Skip to main content

Kenyataan Media Presiden PAS.


Menjunjung Kasih Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Parti Islam SeMalaysia (PAS) menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini.

Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keperihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini.


Titah Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihanraya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini.

Sehubungan dengan itu, maka PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan Bersih 2.0 dan rakan parti politik dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini.

Kesan dari salah faham ini telah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi oleh pihak berkuasa.

PAS percaya bahawa asas penyebab bantahan ini perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan dalam negara kita pada ketika ini. Ini juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana.

Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam amalan pilihan raya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik. Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihan raya umum diadakan.

Sejak sekian lama ini, kerajaan Barisan Nasional telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka di atas nama demokrasi, walaupun negara-negara di seluruh dunia sudah banyak melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat.



Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

4 Julai 2011 / 2 Syaaban 1432 H

Comments

  1. POOOOOODAH HADI,
    KALAU BETUL ADA SALAHGUNA KUASA BAWAKLA KE MAHKAMAH. CAKAP TAPI TAK BOLEH TUNJUK BUKTI. SETAKAT NAK DAPATKAN SIMPATI SUPAYA SOKONG PAS DAN GENGNYA SAJA HANYA YANG BUTA SAJA YANG PERCAYA. SEKARANG NAK GUNA TITAH UCAPAN PULAK UNTUK MENUNJUKKAN SEOLAH-OLAH AGONG PERCAYA PADA PARTI KALDAI NI.

    ReplyDelete
  2. Boleh ker bawak kes kelemahan SPR ni Mahkamah Civil? IF boleh jadi kes pun, BOLEH caya ker sistem keadilan & perundangan mengadili kes camni? Parti keldai ker unta ker lu tak payah susah susah sibuk, boleh tolong tak, betulkan dulu parti penjajah bangsa sendiri, penyamun, peragut & lanun tu dulu,ok?

    ;)

    ReplyDelete
  3. Antara yahudi dan umno, aku sokong yahudi. Antara komunis dan umno, aku sokong komunis. Walaupun yahudi itu jahat, tapi jahat lagi umno. Pilih mudharat yang paling ringan walaupun dua-dua mudharat.

    Sebabnya... aku menganggap umno lebih jahat dari yahudi. Sejahat-jahat yahudi tak pernah menindas rakyat serta bangsa mereka. Tapi umno... memang sejahat-jahat makhluk yang memimpinnya.

    PEGI MAMPOS DENGAN UMNO HARAMJADAH!!!

    ReplyDelete
  4. minta maaf sedara aljo
    jangan lah sbb perbezaan fahaman politik kita hendak samakan UMNO dengan yahudi. mungkin penindasan baynak berlaku. tp jgn pula kaitkn dgn puak yahudi. setiap orang ada baik buruknya, tp jgnlah pandang 100% buruk, masih ada juga baiknya

    ReplyDelete
  5. Mr ass... Walaupun masih ada baiknya tapi keburukan umno terlalu banyak mengalahkan yahudi. Perangai 99% sama cuma yahudi kurang sikit tentang penindasan rakyat sendiri.

    Ibarat iblis dengan manusia. Antara keduanya pasti iblis lebih jahat. Tapi ada manusia yang berani mengaku dirinya tuhan contoh seperti firaun. Sejahat-jahat iblis dia tak berani mengaku dirinya tuhan.

    Adakah pemimpin umno lebih jahat dari IBLIS? Sama-sama kita fkirkan.

    ReplyDelete
  6. Gua paham maksud & kehendak Mr./ms ash tu ... tapi kalau lu kenal baik buruk semua yg 'berperang' e.g. - UMNO vs PAS - ok lu kira jenis orang yg berilmu cukup untuk menilai & pilih (undi) salah 1 (saja). PAS pun ada buruknya... UMNO? Alahai... kalau baik kita (semua rakyat) boleh ikut & dapat manfaat, tu wajib kita sokong...tapi yg buruk kita pejam mata? pekak telinga? All hell break loose. Come on! U can be smart than that!

    Betul amalan name calling, labelling ni agak kolot, bullish &, sometimes, nonsense. Old politics. Tapi tu kena paham ada ayat drp orang marah (marah sbb antara lain tertekan, tertindas, tertipu dll)..Orang lemah lembut, sopan santun pun akan marah.. mana ada ayat-ayat cinta (cakap baik baik) dah... semua akan &#@F#$^^^ bahasa kasar. Tapi only at that particular time ..lah. kalau selalu marah marah & maki hamun tu... kena pegi check sama itu mental doctor, la. Hehe

    Ok mari kita cuba berpolitik dgn lebih berhikmah & berhemah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu