Skip to main content

Gua tak rasa Komik Utusan hina Islam.

Oleh : AdukaTaruna

Ni just gua share idealogi gua jer. Ske hati la lu nak ikut tajuk mana. Adalah lebih baik lu rujuk pada yang lain juga. Ini adalah komik Utusan Malayseks.


Terdapat 2 pembolehubah di mana pelukis kartun itu tidak tahu, dan penuduh pelukis kartun itu telah menghina Islam sendiri tidak tahu.

  1. Rogol
  2. Zina
Dan ini pula adalah ayat Allah mengenai zina :

[1]

''Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka pada diri mereka sendiri. Dan (mengapa tidak) berkata:''Ini adalah satu bohong yang nyata''. Mengapa mereka yang menuduh itu tidak mendatangkan 4 orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana tidak mendatangkan saksi saksi maka mereka itulah pada Allah orang orang yang dusta''

[2]

''Dan orang orang yang menuduh wanita wanita baik, mereka tidak mendatangkan 4 orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh) 80X sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama lamanya. Dan mereka itulah orang orang yang fasik''

Masalah sebenar ilmuan Islam.

Sebenarnya begini bro.. gua kemukakan konsep asas kepada permasalahan ini. Dalam 2 pihak yang bertembung, yang berbalah, pasti ada satu yang salah. Manakala satu lagi sama ada 100% benar atau pun separuh benar. Mutlaknya ialah Allah.


Zaman dulu, ada Nabi yang memegang result akhir. Siapa yang betul, siapa salah. So, kita ada rujukan / hakim / penentuan. Tapi masalah sekarang ialah kita tiada. Maka tergantunglah keputusan itu kepada ulama yang mempunyai pelbagai khilaf, pelbagai kemampuan berfikir, pelbagai saiz otak.


Namun, Allah tinggalkan kita satu sistem. Dimana Allah janjikan kebenaran itu tidak boleh ditumbangkan dengan hujah. Sejak Nabi sebelum Muhammad, semuanya Allah sunnahkan berdebat. Baik Ibrahim vs Namrud, Musa vs Firaun, kesemuanya mempunyai sistem berdebat / berbahas / berhujah.


Namun, sejak akhir2 ini, sejak zaman ilmuan Islam yang tidak takut berdebat hapus beberapa ratus tahun dulu, ulama akhir zaman menjumpai kaedah bidaah yang dicipta sendiri dalam menghadapi hujah. Yakni menuduh menghina.


Dalam tajuk komik Utusan Malayseks itu, Si Polan datang dengan hujah. Ulama akhir zaman yang dibentuk secara ayam daging ini akan mengamuk, berdemo, menuduh si polan menghina. Sedangkan kaedah yang ditetapkan Allah ialah berhujah. Komik Utusan Malayseks itu adalah hujah. Ulama ayam daging dari anak2 berbaka pasif yang tiada aliran dan cabaran yang lebih sesuai dengan mereka kecuali agama (selepas ini disebut UADBP = Ulama Ayam Daging Baka Pasif), telah mencipta satu kaedah bidaah yang mudah. Yakni menuduh si penghujah menghina. Jahit mulut mereka, penjarakan, keji dan hinakan mereka. Hujah harus dipadamkan dengan hukuman polis.

Apa maksud Allah dengan 4 orang saksi?

Allah mengatakan serahkan sesuatu itu kepada ahlinya. Kepada bidangnya. Tidak terkecuali bab saksi. Bagaimana Ulama ayam daging dari anak2 berbaka pasif yang tiada aliran dan cabaran yang lebih sesuai dengan mereka kecuali agama ini (UADBP), boleh memisahkan perintah itu suku, dan perintah saksi suku yang lain?

Apakah keahlian 4 saksi? Allah tidak mengatakan 4 saksi itu adalah saksi skodeng. Tapi UADBP ini sahaja yang memandai2, bersangka2 dengan tahap kemampuan otaknya yang berbaka pasif itu. Dakwa mereka 4 saksi yang dimaksudkan Allah ialah 4 saksi skodeng! Sedangkan Allah tidak pun menyatakan demikian. Mereka menambah2 apa yang mereka tidak tahu kerana mempunyai kekebalan 1 pahala walau ijtihad silap.

Apakah 4 saksi yang mungkin dimaksudkan Allah? 

I. Kesaksian yang mempunyai keahlian dalam cap ibu jari. Tidak fasik, yakni tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah.


II. Kesaksian yang mempunyai keahlian DNA. Tidak fasik, yakni tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah.

III. Kesaksian yang mempunyai keahlian rakaman / pengecaman wajah / bahasa gerak bibir / etc. Tidak fasik, yakni tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. 

Islam itu luas. Tetapi dijumudkan oleh  Ulama ayam daging dari anak2 berbaka pasif yang tiada aliran dan cabaran yang lebih sesuai dengan mereka kecuali agama (UADBP).

Allah melarang kita spesifik sampai tidak mampu.

Dari (Al Baqarah : 67 – 74), Allah memulakan arahan dengan umum. Memudahkan hambanya. Just Sapi. Smol metter. Tapi, tak puas hati juga, nak juga spesifik. Umur la, warna kuning la, bukan yang jinak la... sampai manusia itu HAMPIR2 tidak dapat cari.

Sama seperti 4 saksi. Umum. Ada macam2 keahilan dalam saksi. Pakar bedah siasat ada, pakar darah ada. Just kemukakan depan hakim minima 4 kesaksian yang tidak dicabar keraguannya (fasik). Tetapi, apa yang terjadi adalah HAMPIR2 tidak mampu melakukan. Apa kerja gila anak Hadi Awang kena rogol terpaksa melupakan keadilan baginya kerana tidak cukup 4 saksi? Tak kena anak sendiri, boleh la cakap ikut Islam tafsiran UADBP. Ini adalah hujah melalui komik. Cuma ada beza rogol dan zina. Pembolehubah.

Dan apabila hujah itu tidak boleh ditumbangkan, atau pemalas untuk ditumbangkan, maka, report polis. Suruh polis jahit mulut dia. Gari dan penjarakannya. Ini kaedah UADBP atau kaedah yang Allah tinggalkan? Kepimpinan Ulama kepala ayah dia. Islam itu menjamin semua termasuk ulama. Bukan ulama yang menjamin Islam. Makhluk tidak boleh menjaga Khuluk (Pencipta). Syirik!

UADBP dengan ayat babi.

Begitu juga ayat Allah yang just mengatakan DAGING BABI. Allah tak sebut pun BABI. Mengapa ada word daging? Sebab benda2 yang berubah dari sifat asalnya, arak yang menjadi cuka, atau daging babi yang berubah kepada gelatine atau kepada kimia lain, maka itu tidak tertakluk kepada word daging.

Bila Allah umum, ulama nak spesifik.
Bila ALlah spesifik (just daging), ulama nak umum. Haramkan keseluruhan babi.

Tapi kalau dah dasar ulama pundek macam kes Sapi tadi, maka hampir2 tidak mampu dilakukan oleh umat Islam. Serba ketakutan. Takutkan babi melebihi Allah. Sana ada DNA babi, situ ada DNA babi. Tapi air paip yang datangnya dari hutan yang mengalir sifat2 asal daging babi hutan boleh pula diorang tidak spesifikkan. Telan. Stupid!

Lepas ni kompom Herman Shamsuden KP PAS WP buat repot polis pasal gua hina Islam pula. Berdebat penakut. Berlindung belakang polis. Nasib baik tak penting macam Hadi Awang. Kalau tak lah....

Wallahualam.


Comments

  1. SALAM Aduka...

    Aku yakin, lepas ni, kau akan jadi FENOMENA lagi sekali... bercakap menyongsang arus camni, akan memanaskan puak-puak UADBP dan mencabar keintelektualan mereka.

    ReplyDelete
  2. betul la diorng suruh minta maaf dan tarik balik. Apa yg lu tulis tu semua mahkamah syariah dah guna pakai dan peguam2 syarie semua dah setuju sejak lu blm lahir lg. Takdo peliknya. Yg masih blm sependapat hanya hukum rogol jatuh hudud ke takzir. kalo lu baca pendapat pres. peguam muslim dan tim pres. peguam syarie. video blh diterima sbg qarinah (tapi yg disahkan tulen la) tapi hanya video tak cukup la kalo nak sabitkan.(mcm kira baru saksi sorang la). tapi kalo kes anuar ni tak yah nak pikir panjang.. kalo masuk mahkamah lempar je cd/tape kt kepala dato T dan terus qazaf sbb mulanya dgn fitnah kt public tak ikut prosedur langsung. sbb tu lu tgk kes liwat sepol pun diorang pening tuduh "secara paksa" tapi bicara secara "sukarela".

    ReplyDelete
  3. Bro,

    Tahniah. Ini yang aku tulis di sebuah blog pro-PAS semalam mengenai 4 orang saksi. Tapi macam biasalah, geng2 ostad berIQ rendah tahap cipan terus menghina aku tanpa sebarang hujah ayat2 Al-Quran.

    Kalau kita tgk siri CSI, biasanya ada 3-4 ahli forensik akan datang ke crime scene dan ambil bukti sebanyak mungkin kemudian dibawa ke makmal forensik polis utk dianalisis.

    Ada pakar balistik, kimia, DNA, IT, cap jari dan pakar autopsi yang akan menganalisis semua bahan bukti. Polis juga akan menggunakan segala bukti yg dianalisis utk menangkap suspek.

    Laporan analisis bahan bukti akan dihantar ke pejabat pendakwaraya utk tindakan susulan. Semasa perbicaraan, semua ahli forensik yg terlibat dgn kes akan memberi keterangan. Polis tiada kuasa mendakwa tetapi menyiasat. Pendakwaan dilakukan oleh pihak kerajaan iaitu pendakwaraya.

    Kalau ada saksi dikalangan orang awam, juga boleh memberi keterangan.

    Al-Quran melangkaui zaman. Imam syafie, hanbali, ghazali, hanafi dll. dah beratus-ratus tahun mati. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Tapi geng2 ostad dan 'ulamak' ni masih beriman kpd imam2 'murtabak' mereka.

    Percaya kepada Al-Quran dan percaya kepada mesejnya ialah dua perkara berbeza.

    -Fauzi-

    ReplyDelete
  4. gua ingat lu kena minta fatwa sama itu Haji Hadi Awang....itu kes Anuwar sampai sekalang gua tak faham....itu video maa!

    ReplyDelete
  5. yang jadi isu bukanny pasal saksi, gua pasti lu n pembaca n pekomen semua da cukup faham saksi, apa yg jd masalahny kartun ni seolah2 menhina seolah2 islam tiada penyelesaian terhadap isu rogol lu tenguk dailog terakhir "sudah, baik awak abaikan saja kes ni" bermakna suruh melupakan saja kes kerana tiada pembelaan yg blh dilakukan oleh system islam. Jd lu x terasa ke agama yg lu yakini syumul x mampu melakukan pembelaan. Gua rasa amat terhina beb

    ReplyDelete
  6. yep, hal kartun tu kut dia menyelak kelemahan sistem perundangan syariah kat negara kita ni tu gua sokong la .. demi transformasi, reformasi sistem. ATAU, ia seperti mengecop sesetengah ustaz/ulamak ada yg berpemikiran rigid, nonsense & memalukan Islam tu sendiri. Ok that's fine!

    Tapi kalau saja saja dia - Utusan - nak main-main perkara serius atau hukum Islam - ttg perlunya adanya '4 saksi' - tu kes menghina Islam la. Agak agak la nak berkarya pun! Apa kes pun ie. liwat DSAI kena la ada bukti jelas beyond doubt! lawan kat court! Ni kecoh macam la kita tak ada polis, sistem perundangan. Sial! Tak payah la nak buat sumpah seranah, sumpah khianat pun!

    Undang2 Islam sepatutnya lebih adil kepada si Penuduh & Si Kena Tuduh, jika sekiranya ia dilaksanakan dgn efektif. Segala kelemahan sistem perundangan syariah perlu diperbaiki. ASAP~! If not, god-damnit, jadi la S.O.A.D! What a DISGRACE to all us Moslems, then!

    ReplyDelete
  7. lu rasa terhina sebab katun tu ye. patut lu rasa terhina bila pembuat amanat songsong tu bukak mulut dia. tok guru & president tu semua bagus jadi bisu aje. bukak aje mulut terhina le islam. video tu besi. tak boleh jadi saksi. katun tu sindir tok guru & pembuat amanat songsang bukan hina islam. kalu ada yg ngaku tok guru tu tok guru islam, org tu jugak hina islam sebab pengakuan tu. siapa ngata dorang tu ulamak, dorang hina nabi. mana mungkin pewaris dia munafik macam tu. ahli pas tak salah, penyokong dia yg syubahat. kan bodoh punye statement

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.