Skip to main content

Ya.. memang benar Husam Musa yang sponsor gua Langgar Hadi.

Oleh : AdukaTaruna

Walau gua rasa, gualah yang memulakan, bermati2an menyedarkan audien mengenai Hadi Awang / bidaah Kepimpinan Ulama, sejak 2006; tapi akhirnya Husam jugak yang ditembak. Pada hal gua bersalam pun tak pernah dengan Husam.

Untuk menjawab tuduhan penegak Hadi / geng Ganu dan geng UMNO terhadap siapakah yang membiayai gua, gua akui bahawa Husam Musa yang membiayai gua.

1. Husam Musa menjelma sebagai Salman Faris Hamat dengan drive kereta dalam hujan lebat, dari Kuala Krai untuk menyerahkan / memberi pinjam video cam. Masa yang sangat suntuk ketika itu. Gua tidak pernah kenal apatah lagi bertegur sapa dengannya sebelum ini.

2. Kemudian, Pink Turtle la yang menjelma sebagai Husam Musa dengan bagi pinjam handycam + kereta, dan memberi bantuan duit minyak. Pink Turtle bakal mendapat projek balak 200 hektar di Terengganu seandainya gua berjaya menjatuhkan Hadi. Khaahkkk ptuih!

Dan sebelum Geng Ganu + UMNO fitnah gua ada video seks dengan Pink Turtle, gua bagitau, Pink Turtle adalah lelaki.

3. Satu blog PAS terkenal memberi gua peruntukan RM200. Gua tak boleh dedah. Nanti kecoh. Sebab ramai kata rupa beliau iras2 Husam Musa. Khaahkkk ptuih!

4.  Songkok Putih, dari Tranungkite Online, geng Ganu sendiri memberikan peruntukan gua RM200. Mujur Terengganukini tarik diri. Kalau tak, sah, Terengganukini pun kena tuduh dibeli Husam.

5. Akan datang, anak kepada Mustapa Ali, SU Agong PAS, menjanjikan akses dan keselamatan gua di Rusila untuk projek Langgar Hadi seterusnya. (Gua simpan sms beliau.). Lepas ni, tunggu. Penegak Hadi dan UMNO akan kata Husam pakai kostum menyamar anak SU Agong PAS.


Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...