Skip to main content

Gua dilantik model produk Jepun di KB Mall.

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Mula2 tak nak cerita. Kang lu tuduh gua tipu. Kena tuduh poyo dah lali dah. Kena tuduh tipu, walau dah banyak kali, gua tetap panas hati. So, memang gua ambil keputusan tak nak story, walau sekadar catatan peribadi rujukan anak2 gua kelak.

Tapi, bila berfikir, manalah tau kontrak gua dibatalkan kerana gua terpalit dengan anti BN, at least, pembaca gua dah tahu story ni lebih awal. Dari gua memekak2 hanya selepas kontrak batal. Si Jepun tu mana tau gua AdukaTaruna skang ni.

[2]

Jumaat minggu lepas, ceritanya begini. Gua tengah siapkan tempahan baju. Tengah comot giler. Plan kejap lagi, dekat2 nak Asar, gua mandilah. Sekali bos lama gua kol. Minta tolong sangat. Siapkan design bola takraw. Customer dia nak esok. Emergency. Kena print petang tu juga.

"Buah sepok Yol."

"Bola sepak?"

"Buke..."

"Tak faham la be.."

"Meta... ahh.. bola takraw Yol.. buah takraw tu..."

"Berapa color bang?"

"So jah. Tolong meta la Yol.."

"Jap g saya mari lah."

Gua pun dengan comot2, g opis lama dan buat design bla takraw. Untuk 1 color. 90% nak siap, bini gua plak kol.

"Bang... muntah teruk. Ubat tahan muntah dah habis."

"Mana nak beli? Jumaat ni. Bukan negeri kapir UMNO. Farmasi tutup la."

"KB Mall lah. Guardian ke, Watson ke."

Ah.. sudah... ke KB Mall la plak gua. Pendek cerita, lepas siap design, ambil duit, gua drive Mazda RX8 lantai simen gua, hasil Husam bayar gua RM 2 juta. Parking depan Court Kak Memot. Lintas jalan, masuk KB Mall.

Mana Guardoin nih? Mana Watson nih? Ak alaa...

"Sir... sir.. excuse me, sir."

"%^&$ *&^%  &^*%$."

Apo pulak amoi ni mencarot dengan gua ni? Gua bagi pelempang Rusila kang. Gua tengah kelam kabut nih. Nasib baik cun.

"I'm so sorry miss. My English very weak. Can you speak Malay?"

Pendek cerita Amoi tu rupa2nya Jepun. Tiba2 teringat ilmu Saleh Yaakob. Gua dipilih peringkat pertama model produk Jepun. Peralatan sukan Takashima. Terkesima gua. Sign kontrak, dan inilah gambar gua yang akan diiklankan nanti.

Klik sini.

Mesti lu orang jeles dengan gua punya lah. Dan tak sabar2 memaki hamun gua. Stendet la Melayu.. mana boleh orang lain lebih sket.


Comments

  1. untung lu dpat 2 juta..... si syeikh dapat 350k jer....
    tu pun tuan presiden PAS cakap nak repot SPRM.... kalau terbukti rasuah hatta MB ( tapi tuan presiden tak cakap plak hatta Presiden parti) yang terbukti rasuah pun parti akan pecat!!!!....

    ReplyDelete
  2. Ya la, laju saja dia suruh SP(embunuh)RM tu siasat si Husam ya. Tak pulak dia minta siasat dia Presiden? Si syeikh (is he, really?) pun 1 hal..sejak 2 menjak kena that fella kena kicked (rejected), dia seakan 'mengamuk', kecewa & lawan tauke. Kalau betul kena 'suap' ada ker patut/rasional dia 'dedah'kan semua ni? Orang kena rogol/liwat pun malu nak repot/dedah ke public...kecuali mmm we know who .. si f***ing poor man Shit-fool (must be a rich man by now).

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.