1. Hubungi gua di sini.



2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.



3. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com



Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





Sahabat

Iklan





260412






011012

Jul 5, 2011

Hjosama sebahagian dari buku teks sejarah Malaysia Baru.

Peniaga dituduh pakai, miliki baju pertubuhan haram.

05/07/2011 1:50pm Bernama

KOTA BHARU 5 Julai - Seorang peniaga hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh memakai dan memiliki baju-T bertulis perkataan yang mempunyai kepentingan pertubuhan haram.

Mohd. Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Azrul Abdullah.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd. Amizul Fazly didakwa mempamerkan pakaian yang tertera tulisan ‘BERSIH 2.0’ di sebuah kedai runcit di Kampung Permatang Piah, Bachok, pada pukul 2.40 petang, dua hari yang lalu, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki enam helai baju-T yang tertera perkataan ‘BERSIH 2.0’.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 kerana menyiar dan memiliki perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram.

Azrul kemudiannya menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu di Mahkamah Majistret Bachok dan mengenakan jaminan RM4,000 kepada Mohd. Amizul Fazly bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Mohd. Amizul Fazly diwakili peguam Firdaus Mohd. Yusuf, Ahmad Najib Deris dan Abdul Rashid Yah manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Hussin. - Bernama


2 komentar:

maLin said...

jgn lupa selitkan sekali dlm buku sejarah kisah seorg mursyidul am Pas pusat merangkap pesuruhjaya Pas Kelantan telah memilih presiden NGO extrimis melayu sbgi calon Pas parlimen Pasir mas...huhu

Hanz Newman said...

He he he maLin ..tu aku setuju dilipat dlm sejarah...Payah nak kata, pecaya kat orang, tapi jadi haru...Tak caya, kita tak tahu pulak apa, camna, kan?

Pak Berahi-m tu semangat sungguh la... Betul ker orang kuat semangat selalunya kuat menipu orang, pandai belit? Ayat power? Entah la.