Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jun 28, 2011

Siapa boleh terjemah benda alah ni?

Unggun Bersih

Oleh : Samad Said

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Gua : Gua jenis keras, lurus dan terjah. Liok2, lintuk2 ni, gua tak berapa reti. Sapa2 boleh terjemah, gua akan turun BERSIH dengan berbogel.


2 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

tanya sama itu Shit writer maaa....Dato Shahnon Ahmad!

Hanz Newman said...

Alahai lu ni apa jenis keras la? hard rock ka trash ka, sajak Melayu kita gurindam jiwa kita, mat. Tak sajak la lu tu pun lu tak tahu maksudnya. Tu dia ceria pasal suasana hidup kita dalam demokrasi terpimpin (UMNO) yg tempang. Rosak gila. Tapi aku rasa dia tak setuju demo jalanan Bersih 2.0 la ... same here... Dia mungkin maksudkan kita hanya perlu terus ada jiwa (bara api) perjuangan walau tak dapat sokongan ramai di jalanan. Ada jalan lain!

Eh, lu nak gua terjemah sajak tu ke dlm BI ker? Kerja gila! Macam orang gila...ha ha ha! Lain tahun la!