Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jun 22, 2011

Mari bersama doakan hujan lebat pada 9 Julai 2011.

Oleh : AdukaTaruna

Teringat gua ketika menghadiri BERSIH 2007. Dengan uma dan rakan2 rumahnya. Air kimia dan gas pemedih mata larut dalam air hujan yang lebat. Time tu macam rahmat. Berpesta masing2 macam dapat ilmu kebal. Sebelah mata pun tak pandang dengan tembakan2 dari FRU. Tapi bila hujan berhenti, masing2 kembali penakut seperti biasa la. Haha.

Nak cerita tentang tembakan air kimia dari lori FRU, selalunya sebelum tembak, pengarah projek tembak akan sound dari atas lori tu. Guna pembesar suara. Pastu kalau degil macam Abu Nawas, lori tu akan keluarkan siren. Tu detik2 tembakan la tu. Pepandaila lu bukak langkah. Kalau kena pedih bang. Tapi 2-3 minit jer la untuk kulit jenis gua. Kalau kulit jenis Nora Danish, mau terkopek tuh agaknya.

So, penutup N3 ni, harap, marilah sama2 doakan hujan lebat gile pada 9 Julai. Kalau boleh hujan lebat berpetir bermula pada malam 9 Julai. Supaya roadblock kensel. Pastu reda sekejap. Pastu hujan lebat lagi lepas Zuhur pada 9 Julai. Pergh... biasalah.. makhluk lemah macam gua, dia punya doa spesifik suruh Allah buat macam2. Haha..


1 comment:

aljo said...

Mohon juga agar petir menyambar setiap lori berwarna merah serta si pemakai topi keledar merah.