Skip to main content

Line up baru Pimpinan PAS pilihan SiasahDaily.

Sumber  : Siasah.

Kempen untuk jawatan-jawatan tertinggi kini memasuki tempoh penghujungnya.

Pelbagai bentuk komentar dan sokongan telah disuarakan oleh mereka yang berkepentingan dalam parti, dan tidak kurang juga dari luar.

SiasahDaily, berdasarkan penilaian pemimpin-pemimpin yang bertanding, kini bersedia melakukan perakuan atau sokongan untuk jawatan-jawatan timbalan presiden, naib presiden, timbalan dan naib ketua Dewan Pemuda PAS.

TIMBALAN PRESIDEN

Mohamad Sabu

Mohamad mempunyai beberapa kelebihan mengatasi dua calon lain, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; populariti, pengalaman dalam parti dan politik nasional, dan rekod prestasi yang baik. Mohamad disenangi dalam parti dan dalam kalangan massa, pernah ditahan di bawah ISA, konsisten dalam pendirian dan jarang sekali, sekiranya ada, dilihat sebagai gagal. Beliau turut aktif dalam isu pekerja dan mempunyai hubungan baik dengan pertubuhan bukan kerajaan. Kemampuannya boleh dimanfaatkan pada masa PAS akan menempuhi pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. Mohamad memenuhi kelayakan dan kemampuan sebagai pemimpin gerakan Islam, termasuk hubungan yang baik dengan gerakan-gerakan Islam global, ciri yang setara dengan penyandang, Nasharudin dan tidak dilihat pada Tuan Ibrahim.

NAIB PRESIDEN

1. Salahuddin Ayub

Ketiga-tiga calon mempunyai kelebihan pengalaman, populariti dan prestasi yang agak baik. Salahuddin Ayub, walaupun banyak terlibat dengan politik kenyataan akhbar dan bermain selamat, mempunyai kelebihan pengalaman dan hubungan baik dengan rakan Pakatan Rakyat, ciri yang penting dalam menghadapi pilihan raya. Beliau juga pemimpin yang selesa bergerak di peringkat nasional. Sebahagian besar kelebihan beliau ialah kualiti relatif berbanding beberapa calon lain dalam senarai.

2. Husam Musa
Datuk Husam Musa terpalit dengan kedudukan beliau sebagai salah seorang orang kuat kem Erdogan, dan pernah menunjukkan bercita-cita tinggi untuk menduduki kedudukan tinggi dalam parti. Tetapi, beliau telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai naib presiden sebelum bertanding sebagai timbalan presiden. Kenyataan-kenyataan beliau merupakan antara yang terbaik, mengulas dan menangani isu-isu termasuk kewangan dan ekonomi, yang jarang sekali ditangani pemimpin lain dalam parti. Husam mempunyai wajah yang mampu meningkatkan imej parti di peringkat nasional dan boleh diberikan peluang sekali lagi.

3. Idris Ahmad
Selain kedudukan sebagai tokoh berpendidikan agama yang popular dalam kalangan ahli parti dan aktivis, Idris Ahmad juga mempunyai kedudukan yang sesuai untuk mengimbangi komposisi naib presiden. Mempunyai kebolehan ceramah yang masih diperlukan untuk menyampaikan mesej parti. Mempunyai pengalaman peringkat nasional dan mendaki dalam organisasi PAS bermula dari bawah, termasuk pernah aktif dalam Pemuda. Merupakan pekerja parti yang setia dan berkemampuan serta mempunyai hubungan baik dengan akar umbi.

TIMBALAN KETUA PEMUDA

Suhaizan Kayat
Suhaizan Kayat telah membuktikan kemampuan dan mempunyai kualiti kepimpinan di peringkat nasional dalam Dewan Pemuda. Beliau malah mendapat sokongan ramai untuk bersaing merebut jawatan ketua Pemuda. Gandingan Suhaizan yang berciri aktivis dengan ketua Pemuda kini memberi harapan untuk membuat lonjakan kepada Pemuda PAS. Kualiti beliau mengatasi calon-calon lain dan sesuai berada di kerusi timbalan ketua Pemuda yang tidak menunjukkan keberadaan dalam politik Pemuda dan parti sejak sepenggal lalu.

NAIB KETUA PEMUDA

Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
Mempunyai pengalaman panjang dalam Pemuda PAS, yang disertai secara aktif sejak menamatkan pengajian pada 1999. Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob memegang jawatan ketua Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS sejak kembali dari pengajian di United Kingdom setahun lalu, dan berjaya menjadikan lajnah tersebut antara yang paling aktif dalam Pemuda, walaupun dengan sumber yang terhad. Mempunyai kualiti populariti dan kemampuan akademik dan aktivisme untuk berperanan sebagai salah seorang penggerak Pemuda PAS.

Gua : Keputusan terkini, Ustaz Nik Abduh Timbalan. Tahniah dan selamat bekerja dengan jayanya.

Comments

  1. Azman Shapawi adalah bayangan Tantawi bagi seat TKP. Seteruk mana undi Azman dapat dalam pemilihan semalam, begitulah yang Tantawi akan perolehi jika Suhaizan bersetuju bertanding seat KP.

    Bayangkan jika undi Firdaus Jaafar dan undi Suhaizan bergabung. Jangankan Azman, Nik Abduh pun tewas. Bayangkan pulak kalau undi tu untuk seat KP. Blom campur sebahagian undi Nik Abduh lagi.

    Secara purata, 8/10 perwakilan yang sempat gua jumpa sepanjang 2 hari muktamar ternyata kecewa dengan penarikan diri Suhaizan dari bertanding seat KP. Pada mereka, jika Suhaizan menang seat TKP pun, itu bukan tempatnya. Tempatnya adalah di seat KP. Dia mampu bro. Bukan tak mampu. Sebab tu akar umbi calonkan dia.

    Kalau nak dibandingkan dengan Salahuddin ketika mula menjawat KP dulu, Suhaizan sebenarnya jauh lebih bersedia dan lebih ke depan. Tapi tradisi penggiliran yang rigid dalam DPPP telah menafikan segala-galanya, selain dari tahap keberanian Suhaizan sendiri untuk memecahkan tradisi tersebut.

    Gua harap Nik Abduh betul-betul bersedia untuk memimpin ribuan syabab. Bukan sekadar terima pujukan kawan-kawan untuk bertanding, padahal asalnya nak bersara terus dari Pemuda, konon nak ke Pusat. Ini bukan main pondok-pondok ostad. Rela tak rela, harapan kami Pemuda akar umbi terpaksa diletakkan atas bahu ostad.

    Jumpa ostad di BERSIH 2.0 !!! ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...