Skip to main content

Cerita gua : Forum tertutup BERSIH Mat Sabu - Mahasiswa.

Oleh : AdukaTaruna

Hari tu gua umum gua ada program kemasyarakatan di Chekok. Sabtu, 2 Julai 2011. Tapi sebenarnya gua ada forum tertutup BERSIH bersama mahasiswa. Di Komplek Purnama, Pengkalan Chepa. Antara panelnya Mat Sabu. Ingat ulama jer boleh bohong sunat?

[1]

Isi penerangan macam biasalah. Tak berapa menarik gua nak kongsi dalam blog cabuk gua nih. Ramai yang dah sedia tahu. Cuma ada cerita menarik la dari Mat Sabu tentang hujah dia berhadapan dengan polis.

Mat Sabu dipanggil polis secara berasingan seperti AJK2 Bersih lainnya. Seperti semua sedia maklum, persepsi kita ni, Timbalan Ketua Polis lebih UMNO dari Ketua Polis Negara. Antara hujah polis bersama Mat Sabu ialah :

Polis : Pavalion meminta PDRM membuat kawad berduri dari menghalang orang ramai masuk ke premisnya. Ini adalah sabotaj ekonomi.

Mat Sabu : Kalau sediakan laluan, tak payah kawad duri. Kita selesaikan secara aman, hanya 2-3 jam. Kalau sediakan kumpulan provokasi, sediakan asap, sediakan air kimia, jangankan kawad duri, kandang babi pun kami masuk.

Dan bagitau Pavalion, kalau nak berniaga tempat takda orang, pindah kat Ulu Tembeling. Mana ada peniaga tak nak berniaga tempat ratus ribu orang? Ini bohong.

[2]

N3 ni berlabel peribadi. Gua just nak share untuk anak2 gua nanti. Insyaallah. Ada 1 panel, peguam hak asasi. Dia berlainan upaya penglihatan dari kita. Tapi hujah dan penjelasan sangat baik.

Apabila settle forum, mahasiswa dan krew serbu Mat Sabu untuk bergambar. Panel peguam tadi terperangkap. Nak turun bawah tak boleh. Ramai yang mahu bergambar dengan Mat Sabu. Tapi brother lawyer ni terperangkap dan tersisih. Sabar berdiri menunggu semuanya selesai. Gua rasa sedih sangat.

Dari tak mahu bergambar, gua pun masuk campur. Gua bergambar dengan peguam ni. Suruh Jeming dengan Hjosama ambilkan. Masalahnya peguam ni paling tempat lain, sebab tak tau kedudukan kamera. Takan gua nak sentuh kepala dia dan betulkan muka. Ah.. lantak la..

[3]

Walaupun open pertanyaan tadi, dan memang ada soalan gua nak tanya Mat Sabu, tapi gua tak ambil bahagian. Gua nak tanya soklan off rekod. Gua tunggu Mat Sabu kat bawah.

Mat Sabu turun tanpa bodiguard. Keseorangan. Rakan/ pemandu sudah ada dalam kereta. Gua sapa Mat Sabu dan salam.

"Assalamualaikum, Bang Mat."

"Waalaikumussalam."

"Nak tanya soalan off rekod sket."

"Ha.. apa dia?"

"9 Julai ni, dari 3 port, Sogo, Kg Baru dan DBKL, Abang Mat ambil mana?"

"_____________. Kemungkinan besar Abang Mat di situ."


Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...