Skip to main content

CITA-CITA YANG DIHARAMKAN


Setiap orang mempunyai cita-cita. Persoalan tentang cita-cita anda samada tercapai atau tidak bukan satu perdebatan utama. Perkara pokoknya, terdapat satu cita-cita yang tidak boleh anda cita-citakan di Negara yang tercinta ini iaitu bercita-cita ingin menjadi seorang Perdana Menteri. Jawatan itu hanyalah sebuah impian kosong atau sebuah angan-angan dalam kotak pemikiran seseorang yang waras, orang yang siuman tidak akan bercita-cita sebegitu.

Mengikut Perlembagaan Negara kita , Perdana Menteri adalah ketua pemerintahan Negara. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen akan dilantik ke jawatan tersebut. Ini bererti jika anda pada hari ini adalah seorang Ketua Pembangkang di Parlimen dan pada suatu hari nanti anda ditakdirkan memenangi Pilihanraya, maka anda sepatutnya akan dilantik untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi jangan berharap kerana anda tetap tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Ini kerana sudah ada pihak memberitahu bahawa mereka akan tetap mempertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah yang terakhir.

Jika anda tetap dengan keputusan anda untuk terus menjadi Perdana Menteri Negara kita , maka anda akan diuji. Bukan sedikit ujian yang anda akan terima. Anda terpaksa bersedia mental dan fizikal untuk mencapai cita-cita yang diharamkan itu. Antara ujian yang bakal anda lalui antaranya, anda mesti bersedia untuk dipenjarakan dan berulang alik ke mahkamah kerana anda telah bersalah memilih cita-cita. Anda mungkin akan kehilangan jawatan yang anda jawat sebelum ini. Tak kira la anda seorang Timbalan Perdana Menteri sekalipun, anda mesti buang jawatan anda dulu sebelum anda boleh jadi Perdana Menteri walaupun anda takkan dapat jawatan itu.

Selain itu, anda mesti bersabar jika keluarga anda diugut, dicaci, dimaki dan diaibkan. Kemungkinan kereta anda akan kena sabotaj, kemungkinan secara tiba-tiba juga anda akan diisytiharkan sebagai egen yahudi, mosad atau terlibat dalam aktiviti pengganas seantero dunia. Anda akan dijadikan manusia super yang paling jahat. Semua sejarah hidup anda akan dibongkar. Riwayat hidup anda zaman sekolah akan terbongkar dan sekali-sekala anda akan dituduh berlakon dalam sebuah filem lucah dan mempunyai seks luar tabii yang teramat melampau.

Mengikut catatan sejarah , beberapa tahun dahulu ada satu kumpulan. Kumpulan yang menggelar diri mereka Al-Arqam. Ketuanya mereka digelar Abuya. Kesilapan yang paling besar Abuya buat ialah beliau mengisytiharkan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri negara kita yang kelima. Satu kesilapan terbesar yang telah dibuat oleh Abuya. Telah diberitakan tadi bahawa cita-cita tersebut adalah haram. Maka tidak semena-mena Abuya kena dakwa membawa ajaran sesat. Sedangkan Ayah Pin lagi sesat dari itu tapi tak kena tangkap pun sebab Ayah Pin dan bagi tahu awal-awal dia ada Kerajaan kat langit, tidak bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri.

Satu perkara lagi, baru-baru ni ada satu Muktamar Agung Parti Islam. Biasa la, pemilihan ahli jawatankuasa peringkat pusat. Bukan parti itu sahaja, bahkan semua pertubuhan pun wajib buat Mesyuarat Agung Tahunan, bezanya berani atau tidak buat pemilihan je atau ikut suka-suka hati nak tangguh. Bila Tuan Guru Presiden menang, maka bertempik la juak-juak parti sebelah sana bercakaran berkata Tuan Guru bercita-cita nak jadi Perdana Menteri. Apa punya bangang punya hujah. Nasib baik Tuan Guru Presiden tak jawab apa-apa. Kalau tidak.... tak tau la macamana puak katak-katak melompat tu berkokok memperbodohkan diri sendiri.

Kesimpulannya, jika anda ada anak maka pastikan mereka tidak tersalah memilih cita-cita. Didik anak anda dengan memberitahu mereka adalah salah untuk mereka bercita-cita begitu supaya tiada lagi catatan sejarah seperti cerita Hang Nadim versi moden akan tertulis. Bahkan, jika anda sendiri masih bertegas dengan prinsip anda untuk menjadi Perdana Menteri maka pastikan bahawa anda juga telah bersedia untuk menghadapi segala serangan yang bakal anda terima. Sesungguhnya di negara tercinta ini jawatan Perdana Menteri tidak boleh dicita-citakan kerana jawatan itu hanya untuk Perdana Menteri sahaja!


Comments

  1. sama dgn apa yg gua sembang dgn member gua satu masa dulu.mmg sape yg ada cita2 nak jadi PM ni akan dipandang serong kat Malaysia ni.

    kalau ketua pembangkang nak jadi PM,pihak sana mencemuh.kalau pihak sana ada yg nak jadi PM sebelum umur 40,pihak sini pulak mencemuh.Pendek kata cita2 nak jadi PM ni sesuai utk kanak2 je.utk org dewasa,biarlah ikhlas,bukan kerana pangkat atau jawatan.bak kata AT biar amanah cari kita

    ReplyDelete
  2. Cita cita gua nak jadi Ketua Bahagian UMNO mana mana kawasan yg berdaya maju, tak pun, jadi Ketua Pemuda UMNO, ok jugak. Banyak projek. Kuasa ada. Kawan ramai. Sokongan rakyat yg lahabau bangang tentu dlm genggaman kuasa, pengaruh gua punya la.

    Lu sokong gua tak? Lu selamat! Lu langsi, lu cari susah, mau mati ka -tak?

    Ho ho ho

    p/s: Gua dah taraf Ayahanda..lu apa kelas, mau cakap sama gua? Hehe ..Lu Abang Long? Boleh jalan!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.