Skip to main content

Luahan akar umbi PAS.

Sumber : Manjung Mari

Luahan brother ni panjang sgt ma... gua hanya ambil mana yang sesuai dgn level terkini gua. Adalah lebih baik lu klik link Manjung Mari itu dan membacanya. Cuma Manjung Mari tidak mengeditnya langsung walau dengan membuat perenggan, menyebabkan sedikit sukar untuk membacanya.


Luahan akar umbi PAS.

Tanggapan Adanya Anasir bahaya membayangi PAS.

Buat tatapan generasi pelapis dan kepimpinan PAS. PAS Mesti Berubah Sekarang Demi Memastikan Kejayaan Berterusan Dan Kemenangan Kini Boleh Dipertahankan.

1. Mula-mulanya kami tidak mahu menyelusuri isu-isu dalaman PAS, mengharapkan ianya merupakan polemik dalaman di mana masing-masing kelompok dalam PAS sebenarnya ingin melakukan yang terbaik buat Islam melalui PAS. Itulah kerenah dalaman PAS yang kami kenali dulu terutama pada zaman arwah Tuan Guru Haji Yusuf Rawa dan arwah Ustaz Fadzil Noor.

Benar, adakalanya ianya menjadi “counter-productive” dan banyak kerja-kerja jemaah terbengkalai. Kami melihat kini ada sedikit perubahan tetapi banyak lagi perlu dilakukan. Tapi kini telah mula ada unsur yang amat negatif di mana telah ada kekangan dalam PAS bukan sebab-sebab kekurangan sumber seperti kewangan, keupayaan dan teknikal tetapi lebih merupakan tindakan sabotaj yang timbul dari sifat iri hati, dengki dan khianat. Ini amat bahaya dan perlu dibendung segera. Sabotaj kronik dalaman tidak pernah ketara berlaku di zaman-zaman arwah Tuan Guru Haji Yusuf Rawa dan arwah Ustaz Fadzil Noor.

2. Ahli-ahli jemaah yang benar-benar ikhlas, sabar dan kuat staminanya akan dapat beristiqamah dengan perjuangan Islam melalui uslub dan manhaj yang dianjurkan PAS walau kuat mana badai melanda dan ancaman yang mendatang.

3. Maka ada ketika-ketika dapat dilihat sahabat perjuangan ada terus istiqamah di barisan hadapan sehingga kini dengan PAS, ada yang kecundang lari masuk dan bersama golongan munafik UMNO, ada yang syahid membenarkan janji mereka kerana Islam tercinta.

Di saat-saat getirnya perjuangan PAS dahulu ramai di kalangan sahabat-sahabat dihambat dan dihimpit keselesaan hidup mereka samada disusahkan bagi mendapat hak mereka sekeluarga walau mereka adalah rakyat Malaysia berbangsa MELAYU, beragama ISLAM. Ada mereka dipindahkan dengan notis 24 jam kerana bergiat dengan dakwah Islam melalui PAS. Ada yang dinafikan kenaikan pangkat, subsidi, biasiswa anak-anak mereka, bantuan-bantuan dan peruntukan-peruntukan kerajaan yang layak bagi mereka sebagai rakyat Malaysia, berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM.

Pelajar-pelajar universiti ditarik biasiswa, tidak mendapat hak tinggal di asrama dan dibuang universiti kerana aktif bersama kumpulan jemaah Islam. Ini semua berlaku dalam keadaan UMNO ketika itu amat kuat dan berkuasa dan bermaharajalela. Ada ustaz kita yang dibunuh di Sabah kerana beliau aktif di sana dengan dakwah dan berjaya menggerakkan PAS. Keluarga beliau telah di bawa keluar Sabah dalam tempoh 24 jam dan berita mengenainya digelapkan dari arus berita perdana. Ini semua sebahagian dari sejarah PAS yang telah dizalimi oleh UMNO sejak lebih dua puluh tahun dulu.

Belum lagi kita cungkil sejarah sebelum merdeka dan awal merdeka di mana pejuang-pejuang Islam difitnah sebagai komunis, dibunuh dan disingkirkan oleh UMNO yang bersekongkol dengan British. Pondok Madrasah Ihya AsSyarif dan Hizbi Muslimin di Gunung Semanggol, Perak difitnah sebagai “musuh dari gunung”, satu sindiran dari Dato’ Onn kepada Tuan Guru Abu Bakar Al Baqir sebagai komunis yang terdapat dalam lipatan sejarah yang sudah pasti tidak dapat diselewengkan lagi kini.

Kematian tiba-tiba Abdul Samad Gul yang dikapak kecil di Kelantan selepas tidak beberapa lama berucap dan mengusul di Parlimen agar dimasukkan dalam perlembagaan bagi menjelaskan Tanah Melayu adalah hak orang Melayu dan Perdana Menteri mesti dari orang Melayu.

Begitu juga matinya Profesor Dr Zulkifli Muhammad dengan peristiwa kemalangan jalanraya yang amat misteri dan Dr Burhanuddin Helmi kembali kerahmatullah beberapa minggu dibebaskan dari kem tahanan Kemunting setelah ditahan beberapa tahun bawah ISA. Jemaah ketika itu mempercayai ada unsur khianat dan sabotaj tetapi tidak mudah dibuktikan kerana liciknya agen dan talibarut British dan “special branch (SB)”.

Kami yakin metod (seperti kemalangan, dibunuh tanpa dapat dicari pembunuhnya, sakit kronik seperti serangan jantung, kencing manis, kanser, fitnah adalah metod yang paling popular) sebegini masih berjalan dan perhatikan masih ada kalangan ahli jemaah yang mati secara tiba-tiba, mengejut dan tragis.

Ada di antara yang kami yakin telah “dipadamkan” dengan metod-metod di atas tanpa dapat dibuktikan. Antaranya Ustaz Mansor Din, Hj Othman (Ketua Pegawai Hisbah Terengganu), Akbar Anang, Johor, Ustaz Abdul Razak Dawami, Selangor, Bendahari PAS Perak (Bekas Pegawai LHDN), AJK Muslimah dari Bangi yang amat aktif dan muda kemalangan dilebuhraya berhampiran UNITEN, Ketua Muslimah seorang guru yang aktif di Tanjung Karang/Sabak Bernam juga kemalangan, anak remaja Ustaz Nik Amar, Ustaz Nikmat Yusof (aktif ABIM Kedah dan mula secara terbuka bersama PAS selepas Anwar Ibrahim dipenjarakan), Dr Datu Bandira Datu Alang (Sabah) dan ramai lagi yang aktif menjadi penggerak dan berpotensi kepimpinan mereka “dipadamkan” awal agar ada “gap” dalam PAS di segi pemimpin pelapis (supaya perlaksanaan program dan “succession plan” hampir tidak ada dalam PAS).

Jadi mana-mana ahli jemaah PAS yang amat aktif, komited dan kuat kerja lebih-lebih lagi sekiranya jelas anti-UG, jaga-jagalah diri dan keselamatan, jangan tiba-tiba sakit tenat atau kemalangan atau ……...

6. Selepas kemasukan Anwar Ibrahim pada 1982 ke dalam UMNO serta gerombolannya, telah berlaku kejutan terhadap gerakan Islam terutamanya ABIM. Di kalangan PAS juga merasa terkejut terutama Ustaz Nakhaie Ahmad yang amat kecewa kerana beliau merupakan orang ABIM pertama masuk PAS atas keputusan ABIM bawah kepimpinan Anwar Ibrahim selepas pertemuan dengan Pak Natsir dari Partai Persatuan Pembangunan, Indonesia (PPP).

Rentetan-rentetan kemudiannya telah berlaku peristiwa pertemuan PAS dengan Dr Mahathir di Sri Perdana. Pertemuan itu menjadi tuba dan racun dan menampar hebat PAS di mana undi bukan Melayu merudum dan PAS hanya memenangi satu kerusi Parlimen kerana kononnya berlaku “deal” di antara PAS dan UMNO demi kepentingan Melayu atau Agenda Melayu.

Dikhabarkan “power broker” dan yang menjadi macai-macai UMNO ketika itu adalah dari kalangan ABIM dan Institut Kajian Dasar (IKD) kumpulan “think tank” Anwar Ibrahim. Butir-butir pertemuan dibocorkan kepada parti komponen lainnya menjadi sebab utama kaum bukan Melayu menjadi curiga dengan PAS yang ketika itu hebat melancarkan Chinese Community Council (CCC) di bawah lujnah kelolaan Ustaz Nakhaie Ahmad.

Kegagalan teruk PAS dalam PRU tersebut dilonggokkan pada salahnya idea CCC dan Ustaz Nakhaie Ahmad dibantai teruk pada muktamar PAS tahun tersebut. Maka merajuklah Ustaz Nakhaie Ahmad dan larilah beliau serta gerombolannya seperti Puad Zarkashi, Johan Che Pa dan beberapa orang lagi meninggalkan PAS dan memasuki UMNO melalui arwah Tun Ghafar Baba.

Maka jadi enak dan lunaklah Ustaz Nakhaie Ahmad bersama UMNO BN sehingga diberikan jawatan YDP Yadim sehingga ke tahun 2010…..dan kini YDP PERKIM. Arwah Ustaz Fadzil Noor sejak peristiwa Sri Perdana dan tahun-tahun berikutnya kami perhatikan amat berhati-hati dan seolah-olah menjadi seorang pendiam dan paling kurang berbicara ketika bersama ahli-ahli jemaah.

Namun begitu, masih hebat dan amat petah arwah Ustaz Fadzil Noor berhujah ketika menyampaikan ceramah dan berucap di Parlimen. ADA SESUATU DIBENAK ARWAH USTAZ FADZIL NOOR YANG HANYA BELIAU MENGETAHUI. Contohnya, kami masih tertanya-tanya mengapa arwah Ustaz Fadhil Noor pernah mengelak berceramah sepentas Zulkifli Nordin (MP Kulim) di Taman Melewar suatu ketika dulu dengan mengarahkan kenderaan yang dinaikinya berpatah balik.

Kematiannya juga mencurigakan bagi kami. Golongan ABIM seangkatan Anwar Ibrahimlah yang membrokerkan agar arwah Ustaz Fadzil Noor diterbangkan dari KL ke Alor Setar dengan kapalterbang tentera dan ingatkah atau tahukah kita siapa Menteri Pertahanan ketika itu dan Setiausaha Politiknya. Khabarnya bekas Setiausaha Politik tersebut adalah Pengerusi PWTC sekarang. Carilah sendiri siapa mereka dan fikir-fikirkanlah. Sekiranya mayat arwah Ustaz Fadzil Noor dibawa dengan kereta jenazah ke Alor Setar, pasti akan sesaklah Lebuhraya Utara Selatan hingga ke Alor Setar, yang pernah disebutkan oleh saudara Subky Latif.

7. Ketika Anwar Ibrahim di dalam UMNO, ramailah kalangan ABIM yang mendapat tempat dan peluang di dalam kerajaan terutama di IPTA dan sekolah-sekolah dan beberapa-beberapa jabatan-jabatan kerajaan. Ramai juga mendapat habuan-habuan projek dan menjadi jutawan-jutawan segera.

Tak payahlah disebut siapa mereka itu, kerana kini ada yang menyendiri dalam kerajaan (kebanyakan dah pencen dan hampir nak pencen kini), yang kaya ada yang kini senyap sendirian dan ada yang duduk di luar negara contohnya di Australia, ada yang masuk PAS, ada yang masih dalam UMNO dan ada dalam PKR “thick and thin” dengan Anwar Ibrahim. Jelasnya kini Anwar Ibrahim sendiri nampak siapa sebenarnya lawan dan kawan sejati beliau dari ABIM itu. Khabarnya ramai yang “menjadi” sufi dan sibuk dengan tasauf atau ber-epistemologi, berbicara sufi dan ada juga yang ikut tabligh..!!!

8. Dr Hassan Ali adalah di kalangan mereka yang menjadi jaguh atau “champion” program “Bina Insan” dan mungkin “Jayawaris” juga. Beliau akhirnya menjadi rapat dengan geng-geng ABIM dan memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN).

Beliau juga mendapat tempat dan publisiti mudah ketika Anwar Ibrahim dalam UMNO bersama ustaz-ustaz “Forum Hal Ehwal Islam” seperti Dr Harun Din, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Badrol Amin dll yang mendapat sambutan “prime time” di TV3 dalam tahun akhir 1980an dan tahun 1990an.

Setelah berlaku krisis Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir, Dr Hassan Ali tidak beberapa lama kemudian bersara awal dan menjalankan program motivasinya sendiri yang seingat kami nama singkatan syarikatnya adalah AKRAB atau SABHA.

9. Bermulanya dengan kemelut terkini mengenai Kerajaan Perpaduan atau Unity Government (UG) yang menjadi polemik bertukar krisis kepada PAS yang masih tenggelam timbul, kami melihat unsur-unsur ala Sri Perdana zaman Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dengan Dr Mahathir timbul kembali.

“Power Broker” atau macai-macai UG ini masih dari kalangan ABIM yang rapat dengan “Geng Ganu (GG)” dan lebih menakutkan sekarang mereka kini merupakan kumpulan terdesak dan melukut tepi gantang UMNO dan di masa yang sama berjinak-jinak dengan PAS. Pada kami GG adalah kumpulan yang berpotensi merosakan jemaah PAS kerana GG ini banyak berpolitik demi kepentingan sendiri dari melaksanakan maslahat dakwah Islamiah melalui platform politik.

Mereka-mereka ini besar kemungkinan menjadi “penasihat” dan “informer” sampingan kepada PAS dan mungkin juga UMNO. Mereka ini mula dilihat kehilangan pengaruh dan kedudukan, samada dah pencen atau hampir pencen atau tak cukup “business”. Sebelum 2008, mereka ini baik dengan pimpinan UMNO (ketika Pak Lah Perdana Menteri) dan PAS dan cuba rapat kembali dengan Anwar Ibrahim setelah dibebaskan.

Ramai di kalangan mereka ini dah tidak berapa diambil tahu dan dirujuk oleh Anwar Ibrahim melainkan seorang dua, maka ramailah menenggek di PAS terutama di PAS Terengganu ketika PAS berkuasa. Bilamana Kerajaan PAS kecundang di Terengganu, mulalah puak “power broker” ini “membroker” UG di antara PAS dan UMNO setelah BN jatuh di lima buah negeri.


ABIM GG ini dah mula berjinak dan “penetrate” dalam Kerajaan Negeri Kedah dan ada yang kononnya tolong buka “line” antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Harap Ustaz Azizan Razak tidak akan mudah di “cong” mereka-mereka ini semata-mata kerana latar belakang dan imej korporat dan haraki mereka. Percayalah “target” mereka adalah habuan semata-mata dan bukan membantu Kerajaan PAS Kedah melaksanakan dakwah Islamiah. Awas dengan umpan mereka jangan sampai satu keadaan terpaksa sampai bila-bila mendokong mereka seperti biawak hidup. Lihat apa jadi di Terengganu, TGHH mendokong biawak hidup hingga ke hari ini.

10. Kemudian terbongkar cerita Task Force 2010 dan kaitannya dengan UG. Task Force 2010 berpejabat di kawasan Jalan Aman, Kuala Lumpur dan berhampirannyalah, di sebuah kedai makanan nasi Arab Yemen pernah berkumpulnya pemimpin-pemimpin seperti Mustapha Ali, Nasaruddin Mat Isa dan puak-puak ABIM GG tersebut.

TGHH juga ada bersama di kedai makanan nasi Arab Yemen tersebut. Sungguh malang ia telah melibatkan kepimpinan tertinggi PAS, ini amat menakutkan. Sedikit nasihat ikhlas kepada Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA), berhati-hatilah hatta dengan yang amat selalu bersama dan paling dekat. Metod SB Malaysia tidak kurang hebatnya metod CIA, MI5, MOSSAD dan KGB.

Kami yakin sudah ada kini ustaz-ustaz SB yang silap-silap lagi hebat dari ustaz-ustaz PAS. Kami menjangkakan ada di kalangan ustaz-ustaz SB yang hafiz dan kelulusan agama sampai Phd dan kebanyakan berumur di bawah 45 tahun. Kalau tidak menjadi musuh dalam selimut, talam dua muka atau menjadi “informer” atau menjadi “internal spinner” yang kerjanya “to misinform” supaya pimpinan silap langkah dan membuat keputusan yang mengkucar-kacirkan jemaah PAS.

Tidak tahulah kami apa maklumat yang ada disampaikan oleh mereka ini (puak-puak ABIM GG) sehingga terasa tergugat PAS dan atau Melayu Islam sehingga mesti UG dengan UMNO itu mesti dilaksanakan. Kumpulan UG ini melihat TGNA dan arwah Ustaz Hassan Shukri adalah penghalang kepada hasrat mereka membawa PAS bersama UMNO.

Pada tahun 23 Mei 2010 telah ditubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tanpa melalui muktamar mengambil pandangan arwah Ustaz Hassan Shukri walau sebenarnya pihak UG amat tidak bersetuju dengan penubuhan DHPP yang mahukan ianya cukup dengan status Kelab Penyokong PAS sahaja.

Setelah kembalinya Ustaz Hassan Shukri ke rahmatullah, berita yang keluar di blog di kalangan UG sengaja dibuat tajuk artikel dengan sindiran “Jenayah Ustaz Hassan Shukri selamat disemadikan”. Walau kemudian mahu ditunjuk seolah-olah satu kesilapan dan mahu diperbetulkan tajuk artikel tersebut, tetapi disengajakan lagi dengan tajuk barunya“Jenazyah Ustaz Hassan Shukri selamat disemadikan”.

Inilah sikap bermuka-muka UG dan GG dan halusnya mereka cuba meracuni pemikiran pembaca terutama di kalangan ahli jemaah PAS. DPHH boleh membuat impak yang jitu dalam scenario politik Malaysia dan telah berjaya menukar persepsi golongan bukan Muslim. Anasir UMNO BN pasti gusar dan akan berusaha mengembalikan posisi PAS di takuk lama. Pembunuhan Saudara Siva, Ketua Pemuda DPHH di Perak dilihat sebagai usaha membantut perkembangan DPHH kerana beliau agak prominent di kalangan kaum India terutamanya dan boleh mengatasi HRP dan Makhal Sakhti pimpinan Uthayakumar dan Thinantheran.

14. Memang sejak dulu itulah pendekatan PAS terutamanya pendekatan yang telah diterapkan oleh arwah Ustaz Fadzil Noor dengan sebenar-benarnya ikhlas dan tidak mudah dipengaruhi mereka di sekeliling yang mempunyai agenda tersendiri.

Kami yakin selepas peristiwa Sri Perdana arwah Ustaz Fadzil Noor beliau sudah dapat membaca betapa ada dikalangan penasihat-penasihatnya yang mahu mempengaruhi dan mengarah perjalanan dan keputusan PAS ke dalam kancah kekeliruan dan konflik dalaman.

Ada sahabat mengkhabarkan beliau tidak mahu/mudah menerima apa-apa bantuan kewangan dari sesiapa pun selepas peristiwa Sri Perdana walaupun ketika menghadapi masalah kewangan membayar ansuran kereta bulanannya sehingga ke akhir hayatnya.

Bila ditanya di mana sumber kewangan PAS, maka dijawab beliau ianya berada dalam saku-saku ahli PAS. Ingat tak betapa arwah Ustaz Fadzil Noor sanggup berkereta balik ke Kedah selepas muktamar 2002 di Putik, Kelantan walaupun semua tahu kesihatan beliau ketika itu kurang baik.

Kami sering bertembung arwah Ustaz Fadzil Noor di Subang Airport dan selalu kami perhatikan beliau duduk di kelas Y=Ekonomi. Terharu hati kami melihat sikap beliau kerana ada ketikanya kami duduk di kelas C=First Class.

Jelas berbeza setengah-tengah pemimpin kini, badan punya tegap dan sihat walafiat, mentang-mentang dah pegang jawatan Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan sebagainya dan pulak tu perjalanan kurang sejam pun nak duduk kelas C. Walaupun begitu kalau duit sendiri agaknya tak mengapalah.

Tuan Guru Haji Yusuf Rawa adalah merupakan ahli jemaah wakil rakyat/parlimen yang tidak pernah tinggal membuat infak dari pendapatan wakil rakyat/parlimen walaupun sudah pencen. Ada juga yang kurang disiplin dan tidak memandang membuat infak dari pendapatan wakil rakyat/parlimen adalah “awla” sesuai dengan Fiqh Awliyat yang mereka ajari kepada ahli jemaah dan masyarakat demi menggerakkan program PAS Pusat suatu ketika dulu dan bagi menanggung belanja para sahabat yang berkorban sepenuh masa untuk jemaah.

15. Ramai di kalangan generasi awal IRC yang bergiat dalam PAS telah keluar atau “slowdown” seperti Mustafa Kadir, Dr Mustafa Kamal Shaharom dan ramai lagi kerana sebab-sebab peribadi atau tidak boleh “nak gi” dengan PAS.

TGHH kami lihat membuat kesilapan yang amat besar dengan membiarkan dirinya dikelilingi GG dan kita boleh lihat bagaimana GG ini berada diposisi yang strategik dalam jemaah PAS. Kami melihat “lineage” kepimpinan pelapis di peringkat pemuda adalah GG bermula dari Timbalan Ketua Pemuda Azman Shapawi yang diteliti adalah sesuatu yang akan menyukarkan jemaah PAS di masa-masa akan datang kerana diterajui oleh mereka yang lebih banyak berpolitik peribadi dari mementingkan matlamat siyasah tuddakwah.

Kami pernah mendengar dari kumpulan GG ini pernah menyamakan TGNA seperti Hassan Torabi di Sudan kini yang pandangannya sudah tidak diterima dan banyak yang mengarut dan secara halus cuba meracuni ahli jemaah PAS terhadap TGNA dengan pandangan negatif sedemikian.

Berlaku polemik di kalangan pendidikan agama yang taksub bahawa kepimpinan PAS mesti dari kalangan mereka berpendidikan agama tetapi mereka tidak sedar betapa kepimpinan Ikhwan Muslimin ramai di kalangan teknokrat dan profesional dan kemudian sejahtera ilmu Islam mereka dan amat komited antaranya Syed Qutb, Mustafa Masyhur, dan ramai lagi dan yang sekarang ini pun yang prominent menggerakkan massa berdemontrasi di Mesir sehingga kejatuhan Hosni Mubarak adalah di kalangan profesional terutamanya jurutera-jurutera, muhasib-muhasib dan doktor-doktor.

Bukannya tidak penting dan tidak boleh mereka dari kalangan berpendidikan agama boleh menerajui gerakan Islam tetapi realitinya siapa yang lebih berupaya dan berkebolehan menanggapi waqi semasa dan dapat menerobos halangan dakwah dengan pendekatan yang diterima oleh maddu' yang berbagai di Mlaysia serta kepimpinannya berciri NASIONAL. Setakat yang ada di kalangan agama yang memenuhi ciri-ciri bagi waqi' Malaysia kami lihat hanyalah arwah Ustaz Fadhil Noor. Ada pun yang lain-lain kalangan agama kebanyakkan hanya memiliki ciri-ciri sebagai "spiritual guidance" dan "reference point" yang boleh membantu memastikan tindakan jemaah selaras dengan syariat Islam.

16. Kami melihat peribadi-peribadi dari firqah-firqah seperti yang digambarkan di atas menyebabkan ada kalangan-kalangan PAS dan kalangan ABIM GG dalam PAS atau yang rapat dengan pimpinan PAS menjadi iri hati dan dengki. Maka lahirlah tohmahan Islam liberal, Syiah, Wahabi dari puak-puak ABIM GG ini terutama Ustaz Ismail Mina dan kumpulanya (power broker politik UMNO-PAS sejak zaman Anwar Ibrahim dan arwah Ustaz Fadhil Noor lagi).

Kumpulan Mat Sabu pula ditohmah mereka sebagai Syiah dan ditohmah hanya pandai dan banyak cakap tetapi kosong dan tidak tahu buat kerja. Kumpulan Abang Mat kami lihat paling istiqamah dalam jemaah PAS, berani dan gigih bekerja. Salah mereka hanyalah berlaku persepsi yang mereka keterlaluan mengagumi kejayaan Revolusi Islam Iran dan mengambil sedikit sebanyak pendekatan pemikiran politik ulama-ulama Syiah terutama Imam Khomeini dan Imam Montazeri. Sehinggakan Dr Syed Azman Syed Ahmad, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Husam Musa yang bukan dari IRC ditohmah IRC kerana tidak cenderungnya dengan projek UG.


20. Paparan dari kami ini merupakan pengamatan golongan akar umbi PAS yang amat peka dengan perkembangan jemaah PAS. Inilah pengamatan kami yang ikhlas yang selama ini senantiasa bersama jemaah PAS sejak zaman arwah Tuan Guru Haji Yusuf Rawa lagi.

Kami yakin isu yang timbul kini baik di dalam dan di luar PAS melibatkan anasir-anasir seperti yang disebut di atas atau yang seiras dengan mereka. Kami mengharap pihak kepimpinan dan golongan pelapis PAS lebih peka menilai perbezaan pendapat dan perlumbaan sihat di kalangan ahli PAS berbanding kumpulan opportunis dalam parti yang tidak pun ke depan dalam parti dan “play safe” dan kononnya “non-partisan” tetapi bernafsu buas dalam mencari pengaruh jawatan dan kedudukan dan habuan-habuan kebendaan bak kata orang “makan keliling” secara halus.

Ada kami dengar tentang kalangan PAS yang mempunyai masalah hutang di “bail out” oleh PAS Pusat dengan duit PAS (Harakah). Kami tidak rela sekiranya benar ianya diserahkan pada puak-puak UG terutamanya kerana kami yakin sedikit sebanyak punya saham sumbangan selama ini kepada kewangan PAS secara langsung atau tidak langsung.

Kami haramkan tindakan tersebut dunia dan akhirat. Pada “ulama” dan pesuruhjaya yang sibuk masalah hutang dan perniagaan dan di “bail-out” janganlah bebankan jemaah dan, carilah penyelesaian sendiri dan hutang jemaah mesti dijelaskan. Jangan sampai seperti projek tanaman jati emas sepanjang Lebuhraya Utara Selatan yang melibatkan kepimpinan tertinggi dalam PAS yang dinikmati ketika Anwar Ibrahim dalam UMNO, sampai kini tidak membesar dan mengeluarkan hasil.

Apakah itu merupakan ingatan terus dari Allah swt. Kami sedih mendengar kini ada ustaz kita dilabel ustaz “fees-sabilillah”dan ustaz “kamsen” terutama yang berjawatan tertinggi dalam PAS dan ada bertaraf ulama pula. PAS yang berkorban membuat “bail out” membeli tanah seorang pemimpin PAS di Selangor ketika berlaku krisis antara pemimpin tersebut dengan kerajaan Negeri di bawah pimpinan anak Toyo.

22. Kami mempunyai tanggapan akan ada ahli jemaah dimangsakan dan ditendang keluar parti, sekiranya puak UG dan GG berkuasa penuh, kononnya mengambil maslahat tindakan Ikhwan Muslimin sewaktu Al-Imam Hassan Hudhaibi memecat Sayyid Sabiq, Abdul Aziz Jalal, Saleh Asymawi, Hassan Al-Baquri dan Muhammad Al-Ghazali dan lain-lain.

Ingatlah apakah tindakan tersebut benar-benar kerana maslahat yang akan menguatkan jemaah dan dakwah Islam atau kerana untuk menguatkan pengaruh dan kedudukan peribadi semata-mata. Apa yang kami lihat, puak-puak UG “fail to deliver” dan merealisasi “opportunity” uslub siyasah tuddakwah. Tindakan mereka menjauhkan kefahaman orang yang disasarkan dakwah menjadi keliru dan curiga terhadap Islam dan jemaah PAS. Lebih teruk lagi ialah di mana tindakan mereka telah dan sehingga kini mengkucar-kacirkan ahli jemaah PAS.

Pihak UG dan GG sebenarnya kelaparan projek dan teringat selesanya ketika memerintah Terengganu. Apa yang jadi di Terengganu ketika PAS memerintah dulu sampai kerja angkut sampah dan projek-projek kecil-kecil seperti baiki longkang dan baiki balai raya pun tidak selesai dan terbengkalai dan buat ikut dan saja. Apa yang terjadi, kononnya hendak ambil hati pengikut UMNO, maka ada projek-projek diteruskan dengan kontraktor-kontraktor UMNO.

Apa yang jadi di Terengganu dulu adalah teruk kena sabotaj dengan kerja tidak sempurna dan terbengkalai terutama projek-projek kecil-kecil yang melibatkan penduduk setempat seperti kerja kebersihan kawasan perumahan dan tempat-tempat awam. Lagi dekat pilihanraya, lagi banyak cekadaknya. Itu dah memang strategi puak-puak UMNO.

Kami percaya perkara-perkara begini yang terjadi di Terengganu dulu, TGHH lebih mengetahui. TGHH pun bukan dibantu sangat pun oleh geng-geng Terengganu (GG) kerana masing-masing sibuk dengan habuan yang Mustapha Ali menjadi “gate keeper”nya. Masa PAS berkuasa di Terengganu masing-masing sibuk dengan agenda-agenda peribadi sehingga TGHH terkapai-kapai untuk memerintah secara berkesan.

Peliknya TGHH takkan tidak nampak perangai mereka ini terutama pemimpin utama Terengganu ketika itu dan mereka yang sewaktu dengannya. Tindak-tanduk puak GG seperti beberapa ustaz-ustaz di sana semacam masih “reminisce” dengan nikmat duduk selesa di bilik hawa dingin dengan memiliki kuasa sebagai Exco kerajaan dan ahli lembaga pengarah syarikat negeri.

Bak kata kawan seperjuangan kita yang sempat belajar di sekolah Ustaz ABC, taubatnya dia melihat sikap sebahagian yang kononnya ulamak amat memualkan. Masa berlaku peristiwa Institut Berakan hendak dirobohkan dengan jentolak oleh pihak berwajib, dia bersama beberapa sahabat yang masih remaja ketika itu bertaruh nyawa menahan jentolak dari bergerak dengan ada yang tidor di bawah jentolak, Ustaz ABC entah ke mana. Ketika itu semangat muda mengatasi kewarasan dan kabur terhadap sikap jelek mata memandang seorang ulamak.

Tetapi setelah sedikit dewasa dan berlaku kemenangan PAS di Terengganu pada tahun 1999 mulalah lebih terserlah kejelekkan sebahagian ulamak ini. Mana tidaknya sampai kawan yang pak ciknya bekerja MAS menceritakan bagaimana Ustaz ABC menjeritkan pekerja MAS di airport KT hanya kerana tidak dapat duduk di kelas satu, kisah yang pernah menjadi buah mulut pekerja-pekerja MAS ketika itu.

Kawan kita itu kata dia masih juga berhusnus dzan tetapi setelah berlaku peristiwa tunjuk perasaan di Wisma Darul Iman dengan isu di bawah portfolio Ustaz ABC dan dia berada di situ, dilihatnya sikap kepimpinan ulamak yang diharapkan amat menyedihkan, Ustaz ABC lari ikut pintu belakang Wisma Darul Iman dengan kereta Mercedehnya. Apa yang ingin dilihat oleh sahabat kita ketika itu ialah sepatutnya duduklah di pejabat dan arahkan orang menerima memorandum yang ingin diserahkan dan cuba tunjukkkan sikap sebagai seorang pemimpin Muslim. Lantas katanya kalau macam inilah gayanya, akan jatuh Kerajaan PAS di Terengganu. Memang sah jatuhnya Kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 2004!!!


Comments

  1. Biasa le... ULAMA MELAYU. Mereka tak faham apa mereka buat. Mereka hanya menghafal utk lulus periksa jadi ulama.

    ReplyDelete
  2. di akhir zaman ulama terbahagi kepada ulam baik dan ulama jahat. dalam pas ramai ulama. apakah ulama pas tidak termasuk dalam maksud hadis ini , betulkah?

    kecelaruan dalam pas bermula dari mana? kenapa ustaz yahya osman kata dalam pas ada ulama penipu?

    fikir2kanlah.

    muktamar ke 57 adalah muktamar khas yang dicadangkan oleh tgna beberapa ketika dulu. perwakilanlah yang akan menentukan sama ada pas akan bersama pakatan rakyat atau pas gabung umno!

    ReplyDelete
  3. Para pewakilan di muktamar PAS atau sapa-2 yg ada 'kuasa' untuk tentukan barisan kepimpinan & coraknya agaknya tengah tengok TGNA kata apa kut. Depa bukan cerdik mana, kan? Kalau tak, takkan TGHH & geng keliling dia (pro GG & UG) boleh lagi dilihat sebagai 'heroes' PAS? Ok TGHH boleh diterima. Hat lain tu, kick them out b4 too late. Kalau TGNA mati dlm masa terdekat ni, habis la PAS. Tentu hampeh & hancus = UMNO baru-a.

    ReplyDelete
  4. Ini blm lagi tawan putrajaya..Esok akan berebut jawatan menteri, balak dsbnya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...