, tetapi kehadiran anda akan tetap disekat seperti biasa. Mereka cuba menggagalkan kehadiran sebanyak yang mungkin.

Jangan kita pakai baju BERSIH dalam perjalanan ke stadium. Jangan kita beranggapan kerajaan sudah 'menghalalkan' BERSIH. Munafik tidak boleh dipercayai. Jangan batalkan keputusan lu orang masuk KL (daerah himpunan) lebih awal.

Stadium Bukit Jalil.

Kalau ditanya gua, gua pilih Stadium Bukit Jalil. Dan berarak ke Istana Negara. Itu kalau gua. Apa pun, masa suntuk. Pengisian himpunan perlu dirangka. Elakkan kejadian memalukan seperti Himpunan Protes Harga Petrol di stadium dulu.

Jika setuju, pentas ucapan berada di luar. Bukan di dalam stadium. Jangan isi himpunan dengan hiburan nyanyian. 50% semangat pendemo lama sudah tawar. Pendemo baru gua tak tahu. Jangan tawarkan lagi dengan pengisian nyanyian. Sebab mental mereka sudah di set kepada perkara lain.

Last gua tekankan, walau dalam stadium, pengisian yang tepat dengan mind set adalah pengisian perarakan. Harap BERSIH boleh fikirkan program berarak. 5 km termasuk keluar dan masuk semula stadium pun jadilah. Kalau tu pun takut dituduh derhaka pun gua tak tahu la. Maybe hati gua berbeza sebab gua ada kes dengan Sultan2 nih.

Kata Tukar Tiub, kalau pilihanraya itu boleh mengubah sesuatu, sudah lama dia diharamkan. Kata regim2 zalim, himpunan jalanraya boleh mengubah sesuatu, maka ianya diharamkan. Kata gua, himpunan di stadium tidak boleh mengubah sesuatu, maka ianya digalakkan.

Wallahualam.


Comments

  1. Acara jln jln elok diteruskan jadi amalan aktiviti bulanan ..budaya sihat...publisiti untuk PAS-PR. Soon, hopefully, PAS atau sapa yg berkenaan, buat la acara "WALK the Talk" - acara senam jalan kaki sambil menari poco poco...Ho ho ho

    Er, maap poco poco tu dah haram, kan? Lupakan tu.. Kita jln jln saja ramai ramai pagi pagi sekeliling Taman Tasik Titiwangasa ke apa ker...Duit yuran kita salur kat Tun Mahathir beli & hantar paip PVC untuk Palestin, ok tak? Ho ho ho

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...