Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jun 3, 2011

Mak gua : Tips memilih Ketua Darjah.

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Selain setuju 100% dengan pandangan Lelaki Ini, gua ada rasa respek juga dengan kenyataan Nik Abduh yang tidak menolak kemungkinan faktor bapa adalah kemenangannya.Gua suka elitis yang sedar diri. Sedar diri adalah penting pada elitis kerana ianya adalah 'divider' yang menjaga elitis itu membawa pengikut2 masuk gaung.

Tahniah kepada Nik Abduh. Selamat bertugas dan selamat memimpin pemuda di BERSIH 2.0 nanti. Barisan depan tau. Bukan tengok dari atas mimbar masjid sambil pegang kitab.

[2]

Masa gua sekolah rendah, gua dilantik pengawas sejak darjah 4. Bila gua semakin matang, gua sedar bahawa gua tidak layak menjadi pengawas. Memang 1000% tidak layak. Guru pengawas lantik gua jadi pengawas sebab mak gua cikgu di sekolah itu. Buktinya, apabila gua ke sekolah menengah, gua tidak pernah dilantik menjawat jawatan pengawas.

Semalam gua mimpi. Mak gua bagi tips untuk memilih Ketua Darjah dari sekian calon yang ada ketika itu.

1. "Angah... jika ada, tengoklah calon yang rambutnya berminyak dan sikat dengan rapi. Itulah Mat Skema, Angah. Mat skema amat jarang melanggar peraturan."

2. "Angah... selalunya, Mat Skema bertubuh kurus, memakai spek mata. Ini Mat Skema jenis baka yang tidak cukup baja. Skemanya dia adalah kerana tiada keberanian. Skemanya dia adalah kerana kurang zat. Tetapi, seandainya Angah terjumpa Mat Skema bertubuh gempal, Angah perhatikanlah ia. Mat Skema bertubuh gempal selalunya lantang. Tidak mudah merajuk. Digeruni lawan dan rakan. Sangat berguna jika diutuskan untuk mendapatkan satu2 tawaran dalam satu2 mesyuarat."

3. " Angah... itu adalah fizikal. Tidak semestinya setiap orang yang rambut berminyak rapi, sikat tepi adalah layak menjadi Ketua Darjah. Tidak semestinya setiap orang lantang yang gempal layak menjadi Ketua Darjah. Itu hanya tips. Tapi, jika Ketua Darjah itu dipilih oleh murid sedarjah, pilihlah Ketua Darjah yang mewakili murid sedarjah. Bukan mewakili golongan pengawas atau guru-guru. Jika mahu Ketua Darjah yang mewakili pengawas dan guru-guru, hapuskan sahaja pemilihan. Dan syurakan semuanya."

Mat Skema rambut berminyak rapi. Sikat tepi.

Mat Skema kurus bercermin mata.

Pilih Ketua Darjah yang mewakili murid darjah. Bukan mewakili pengawas atau guru-guru. Melayu sudah terbalik terlalu lama.

Angah perlu pilih Ketua Darjah yang masanya lebih banyak habis dalam bilik darjah berbanding bilik guru. Angah perlu pilih Ketua Darjah yang makannya lebih banyak bersama murid berbanding pengawas.

Esoknya, gua kol mak gua. Ceritakan pasal mimpi gua. Dan gua bagitau yang gua dah ada gambar Mat Skema Gempal.

"Angah mms mak lah. Mak ada banyak kerja nih. Nanti mak komen melalui sms."

Gua pun mms gambar ni. Mat Skema gempal. Mak gua terus sms.

"Angah... ni bukan Mat Skema mewakili golongan tertindas. Ni Mat Gayut bawah ketiak Guru Besar."

"Dah tu cane mak kalau orang ni terpilih?"

"Kena guna Mat Biadap macam kamu lah."

Erkk!


3 comments:

lelaki_ini said...

Cilako! Haha.

Tu semua tak penting. Yang penting Ketua Darjah ada title ulama'. Kalau tak nanti dasar Islam tergadai kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Jin gua cakap Tn. Ibrahim menang. Mungkin faktor anak sedara Nik Aziz dan alternatif kepada gol. ulama' yang menolak Nash. Kalau tak masakan Harun Taib dan Abu Bakar Chik turun Pahang pujuk untuk U turn. Wallahua'lam.

abanghensem said...

harap bebeno aku abg mat kita ni jadi TP.....

Hanz Newman said...

Hooray abe mat kita menang ... janji us Nash kalah. Sebenarnya, dia dikalahkan dikambing-hitamkan kali ni. Nash dimangsakan diC$'kan untuk agenda de facto untuk seterusnya. Puak ni masih 'hidden agenda', remember, tapi depa 'terpaksa' menangkan puak haluan kiri (name it, erdogan,liberal,pro = umarak). Kalau tak, PAS akan kalah teruk PRU ni & peluang parasit & spesis pokok hiasan 'penumpang UM?NO' spt ABC (simply) akan terpupus dgn kadar segera.