Skip to main content

BERSIH perlu dijadikan program rakyat Malaysia tahunan.

Oleh : AdukaTaruna



Perlu dijadikan acara tahunan.

Gua berpendapat, BERSIH perlu dinaiktaraf sebagai acara tahunan rakyat Malaysia. Walau suatu hari nanti BN sudah jatuh, indeks demokrasi Malaysia berada dalam 10 terbaik. BERSIH harus menjadi satu acara tahunan wajib.

Kerana,

  • Dengan demokrasi BERSIH lah rakyat boleh melawan Anwar Ibrahim.

  • Dengan demokrasi BERSIH lah rakyat boleh melawan Ambiga.
  • Dengan demokrasi BERSIH lah rakyat boleh melawan Hadi Awang.
  • Dengan demokrasi BERSIH lah rakyat boleh melawan idealogi, dasar dan struktur yang kita tidak persetujui. 

Kita melawan dalam kerangka perlembagaan. Kerangka undang2. kerangka hak asasi manusia. Semangat profesional. Inteltual. Bertamadun. Tiada langsung unsur2 perkauman.

Dengan demokrasi BERSIH lah kita boleh menjatuhkan PKR, PAS, DAP, kerajaan Kelantan, Selangor. Demokrasi BERSIH adalah hak rakyat. Senjata setiap anak cucu kita.
  • Dengan demokrasi BERSIH lah rakyat boleh menjatuhkan pihak yang menyerahkan Pulau Batu Putih kepada Lee Kuan Yew.
  • Dengan demokrasi BERSIH lah rakyat boleh menjatuhkan pihak yang menyerahkan air Johor kepada Lee Kuan Yew.
  • Dengan demokrasi BERSIH lah rakyat boleh menjatuhkan pihak yang menyerahkan Tanjung Pagar kepada Lee Kuan Yew.
  • Dengan demokrasi BERSIH lah rakyat boleh menjatuhkan pihak yang menyerahkan saham2 GLC strategik negara kepada Lee Kuan Yew.
  • Dengan demokrasi BERSIH lah rakyat boleh menjatuhkan pihak yang menyerahkan ruang udara negara kepada pesawat2 tentera Lee Kuan Yew.
  • Dengan demokrasi BERSIH lah rakyat boleh menjatuhkan pihak yang menyerahkan hidup, dasar2 negara kepada tokey2 Cina dan berkuasa menggunakan sentimen Melayu.

Selepas era BN.

Walaupun selepas era BN, seandainya PKR, PAS dan DAP terlalu lama berkuasa, terlalu bebas membuat apa sahaja kerana rakyat memilih berdasarkan sentimen, bukan berdasarkan intelek; maka, tidak mustahil indeks demokrasi negara akan kembali ke zaman BN.

Walaupun selepas BN, seandainya PAS, DAP dan PKR tetap mengekalkan indeks demokrasi di peringkat terbaik, maka, BERSIH masih tetap perlu wujud dalam hati sanubari rakyat. Demokrasi adalah senjata rakyat. Itu doktrin yang perlu dipertahankan.

Walaupun acara BERSIH pada saat itu hanya sekadar berarak dengan kebenaran dan kerjasama PDRM yang professional, atau simbolik semburan air biasa kepada peserta, atau sekadar pesta air seperti Thailand, tetapi, fahaman demokrasi adalah senjata rakyat harus ditanamkan.

Pemimpin dipilih oleh rakyat. Bukan rakyat dipilih oleh pemimpin.


Comments

  1. lu sendiri pon tak pakai baju kuning BERSIH yang lu jual tuh...lu double standard la bro....hahahaha......

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...