Skip to main content

Hadi kembali menyinar dengan barisan baru?

Allah tunjukkan kepada golongan yang mahu berfikir.

[1]

Hadi kata biar kalah asal 'Islam' tak kalah. Ketika pecahnya Barisan Alternatif, kalahnya wakil2 PAS kerana pengundi bukan Islam tolak Dokumen Negara Islam yang dibentang Hadi dan The Geng.

Kini Allah takdirkan Hadi jilat muntahnya. Negara Kebajikan tiada dalam Al-Quran. Hadi adalah penghafal yang otaknya dari anak-anak Melayu yang pasif. Mudah dibentuk keluarga kerana tiada potensi lain, dan cenderung mengambil aliran agama. Ini teori gua.


a. Jika sanggup kalah kerana Islam (konon), mengapa tunduk kepada pertukaran istilah negara Islam?

b. Jika sanggup kalah kerana Islam (konon), mengapa damagekan perjuangan dengan kenyataan hudud hanya 0.0001%?

c. Jika sanggup kalah kerana Islam (konon), mengapa bunuh perjuangan puluh tahun terdahulu dengan mengeluarkan kenyataan dalam Al Quran tiada istilah Negara Islam?



Apa yang Allah mahu tunjukkan kepada golongan berfikir tentang kesemua kejadian ini? Hadi berijtihad bukan kerana Allah. Tetapi kerana kedudukan kuasanya. Detail idea UG hanya dikeluarkan melalui video ketika pemilihan lepas menyaksikan orang2nya tumbang. Jika tiada sebab kedudukan kuasa, pasti dia membisu dengan asakan detail idea UG.

Kata lainnya, Allah tunjukkan kita Hadi berijtihad demi kedudukan kuasa politiknya. Gajinya.

[2]

Ketika Hadi bergantung kepada sentimen dan kesalahfahaman maksud 'Kepimpinan Ulama'; Hadi tidak pernah memperbetulkan kesesatan itu. Kerana kesesatan itu ketika itu menjamin kedudukan kuasanya.

Seingat gua, di era ini, Allah perlihatkan cuma TGNA yang selalu membetulkan kesesatan itu dengan kenyataan istilah ulama tiada pada zaman nabi, hanya wujud selepas itu, ulama juga adalah profesional dan sebagainya. Manakala golongan ulama seperti Hadi, Harun Taib, etc tidak pernah membetulkan kesesatan kerana kesesatan itu menjamin kedudukan mereka. Harun Taib sendiri menegaskan Presiden dan Timbalan harus ulama walau tiada dalam pelembagaan.

Kini, setelah rakan2 berhempas pulas menentang kesesatan istilah Kepimpinan Ulama, dan segala puji bagi Allah, Allah mentakdirkan istilah Kepimpinan Ulama tumbang dalam pemilihan kali ini, dan Allah takdirkan Hadi Awang tersepit, barulah Hadi Awang mengeluarkan kenyataan membetulkan kesesatan Kepimpinan Ulama.

Istilah Negara islam tiada dalam Al Quran. setahun dua dulu gua telah mengatakan bahawa istilah Kepimpinan Ulama tiada dalam Al Quran. Sama seperti istilah Trinity tiada dalam Bible. See... apa yang Allah tunjukkan?

Tidakkah golongan lemah itu, seperti nyamuk dan serangga lebih besar jumlahnya dalam satu2 ekosistem? Tidakkah golongan berfikir itu terlalu sedikit dalam satu-satu habitat, termasuk PAS?

[3]

Berkatalah sesetengah penegaknya, Hadi kembali menyinar dengan barisan baru. Mutlaknya Allah pegang. Tapi ramalan berdasarkan rekod, itu adalah andaian bullshit. Hadi akan tenggelam. Timbalan dan Naib akan sampai rasa kemuncak berbulu kerana terpaksa selalu berpatah balik memapah Hadi yang sangat slow.

Jika ditanya gua, jangan selalu sangat lambat dalam peperangan dengan selalu berpatah untuk mengendong Presiden yang uzur dan terkial2. Tinggalkan dia di situ untuk dilanggar gua.

Wallahualam.


Comments

  1. -Wa pun prasan gak ngan kenyataan hadi 2,3 menjak ni..samada die makin bijak bile org2 yg slalu brgayut kat jubah die ,jatuh satu persatu ataupun die trpaksa jadi bijak krn org2 disekiling die adalah trdiri dr manusia yg laju n lincah dlm politik, kalo x die sndri akan nmpak bodoh yg amat..

    -kite tgk smpai bile hadi n stopa ali bole tahan bile dikelilingi org2 yg bijak ni..silap2 die sndri akan htr surat resign as presiden, alasannye : masalah kesihatan..pastu trus lantik stopa ali jd presiden..hahahaha

    ReplyDelete
  2. siapa pun hadi, ust nasha n mat sabu..mereka tetap ahli politik..

    jangan nak melabel mereka ulama yg kononnya maksum dari kotor politik itu...

    Artikel Untuk Renungan Bersama : Hikayat Lubang Najis : Kita Semua Di Dalam Lubang Najis, Ayuh Bangkit!

    ReplyDelete
  3. Tu la depa ulamak dlm PAS pun patut ingat lebih Allah tu Maha Berkuasa & sunatullah-Nya. Ni M'sia tempat kita berpijak di bumi nyata. Jangan suka suki memandai buat slogan tu ini, peraturan, cliche, polemik tapi 'ngancuk', peklak macam kebanyakan pemimpin UMNO. Bedeah! Haram jadah! Ni yg kita tak mau. Cukup la masalah kerenah, penyakit UMNO untuk kita lihat selama ni buat kita ambik iktibar. Jangan la pi ada ulamak jadi mangkuk ayun pi ikut buat sama perkara bodoh & menjahanamkan agenda perubahan/transformasi/reformasi.

    Kalau TGHH pasni berubah jadi ulamak profesional @ superhero, baru gua boleh sokong penuh. Taking about war, kalau TGHH nak@boleh pi medan perang pun, mintak maap cakap la. Tentu buat susah orang/tentera saja la. Baik dia duduk berdekatan, dlm perimeter perang & atur strategi taktikal yg efektif. Cukup la buat arahan yg betul & cepat. Tu pun tak boleh buat, bukan kita gulingkan dia lagi pasni kita 'tembak' saja dia.

    ReplyDelete
  4. THALUT MENJADI RAJA KETIKA MANA MASEH ADA NABI2 WAKTU.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...