Sumber : Parpu Kari
Salam,
Oghang kampung ese langsung tak tau ni pasal BERSIH ni. Totibo yo plak, UMNO, PERKASA, UTUSAN, TV, NGO dan ghamai laie yang moghi publisiti pocumo kek perhimpunan 9 Julai ni.
Ese tulih kek MB ese mintak PM stop sumo publisiti pocumo tu sobab eaa Mat Sabu dan Anuwar sonyum yo molihat publisiti yg di buek ea dek puak2 yg takut ni. Kalu dio buek yo.. TANGKAP.. abih cito.
MB ese jawab sonang yo, kalau dio ado kuaso lamo dah oghang2 yg buek kacau ni ko dalam. hehehe.
Jokiden.
Sumber : RBF Online
Saya minta maaf kalau ada pihak yang terasa hati atau tidak setuju dengan apa yang saya kata ini. Saya tak mampu nak bisik dari telinga ke telinga. Tiada pilihan lain, saya terpaksa menulis secara terbuka supaya ianya tersebar luas.
Ada beberapa perkara yang saya tidak bersetuju.
Mula-mula laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno di Kuala Lumpur. Umno ni biasalah, kalau satu buat laporan polis, maka yang lain pun akan berduyun-duyun ikut buat laporan polis. Semuanya tidak mahu ketinggalan. Yang paling melucukan sampai ke Umno di Kedah dan Umno di Perlis pun buat laporan. Halo brother, perhimpunan tersebut Mat Sabu dan Ambiga nak buat di KL, bukannya di Kangar atau Alor Setar. Kalau Umno di Selangor atau WPKL buat laporan boleh dikira logik kerana itu dalam zon mereka.
Seolah-olah Umno sudah tidak ada cara lain hendak berdepan pembangkang. Sikit-sikit laporan polis. Macam budak kecil bergaduh, sikit-sikit beritahu ayah. Pangkat ada, jawatan ada, duit ada, gunalah cara lain untuk berdepan dengan pembangkang. Bukannya dengan cara bergantung kepada polis. Polis tu polis punya pasallah mereka nak bertindak ikut cara mana. Polis bukan parti politik. Polis bukannya lawan Pas. Yang lawan Pas adalah Umno. Jadi Umno kenalah berlawan cara politik dengan Pas, bukannya heret polis terjebak dengan politik. Kalau tak mampu nak berlawan duduk diam-diam. Datang p/raya kita bagi Pas perintah pula.
Ajaklah pembangkang berdebat ke, atau Umno sendiri yang menggerak ahli-ahlinya untuk turun berdepan dengan Mat Sabu dan gerombolannya. Jangan bagi alasan kami hormat dan patuh pada undang-undang. Itu politik cara lama. Dalam hal politik Pas dah bergerak 4-5 tapak ke depan dari Umno, tapi Umno masih lagi dengan rentak lama.
Umno sebuah parti politik, maka kena bergerak cara politik dan setiap gerak perlu dipolitikan. Itulah yang Pas lakukan. Maaflah kalau saya cakap sebenarnya dalam politik pemimpin-pemimpin Pas adalah real politician berbanding dengan Umno.
Ramai pemimpin Umno masih lagi mengamalkan politik kuno zaman tok kadok. Itu tak boleh, ini tak boleh dan sebagainya. Politik nak lawan pembangkang mereka out, tapi politik sesama sendiri di bahagian mereka champion. Itulah padahnya apabila pemimpin yang diangkat bukan kerana perjuangan tetapi kerana berjuang untuk dapat projek.
Kalau Pas nak himpunkan 300 ribu orang dalam perhimpunan tersebut, apa salahnya kalau sayap-sayap umno gerakkan ahli mereka 400 ribu orang untuk lawan Pas. Itu baru betul. Kalau orang Pas kena sembur air dengan FRU, biarlah orang Umno pun kena sembur juga. Kalau orang Pas kena tangkap, biarlah orang Umno kena tangkap. Itu baru pejuang.
Bila tiba masa Perhimpunan Agung Umno bukan main lagi bercakap sampai bergegar pentas. Tetapi sayang seribu kali sayang kerana takut nak berdepan dengan pembangkang. Jangan hanya berani menjerit-menjerit dalam rumah sendiri sahaja. Kalau nak berani kena betul-betul berani tak kira dalam gelanggang atau luar gelanggang.
Lihat sahaja contoh Pemuda Umno Kelantan. Buat demo bukan main lagi pasal isu ladang rakyat. Tapi apabila Pemuda Pas Kelantan ajak berdebat, senyap seribu bahasa. Pergilah berdebat dengan mereka. Ambil kesempatan untuk berdepan dengan mereka dan tutuh sebaik mungkin pasal ladang rakyat. Nak takut apa ? Dah memang Pas menipu rakyat pasal ladang tersebut dan anda ada cukup bukti, pergilah lawan.
Percayalah cakap saya, makin banyak liputan yang diberikan oleh media-media masa termasuklah blog-blog terhadap perhimpunan itu maka makin sukalah Mat Sabu dan Ambiga kerana itu yang mereka mahu. Mereka akan dilihat hebat dan orang-orang mereka pun semakin bersemangat untuk hadir.
Saya jangkakan esok , lusa atau tulat dan seterusnya makin hari makin bertambahlah laporan polis yang akan dibuat oleh Pemuda Umno. Tak payahlah nak buang masa polis untuk pergi buat laporan tersebut hanya semata-mata anda nak popular masuk surat khabar, tv , blog dan laman web. Polis tahu bagaimana cara mereka nak bertindak.
Dalam soal persatuan-persatuan peniaga atau pemandu teksi di KL buat laporan polis kita tidak boleh pertikai. Itu logik, kerana mereka berada dalam senarai paling atas orang yang mengalami kesan paling teruk di sebalik perhimpunan itu.
Lebih baik Pemuda Umno pergi buat road show atau ceramah-ceramah kelompok dan beritahu kepada orang ramai sistem p/raya yang ada sekarang sudah cukup bersih.

Comments
Post a Comment
Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.