Skip to main content

Kapitalis Jalanan : KB - Bukit Jalil.

Oleh : AdukaTaruna
Label : Peribadi

[1]

Plan gua ingat awal dah sebulan lebih. Mau niago di Bukit Jalil secara jalanan. Jadual kerja gua yang buat. Gua adjust gua cuti Sabtu dan masuk semula kerja pukul 4 petang. Jumaat pula gua kerja malam habis 8 pagi. Gua kawtim dengan member setugas yang gua akan blah pukul 12 malam. Bermakna member gua bertugas sensorang la malam tu. Pukul 8-9 pagi Sabtu gua sampai di Bukit Jalil. Insyaallah.

Gua, bini gua, dan 2 adik ipar gua akan ke KL. Barang2 niaga gua dah siapkan seminggu awal. Settle. Alhamdulillah. Hanya headband. Buat tak banyak. Nak test market. Tiket 2 keping adik ipar gua dah beli di KB. Rabu, gua dapat kol. Satu customer nak buat banner kain. Ni kira kembali ke zaman dulu nih. 20 helai. Mahu Jumaat tengah hari. Dia nak guna di Bukit Jalil.

Bermakna gua kena siapkan 20 keping dalam masa 2 1/2 hari. Banner kain tu bang. Kena cat manual.

"Gini be... gua tak janji siap ke tak 20. Kiranya berapa siap jer lah sampai dateline tuh. bereh?"

"Bereh."

Khamis tu, gua buat banner sambil bertugas sebagai jaga. Hah! Hambik. Tak tidur sampai tengah hari Jumaat. Tengah hari Jumaat, gua hanya dapat siapkan 7 helai. Gua passing dulu 7 helai, dan 3 helai lagi gua akan passing di Gombak pada pagi Sabtu. Makna gua hanya mampu siapkan 10 banner. Deposit dia bank in terlebih. Gua minta no akaun dan gua akan bank in baki semula.

Then, gua sambung buat 3 banner. Siap menjelang habis Asar. Memang kerja gila. Pukul 12 malam gua nak drive KL. 2 adik ipar gua tak boleh drive kete. Bini gua pula tak pernah drive jalan tahap Merapoh. Gua hanya ada masa tidur lepas Magrib sampai 12 malam. Tu pun kalau bos gua blah awal. Takan nak tidur masa bertugas depan bos. Mau gua kena tempeleng Rusila nanti.

Masuk bertugas kul 8 malam. Bos gua dah ada. Sekali hujan. Bos gua naik EX5. Bermakna, dia akan ada di situ sampai hujan berhenti.Huarghhhh.... gua tak tidur lagi nih.

"Boh.. kito balik meta boh.. dale seje (1 jam) gok nih. Ado kijo sikek."

"G aaa.."

Gua balik, set alarm sejam. Tidur kat rumah. Hua3... Jadi la topap sejam.

[2]

Kul 12 gua bertolak. Ni janji tahap Melayu Nik Aziz punya. Sharp wal tepat. Minyak Mazda RX8 lantai simen gua di kedudukan merah. Biasola miskin macam gua.  Singgah Caltex, isi RM30. Orang miskin macam gua berfahaman tak boleh isi minyak banyak2 sekaligus. Nanti kete berat kena guna minyak lebih. Haha. Plan isi lagi RM30 di Petronas bandar Gua Musang.

On the way, gua rasa kereta gua berat. Bau asap masuk dalam. Gua buka bonet tanpa berhenti. Teorinya, asap minyak hitam akan ada ruang untuk keluar tanpa mencuri masuk dalam dashboard. Mazda gua punya bonet buka secara terbalik. Bukan dari depan. Atas dalam 20 minit dari pekan Kuala Krai ada roadblock.

"Mono be?" Polis tu tanya gua.

"Bukit Jalil boh."

"Wee... lepah ko ni?"

"Insyaallah (tionaseng lu)."

Perjalanan diteruskan. Masih ada bau asap. Niamakahai punya Caltex. Lagi 30km bandar Gua Musang minyak gua dah merah. Ni ada yang gua isi air mineral ala2 Hadi Awang kang ni. Seb baik nampak Esso. Isi RM30. Terus kereta gua ringan tahap normal. Berdesup sampai Bentong dengan minyak masih belum cecah line merah. Tu diaa.. gua nak saman Caltex. Gua dah rugi nih.

[3]

Sampai Petronas Bentong 5.45 pagi. Memandangkan mata gua gua rasa dah bengkak, gua ambil keputusan tidur sejam. Parking molek, set alarm, settle apa yang wajib, gua membuto. Bangun, isi RM20 Petronas gua terus ke KL. (RM20 Petronas gua boleh layan jem stadium masuk, layan jem stadium keluar, sampai rumah mak gua Seremban, sampai Kuala Pilah baru gua isi Shell RM30. Test Shell pulak.)

Sampai Zoo Negara, gua kol customer. Suruh pikap balance 3 banner. Kol2 tak dapat. Tiu... Gua nak rebut parking Stesen LRT Sungai Besi nih. Mana boleh lambat. Gua letak banner dalam bumbung public phone di bus stop Zoo Negara. Dan sms. Terus chow.

Memandangkan bangang jalan KL, simpang ke stesen LRT Sungai Besi gua dah terlepas. Terus ke Bukit Jalil la nampaknya. Jangan ada rusuhan sudah.

[4]

Sampai Bukit Jalil, gua follow barisan kete Kelantan. Sebab gua jual banner Kelantan. Pakai pun baju Red Warroir made in Siam. Pintu D. Bayar RM2. Dan dapat parking depan bangunan MSN, depan Stadium tertutup Putra.

Lepas park, gua dah tahap berkelah macam orang lain di belakang kereta masing2. Tu ok lagi berkelah tu. Ada yang berkhemah dan berkubu. Wah.. ni dah tahap mengerjakan haji nih. Di padang Arafah. Susun barang niaga. letak tanda harga. Jalan.

Permulaan bisnes memang baik. Kalau takda masalah, gua jangka menjelang zuhur, barang gua settle. Sekali datang pula satu team malaun pekerja kepada Kapitalis Besar. Dalam 5-6 orang. Gua kapitalis jalanan jer.

"Maaf dik. Tak boleh berniaga sini."

"Eh.. saya tak buka meja pun. Apa beza parking kereta dengan berniaga macam ni?"

"Maaf dik. Memang tak boleh niaga kat sini. MSN komplen."

"Tu?" Gua tunjuk khemah2 dalam 5 meter dari belakang gambar gua.

"Nak niaga kat situ kena sewa. RM350."

Heh... Pundek MSN komplen. Tapi Kapitalis Besar yang komplen. Tp gua akur la. Memangla tak adil gua niaga di situ dengan free sedangkan peniaga lain sewa.

"Polis lalu lalang sini, bang. Naik kuda ada, jalan kaki ada, naik motor ada. Takda masalah pulak."

"Polis takda kuasa. Tapi saya ada kuasa. Kalau tak nak kemas, saya buang angin tayar kete nih."

Zup! Darah gua berkumpul di kepala. Gua pegang kad di dada dia. Dia pegang tangan gua. Nak gua rentap ke, nak kasi gua tengok?

Penyokong2 Kelantan dan start menoleh. Kalau gua tumbuk muka orang tua ni, kompom N3 last gua kat bawah ni terbatal. Kompom rusuh punya.

"Bak sini kad kuasa lu. Gua nak tengok kuasa apa yang lu ada untuk buang angin tayar gua."

"Sabar dik.. sabar.. kita jalankan tugas." Kendur sikit suara orang tua nih.

"Bak sini handphone." Gua pinjam handphone bini gua. Snap gambar orang yang berkuasa boleh buang angin tayar kereta gua.

Then dia blah. 2-3 kali juga hantar Pak Guard lain suruh gua kemas. Gua kemas akhirnya dan terus berniaga dalam perkarangan stadium. Padat dengan orang. Try halau gua kat situ plak. Gua suruh bini gua jaga, gua deal dengan peniaga2 lain. Termasuk peniaga kawasan Ganu. Letak barang gua sekian harga. Dia jual sekian harga. Laku baru kira. Simpan sms gua sebagai resit order. Nanti petang gua audit semula.

[4]

"Assalamualaikum be.." Sekor mamat sound gua.

"Waalaikumussalam."

Dia ke depan hulur tangan. Kami bersalaman. Ni nak berniaga ke, nak berkenalan plak nih?

"Tupe tanyo be.. nego sini bayar ko?"

"Lu nak niaga apa?"

"Cat muko be.."

"Dari mano?"

" Sini jah.. UiTM Shah Alam."

"Duduk sebelah ni."

"Bayar ko be?"

"Kalau nak bayar sangat, bayar dengan abe lah."

[5]

Malam tu gua closing akaun. Round satu stadium. Settle apa yang patut, tengok TV kat food court. Visual tengok TV, audio dengar live dari stadium. Kuat gile. Gua ingat 6 fan Klate, 1 fan Ganu la.

Sekali gua nampak bendera PAS bapak punya besar dalam TV. Haha.. Siapa la gedebe pasang bendera besar tu. Ada dalam 5m x 10m tuh. PKR dan DAP pun belum tentu boleh buat.

Dari adik ipar gua yang dalam stadium :

  • Time di screen muka Nik Aziz - Bergegar stadium dengan sorakan. 
  • Time di screen muka Ahmad Said - Bergegar stadium dengan boo. 
  • Time di screen muka Sultan Kelantan - Bergegar stadium dengan sorakan. 
  • Time di screen muka anak Sultan Pahang - Bergegar stadium dengan boo.

Dah 6 nisbah 1 Kelantan dan Terengganu, terimalah hakikatnya. Kelantanis rules la.. Ada omputih pakai baju Kelantan masuk stadium. Gile ah.. Pada gua omputih tu nak rasai apa yang orang ramai rasai. Macam diorang join upacara Thaipusam juga. Sekali tengok kualiti permainan liga Malaysia macam tu, gua ingat pelik juga omputih tu bagaimana kualiti sebegini boleh menarik audien yang hebat.


Ni gambar salah seorang orang putih yang dirakamkan. Tapi caner ntah bertukar jadi orang hitam selepas gambar dicuci. Unsur sabotaj kot.


Comments

  1. hahahah ..guard tu rakyat ganu bro 11..patut lu terus je rentap kat dio ..pah tu jerit ' ganu'....konporm beres...

    ReplyDelete
  2. Alamak.. ye ke bro.. 11 ganu ke? Seb baik gak tu gua bangang nak fikir time tu. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Sejak bila pulak lu rajin letak Label kat N3 lu ni. Hehe.

    Masa student dulu, gua part time buat banner kain. Leceh beb nak kena lakar dulu atas kain. Satu demi satu. Macam keje kilang batik pun ada. Kena 20 helai mau bunuh diri gua.

    ReplyDelete
  4. nko ni memang dah dilahirkan gedebe ke? dgn ulamak nko biadab..dgn org tua pun nko nak bertumbuk...kalo ikut kad tu guard tu umur 65..bukan budak umur 25 nko nak berkocoh...aku pelik dgn tabiat nko ni..bg la can org tua sebaya Anwar tu..dia makan gaji, cuma jalankan tugas..nko bayangkan kalo mat rempit biadab dan buli org tua nko mcmtu...ape perasaan nko? huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu