Skip to main content

(2) BERSIH dan Stadium : Pendapat AdukaTaruna.

Oleh : AdukaTaruna

Daripada pendapat gua mengenai BERSIH dan Agong, maka terbitlah perbahasan sama ada stadium atau mengekalkan teknik asal di jalan raya yang paling menarik perhatian masyarakat. Sebelum itu, perbincangan ini adalah soal stadium atau jalanraya. Bukan soal tuduhan media tradisional bahawa BERSIH menderhaka. Tanpa titah puluh ahli PSM sudah dituduh bukan setakat menderhaka. Tapi memerangi Agong!

BERSIH dan anak muda tidak boleh tunduk kepada tuduhan media tradisional BN. Media yang tuduh. Bukan Agong sendiri yang tuduh. Buat sahaja soal selidik sama ada pengundi internet percaya BERSIH menderhaka kepada Agong atau tidak jika tetap memilih jalan raya berdasarkan titah tersebut itu.

[1] 

Objektif BERSIH ialah tuntutan 8 perkara. Dari berunding bertahun2, berdialog bertahun2, akhirnya BERSIH mengikut kaedah Nabi Muhammad. Yakni, menggunakan jalan yang mampu menarik perhatian orang ramai, bagi tujuan tekanan terhadap sasaran.

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”.

(Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Dan anda boleh melihat bagaimana kesannya setakat ini. Pihak pesalah panik. Hutan paling ulu pun mengetahui kewujudan BERSIH ini walau tidak tahu motifnya. Dan terbaru, BERSIH berjaya mendapat perkenan Agong untuk bertemu dan menyuarakan perkara sebenarnya. Klik sini :

BERSIH 2.0 di istana mengadap Seri Paduka.

[2]

Seterusnya kita pergi apakah SPR (BN) sanggup menunaikan 8 tuntutan BERSIH? Apakah SPR (BN) sanggup bermain di padang rata? Tidak perlu lihat kesemua tuntutan. Tanya diri sendiri, apakah BN sanggup memberikan TV, akhbar harian, radio kepada pembangkang?

Jika di jalanan pun sudah pasti BN tidak sanggup apatah lagi di stadium? Berkecai tulang dengan nyawa Najib mohon Putrajaya dipertahankan. So, kita masuk kepada perbahasan seterusnya.

[3]

Sunnah alam, negara jakun (negara ke 3), tidak pernah berubah secara pusat, melalui pilihanraya. Indon, Thai, Asia tengah, semuanya melalui jalan raya. Gua belum pernah lihat sejarah negara jakun kepada negara maju melalui stadium. Tak pernah!

Jadi, jika tuntutan 8 perkara berkecai tulang dengan nyawa pun SPR (BN) pasti tidak akan penuhi, apakah tujuan gua berpendapat mesti ke jalan raya?

Gua berpendapat, turunlah 9 Julai ini bukan atas akidah BERSIH. Tapi atas akidah mahu mencilok menegakkan sistem Islam melalui demokrasi BERSIH. BERSIH ada atau tidak, hanya kebutulan. PAS ada atau tidak memang kebetulan. UMNO, PKR atau Melayu hanyalah kebetulan.

Dengan jalan raya pada 9 hb, anak2 muda mendapat latihan di jalan raya. Bagaimana mengawal emosi, bagaimana membentul solidariti, bagaimana berhadapan provokasi, bagaimana membuat keputusan, etc. Anak2 muda tidak memerlukan latihan di stadium. Tidak perlu. Tapi anak2 muda memerlukan pengalaman, memerlukan latihan, menuntut satu2 tuntutan dengan membentuk satu tekanan tertentu.

[4]

Ini lebih atas, tinggi dan mulia dari objektif BERSIH sendiri. Jika BERSIH berpatah ke stadium, maka, hilanglah hujah2, untuk ke jalan raya selama2nya. Hilanglah kaedah yang dianjurkan Nabi dan sunah2 yang berlaku dalam perubahan sesebuah negara peringkat pusat itu selama2nya.

Jika BERSIH belum ke jalan raya sudah dianggap HARAM, bayangkan BERSIH ke jalan raya selepas berpatah tunduk menggunakan stadium akan datang. Ianya akan jatuh hukum HARAM TAHAP NERAKA.
PERKASA, etc akan claim mereka berjaya. Mari kita gunakan ayat lain.

Menggunakan jalan raya bagi tuntutan SPR.

1. Berkecai tulang dan nyawa, SPR (BN) tetap enggan.

2. Tapi anak muda mendapat pengalaman menggerakkan massa di jalan raya untuk sebarang tuntutan lain di masa hadapan.

3. BERSIH 3.0, 4.0 juga akan berlaku menggunakan kaedah jalan raya.

U turn menggunakan stadium bagi tuntutan SPR.

1. UMNO / PERKASA dan Najib claim idea mereka akhirnya diterima BERSIH. Me'liberal'kan kuasa jalanan. Seperti Zionis yang meliberalkan word jihad. Jihad tak semestinya senjata. Ada jihad pertanian, ada jihad ekonomi, etc.

2. Jika jalan raya pun SPR (BN) enggan, apatah lagi stadium.

3. Anak muda (ratusan ribu pendemo baru), tiada pengalaman. Tiada peluang belajar.

4. BERSIH 3.0, 4.0 HARAM MUTLAK TAHAP GABAN u turn ke jalan raya kembali.


Comments

  1. Berita Terkini. BERSIH dan Pakatan Rakyat setuju berhimpun dalam stadium.

    Luntur semangat gua beb. Longlai kaki. Sia-sia gua menjalani latihan ala komando sejak sebulan lepas untuk mengembalikan stamina dan mengempiskan perut, wakaka.

    Setakat stadium, gua pakai kain pelikat je la. Garam boleh simpan buat masak.

    Gua dah 3X kena tahan road block dalam tempoh seminggu ni, sebab ada sticker BERSIH kat cermin kereta. Kerja bertekak je lah dengan incik polis.

    ReplyDelete
  2. Eh jangan take it easy lelaki_ini yg macho...ha ha ha... Yg hadir stadium pun mesti ada alat keselamatan khusus... tapi tak payah la bawak helmet kerja kontrak tu..atau safety boot... ha ha..melampau tu.

    Elok bawak jugak google.. garam ke apa lain...mana tahu kut ada acara tambahan drp PGA - acara siram air kimia kpd peserta? & Acara Main Sembunyi & Lari dlm asap? U never know ..ha ha.

    Elok up'kan stamina & fitness tu.. Mana tahu tiba tiba pengumuman jumpa bom C4 dlm public ramai ramai lintang pukang lari selamatkan diri..tolak menolak...Cabran, gugaan sungguh la.. Hah, apa lagi? lari pecut la selamatkan diri ...sampai tertinggal anak bini sendiri? Kapel?

    ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu