Skip to main content

Hotel dan rumah tumpangan Kuala Lumpur habis ditempah.

Kuala Lumpur, 23 Jun : Pusat bandar Kuala Lumpur mula menjadi tumpuan pelbagai pihak mulai awal Julai, dengan lebih 80 peratus hotel dan rumah tumpangan di sini habis ditempah menjelang perhimpunan BERSIH 2.0, "Walk for democracy" pada 9 Julai ini.

Kebanyakan penyokong parti politik dan media membuat tempahan sejak minggu lalu bagi mengelak kenaikan harga selain bimbang kekurangan tempat.

Beberapa pengusaha hotel termasuk hotel bajet dan rumah tumpangan yang dihubungi turut mengesahkan harga bilik dinaikkan berbanding harga biasa berikutan tempahan yang semakin meningkat.

Seorang pegawai kanan Hotel Seri Intan berkata, tempahan bilik hotel itu yang terletak di pusat bandar dibuat sejak Isnin lalu.

Beliau berkata, ada pihak termasuk petugas media antarabangsa dan beberapa ahli politik yang sudah membuat bayaran pendahuluan serta memaklumkan sanggup membayar lebih tinggi bagi memastikan mendapat bilik.

Difahamkan petugas media antarabangsa itu gagal mendapat tempat di hotel bertaraf 5 bintang kerana sudah penuh. Katanya lagi, kebanyakan pelanggan memaklumkan mahu daftar masuk seawal 1 Julai sehingga 10 Julai.

“Tempoh tempahan antara seminggu hingga 12 hari dan banyak tempahan yang kami terima namun tidak dapat memenuhinya kerana hotel ini hanya mempunyai 50 bilik,” katanya, semalam.

Jurucakap Hotel Jean And C++ pula berkata, kira-kira 25 daripada 49 bilik di hotel itu sudah ditempah penyokong dan ahli sebuah parti politik dengan bayaran pendahuluan sudah dijelaskan serta tarikh mendaftar masuk bermula Khamis depan.

“Bagi tempahan awal, kami masih mengenakan harga bilik pada kadar biasa iaitu di antara RM78 hingga RM118, namun tidak menolak kemungkinan menaikkan harga bilik apabila tarikh pilihan raya kecil semakin dekat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Hotel Sea Moon, berkata semua 10 bilik di hotel bajet berkenaan sudah ditempah sebuah stesen televisyen tempatan bagi menempatkan petugas mereka. - ABF


Comments

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.