Skip to main content

Saf Kepimpinan PAS : Awang Selamat hempas laptop Editor Utusan.

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Apa pun yang telah ditakdirkan Allah pada hari ini, secara professionalnya, gua ucapkan tahniah. Takdir Allah pada hari ni tidak semestinya adalah keputusan Allah. Mungkin baru selangkah dalam perancanganNya.

Gua, sebagai manusia, kerdil dan bersendirian, hanya memiliki tidak sampai ratus kawan yang sama fikrah, sama sisi jalan; sudah pastilah mempunyai perjuangan yang sendiri. Itu hak gua. Dan, untuk itu, sudah pastilah mempunyai gerakan dan perancangan sendiri. Itu hak kami. Apa pun, sekali lagi, kesemua itu turut termaktub dalam pengetahuan dan perancangan Allah. Wallahualam.

[2]

Perwakilan PAS sudah pasti memilih bukan kerana fikrah gua. Mustahil. Calon2 yang terpilih juga mustahil sefikrah dengan gua. Ini penegasan yang perlu. Kerana terdapat suara2 dari UMNO dan old school PAS yang menembak. Malah, sebelum pemilihan, gua bersama rakan jarang mengulas calon2 pro pembaharuan kerana yakin majoriti perwakilan PAS tidak suka kami.

Cuma, apa yang diberikan Allah pada hari ini, walau tidak semestinya Allah bermaksud begitu, cukuplah untuk kami anggap sebagai hadiah. Thanks Allah.

[3]

Bertahun lamanya, kami berjuang menentang Hadi. Bukan kerana namanya Hadi. Tapi kerana dia tenggelam dalam perebutan undi2 baru ditangan Anwar. Sedangkan sistem Islam itu perlu ditegakkan melalui undi. Ini adalah lukisan gua yang tidak glamer di kalangan ulama. Lukisan ini menceritakan basic mengapa gua menentang Hadi sejak 2006.

Asal usul N3 : Klik sini. (dan lihat perjalanan artikel dengan menekan butang NEWER POST)



Dan ini pula lukisan gua yang dipromosi Albanjari, Cenangau, TKO dan pro ulama lainnya bagi menghalalkan tindakan pukul ustaz2 Rusila terhadap gua. Kini, Allah merakamkan itu sebagai takdir bagi manusia2 yang berfikir. Lukisan ini pula selepas Paklah sahkan wujud 3 kali perjumpaan. Sesungguhnya baka Melayu bodoh untuk berfikir secara luar kebiasaan.

Asal Usul N3 : Klik sini. (dan lihat perjalanan artikel dengan menekan butang NEWER POST)


Gua dan rakan tidak kisah dihina, ditinggal rakan lama, disisih dalam menjaga akidah Tiada satu jenama dan tokoh yang sebaris dengan akidah, mudah2an hendaklah Allah menjaga maruah kita. Merakamkan sejarah yang tidak mengaibkan untuk kita. Amin.

[4]

Kita bercakap soal persaingan sihat. Persaingan merebut undi untuk mencilok sistem Islam. Gua melihat asalnya Husam sahaja yang boleh menyaingi Anwar dalam merebut undi. Ekonomi, skill pentadbiran, etc. Soal agama Husam mempunyai divider dengan Syura dan Mursyidul Am. Sistem yang sudah cantik.

Undi Anwar tidak akan menjamin sistem Islam ditegakkan. Undi Husam menjamin itu walau tidak 100%. Tetapi apabila PAS meletakkan orang yang salah, maka gua dicampakkan perasaan memberontak. Gua memberontak mengikut kemampuan akal fikiran gua. Sedikit demi sedikit gua berjuang secara kerdil. Kini sudah 2011 tanpa sedar.

[5]

Pada mulanya kecewa apabila PAS masih takut untuk keluar dari tradisi. Kerusi utama dipertandingkan. Kekecewaan terubat apabila sudah ada kawasan yang keluar dari ketakutan alam Melayu dengan terbuka mencalonkan pertandingan bagi kerusi Presiden.

Tetapi Allah merencanakan tiap2 sesuatu itu tanpa sia2. Kecuali kecewa dengan Suhaizan Kayat yang bacul untuk menjadi lelaki muslim yang keluar dari alam mistik Melayu, Allah kurniakan barisan Kepimpinan PAS yang anytime boleh patuh pada syura ulama. Anytime boleh dengar cakap Dewan Ulama. Anytime boleh dipanggil mengadap Mursyidul Am. Anytime boleh overshadow UMNO dan pesaing2 dalam rakan pakatan.

Berbanding sebelum ini, Syura yang segan dengan barisan kepimpinan, Mursyidul Am yang serba salah dengan barisan kepimpinan, Dewan Ulama PAS yang ghaib dalam alam bunian.

Allah janjikan kehinaan kepada orang yang tidak layak, tetapi bermati-matian memegang amanah. Allah telah merakamkan sedikit sebanyak kehinaan kepada sejarah Hadi Awang dalam memegang amanah Presiden. Dan kini Allah takdirkan Hadi Awang terkepung dalam falsafah bidaan ciptaan manusia. Kepimpinan Ulama.

1. Presiden PAS - Hadi Awang
2. Timbalan Presiden - Mat Sabu

1.  Ketua Muslimat - Siti Zailah
2. Timbalan Muslimat - Dr Mariah

Muslimat memilih Erdogan - SiasahDaily. Tapi pada gua, Muslimat telah memilih falsafah yang tepat. Kepimpinan Islam. Serahkan sesuatu itu mengikut tajuknya, mengikut ahlinya. Bukan label jenama.

Dan ini pula AJK PAS Pusat yang mengelilingi Hadi Awang.

Mazlan Aliman (884)
Dr Hatta Ramli (765)
Kamarudin Jaffar (739)
Hanipa Maidin (735)
Azizan Abdul Razak (721)
Dzulkefly Ahmad (702)
Mujahid Yusuf Rawa (651)
Khalid Samad (643)
Ghani Shamsuddin (579)
Amiruddin Hamzah (576)
Abdul Wahid Endut (556)
Abu Bakar Chik (527)
Mohd Amar Abdullah (470)
Mahfodz Mohamed (449)
Siti Mariah Mmahmud (445)
Hassan Mohamed Ali (437)
Abdul Ghani Abdul Rahman (430)
Nuridah Salleh (416)

Lihat top 10. 8/10 terdiri dari keahlian bukan jenama ulama. 2 terdiri dari keahlian jenama ulama.

[6]

Masalah sebenarnya bukan jenama ulama atau tidak. Jikalah Hadi Awang itu ulama yang boleh membentangkan ekonomi, plan2 pembaikan dasar dari UMNO kepada plan2 baru. Tol, petrolium, IPP, seperti mana Ahmadinejad, maka pedulikanlah. Asalkan pengundi baru lebih berkiblatkan Hadi Awang dari Anwar, maka sistem Islam ditegakkan itu munasabah. hati gua tidak memberontak.

Tetapi, Hadi Awang bukan sahaja lembab dalam bidang ekonomi, malah lembab pula dalam isu2 keagamaan. Penghafal adalah haram diletakkan sebagai pemegang amanah yang sukar seperti Presiden. Gua berijtihad haram. Walau Hadi Awang lebih berkelayakan untuk menentukan haram dan halal.

[7]

Langgar Hadi akan tetap diteruskan selagi ianya relevan. Pada gua, setengah kaki sudah di dalam. Tiada apa2 imbuhan kecuali untuk meletakkan impian menegakkan sistem Islam selogik yang mungkin dalam waqi Malaysia.

Biar gua kehilangan rakan2 dari TKO, pasti sudah Allah gantikannya dengan rakan2 lain. Biar gua berhadapan dengan makian dan cacian dari golongan old school, pasti sudah Allah gantikannya dengan semangat dari golongan lain. Biar gua berhadapan dengan sabotaj dan halangan dari pihak itu, pasti Allah sudah gantikan dengan bantuan dari pihak ini.

Sesungguhnya solat gua, ibadah gua, hidup gua dan mati gua, hanya untuk Lu ya Allah. Tiada jenama, tiada tokoh yang sebaris dalam akidah tujuan kehidupan gua ke dunia ini. Tetapkanlah hati dan kaki gua, Ya Allah.

Amin.


Comments

  1. wa ingat orang yang kononnya rapat ngan ulama ni berlapang dada kalau orang yang dipilih kalah dalam pemilihan.... tapi sangkaan wa meleset..... lagi banyak fitnah dan andaian yang ditabur.... apa nak jadi dunia sekarang..... parah... parah....

    ReplyDelete
  2. Tu maknanya hati tak cukup baik ... ada sakit tu, bro hensem (lu hensem ka macho ni? ha ha) .. ulamak boleh b'politik tapi kena la jaga hati jugak. Baru tak jadi spt ibu ketam yg ajar anaknya jln yg 'betul'.

    Ulamak patut menjiwai falsampah "Biar (ulamak) PAS kalah, asal Islam menang (puak pro, umarak)", kan? Sound familiar?

    Ho ho ho

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...