Skip to main content

Hjosama : Status rakan jual baju BERSIH.

Oleh : AdukaTaruna

Tadi gua ke mahkamah Pasir Puteh. Sampai jam 8pg. Tanya polis, OKT sampai jam 10pg. Bersapau 2 jam. Bila sampai, gua nampak Hjosama (OKT), member gua yang ditahan kerana menjual baju BERSIH memakai baju lokap jenayah berat (Oren). Stok baju habis la tu.

Gua tanya polis, dia cakap, OKT akan dipohon reman untuknya. Gua tanya atas akta apa? Dia cakap, dia hanya jalankan tugas. Kena tanya orang atas. Jawapan standard.

"Berapa lama nak mohon?"

"14 hari."

Tu dia.... kalau berjaya, Hjosama sahih tak bleh pergi BERSIH 2.0.

Beberapa orang termasuk gua berbaju kuning memberikan sokongan moral. Sebenarnya bukan untuk Hjosama, sebab Allah turunkan ujian tu sesuai tahap kemampuan Hjosama. Tp untuk isteri dia. Gua bawa isteri gua juga.

Gua seru semua ambil lesen.

Gua anggap golongan yang mahu mendapatkan kuasa rakyat, perlu ambil lesen. Lesen pejuang. Yakni lokap. Memanglah lesen ni kecil sangat, dan belum tentu istiqamah ke akhirnya. Banyak pejuang lesen besar yang U turn. Tp, at least ambil juga la lesen.

Patutkah manusia itu mengatakan mereka beriman, sedangkan mereka tidak diuji?

Bro.. setakat lokap 2-3 hari, terlalu murah harganya berbanding bangsa hebat lain yang mendapatkan senjata rakyat yang sama. Esok lusa, bayangkan anak kita dapat senjata ini. Demokrasi bersih.

Bagaimana dia boleh melawan kasta ulama melalui demokrasi. bagaimana dia boleh melawan kasta dewa melalui demokrasi. Bagaimana dia boleh melawan dasar. idea, hujahnya, cara dia bergerak, semuanya dilindungi dalam kerangka demokrasi.

Pada ketika itu, puak generasi anak kita hanya melawan soal idea, soal dasar negara, soal manifesto. Bukan hal2 perkauman dan keganasan. Perdana menteri Australia dulu kalah, keesokan harinya selamba berjogging. Tiada rusuhan perkauman, tiada puak2 underground yang dilindungi polis.











Akhirnya, permohonan polis mendapatkan reman selama mungkin tidak berjaya. Namun, hakim memberikan sehari reman lagi. Welkam to the club, bro..


Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...