Skip to main content

Kecewa : Geng Ulama mahu tubuh parti baru?

Oleh : AdukaTaruna

1 blog pro ulama melaporkan terdapat usaha dari kem ulama yang mahu menubuhkan parti baru. Parti Sunnah Wal Jamaah. Mereka kecewa kerana kononnya dominasi ulama sudah pudar dalam PAS.

Apabila gua lahirkan ini di FB, terdapat seorang yang mempelawa Hizbut Tahrir kepada golongan ulama PAS yang kecewa. www.mykhilafah.com

Persoalannya, adakah Hizbut Tahrir menyediakan doktrin atau jaminan secara perlembagaan bagi kedudukan mereka (ulama) seperti 'Kepimpinan Ulama'? Jaminan itu penting kerana walau mereka pemalas, walau mereka elit, walau mereka tak pandai dalam pengurusan, walau mereka hanya jenis air liur memberi kuliah, walau mereka naive, walau mereka sering ditipu musuh, walau mereka tidak bersedia mengotorkan pakaian berlumpur bersama rakyat, tetapi kedudukan mereka tidak boleh dicabar dan kekal.

Adakah Hizbut Tahrir boleh menyediakan apa yang Geng Ulama mahukan? Jika jawapannya adalah TIDAK, maka, lupakan mempelawa mereka ini. Adalah lebih baik mereka mencipta parti baru yang mempunyai ciri2 perlembagaan seperti itu. Biarlah ahli tidak sampai 1000 orang, biarlah parti itu tidak logik menegakkan Islam di Malaysia, biarlah selalu dikotak katikkan, tetapi janji, tetapi asalkan, Ulama tidak boleh dicabar. Setakat perjuangan Islam boleh dilakukan dengan air liuyr ceramah dan kuliah2 di surau. Biar Islam sekadar retorik tanpa logik, asalkan parti Summah Wal Jemaah itu menjamin kedudukan ulama. Biar Islam kalah, asal ulama dijamin tidak kalah.

Kedudukan ulama yang mahukan jaminan dari perlembagaan, adalah ibarat Khalid Jamlus yang mahukan jaminan perlembagaan EPL  dari disingkirkan walau tidak layak bermain dalam perlawanan. Kedudukan ulama yang mahukan jaminan dari perlembagaan, adalah ibarat seltan yang keturunan bodoh sejak berzaman, ada yang keturunan lanun, takda jasa sekelumit pun pada negara dan kemerdekaannya, tetapi terjamin jawatan, pangkat dan gajinya.

Nantikan kelulusan mudah ROS akan parti baru. Parti Sunnah Wal Jemaah SeMalaysia (PASJAM?).

Apakah pelajaran yang boleh diambil golongan berfikir dari ketentuan Allah kali ini?

1. Golongan Islam tidak dipatuk ular 2 kali. Husam dan Mat Sabu telah dipatuk dengan memecahkan undi ketika pemilihan lepas.

"Orang Islam tidak akan jatuh dua kali dalam lubang yang sama."- Sahih Bukhari dan Muslim

Wujud kerjasama pemilihan kali ini dengan mementingkan kemajuan Islam dari jawatan. Allah tunjuk pula bagaimana asal usul ulama Melayu adalah dari anak2 Melayu yang naif dan pasif. penghafal. Tidak belajar mengenai kejadian pecah undi. Nasha dan T Ibrahim bertembung setelah T Ibrahim U turn.

  • Ulama penghafal tau dalam hafalannya, pecah undi tidak boleh menang. Tapi untuk mengelakkan itu, untuk berunding, untuk mengalah, bukan kerja penghafal. Tapi kerja pemikir.
  • Pemikir Islam yang ikhlas tahu bahawa pecah undi tidak boleh menang. Tetapi keihlasannya memudahkan mereka mengelak, berunding dan mengalah. 
Ini apa yang Allah tunjuk.

2. Seterusnya lihat bagaimana rakan2 berstatus ulama, yang selama ini berdamping dengan Nasha mengkhianati Nasha sendiri. Dengan menganjurkan rombongan memujuk T Ibrahim bertanding. Memujuk Nasha meletak jawatan. Membuat spekulasi dan tekanan supaya Nasha tarik diri. Sehingga mendapat simpati Harun Taib dan Harun Din yang terus mempertahankan Nasha secara terbuka. Hatta melalui Utusan Malaysex.

Rakan2 yang terbukti jenis makan rakan inilah pula mendampingi T Ibrahim. Tidakkah T Ibrahim menyedari dia juga boleh dikhianati sebegitu suatu hari nanti? Sesungguh asal usul baka Melayu yang menjadi ulama pada hari ini adalah dari baka yang pasif dan naive.

3. Allah juga tunjukkan bagaimana Kepimpinan Islam yang tidak berjenama ulama tidak menolak tawaran temuramah dari mana2 media yang disuruh Pimpinan PAS boikot. Tetap konsisten. Sedangkan Allah tunjukkan kita jenama ualam bertubi2 menggunakan dan dipergunakan media musuh untuk berkempen.

Tolaklah jenama hanya sesaat, dan tanyalah akal fikiran.

Comments

  1. Lesson to learn:

    Dalam PAS pun ada jenis ulamak & penyanggak (de facto) yg kempen untuk up & down sapa depa suka (baca: ikut hidden agenda depa la). Ni semua sebab kuasa, pengaruh & duit. Akiatnya depa jadi busuk hati, sakit hati, sakit bagai, setakat kencing manis tu biasa la. Tapi ni jenis kencing bercabang ni kita takut ni. Ikut dan (sempat, suka) mak pak dia saja, habis penyokong, ahli PAS & sesama ulamak pun kena kencing. Busuk tak leh cerita la.. Nasha was among others, dah terkena. Naya? Kesian jugak...BUT, he deserved it anyway. Tu la jangan jadi barua, kan dah jadi mangsa.

    ReplyDelete
  2. alah ..... aap salahnya.... biar dia orang tubuh parti baru..... pastu ikut aktiviti cam tabligh..... InsyaAllah kita azam kuar tigo hari ...... seminggu..... 40 hari.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.