Skip to main content

Wajah PDRM dalam demo pro Lynas


Provokasi Yang Di Lakukan Penyokong Kerajaan ! KUANTAN, 31 Mei - Mesyuarat isu Lynas bersama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang sepatutnya diadakan di Hotel Hyatt, jam 3.00 petang ini terpaksa dijalankan tanpa kehadiran NGO "Save Malaysia Stop Lynas". Demikian menurut satu mesej yang dihantar kepada kami sebentar tadi oleh wakil NGO terbabit.

Katanya "Save Malaysia tidak akan melayan appointment dengan IAEA petang nanti kerana Kerajaan tidak ikhlas dalam mengawal keamanan dan menjamin keselamatan mereka yang diundang, termasuk mengawal orang ramai disekitar kawasan Hotel Hyatt. Dia orang dah gagal!", kata SMS itu.

Sebenarnya ramai yang terkejut dengan cara pihak polis mengawal peserta demontrasi aman itu. Pihak polis dilihat gagal menjalankan tugas mereka dengan seadil-adilnya. Sedangkan pihak penyokong kerajaan yang terdiri dari UMNO, Pakida, Perkasa, Majlis Belia, Belia 4B, GPMS dan yang lainnya telah bertindak diluar batasan kemanusiaan. Bukan sahaja pemimpin Save Malaysia Stop Lynas yang dikasari mereka, malahan wartawan yang mengambil gambar insiden tersebut turut diugut serta dikasari mereka. Hingga ada terdapat seorang wartawan wanita sebuah akhbar Cina dikejar dan kameranya cuba dirampas oleh kumpulan terbabit. Ini sesuatu yang cukup memalukan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini.



Mesyuarat bersama IAEA tidak dihadiri oleh Save Malaysia Stop Lynas

Sepatutnya polis menghalang penyokong kerajaan bukan biarkan begini

Cuba lihat, polis bersama-sama penyokong kerajaan pemimpin terbabit

Bayangkan penyokong kerajaan mengkasari mereka hingga ke kenderaan

Berbaju oren, antara penyokong kerajaan yang begitu agreasif sekali


Namun, pihak polis hanya memandang dan cuba meleraikan keadaan tanpa mengadakan sekatan seperti apa yang dilakukan terhadap peserta demontrasi aman bantah Lynas di pejabat DAP , Jalan Beserah (foto bawah) baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, empat orang aktivis telah ditahan polis untuk siasatan dan diarahkan melapor diri ke IPD Kuantan pertengahan bulan Jun ini. Mereka bukan sahaja digari, malahan dimasukkan ke dalam trak polis yang sudah disediakan. Polis bukan sahaja memantau malahan turut mengadakan benteng untuk menghalang orang ramai. Tetapi anehnya apa yang berlaku di Teluk Chempedak semalam dan hari ini jauh berbeza.

Pihak polis seolah-olah merelakan apa yang dilakukan oleh penyokong kerajaan tanpa sebarang tangkapan. Sedangkan ada diantara mereka yang begitu lantang mencabar dan mengherdik pihak polis itu sendiri. Malahan semalam, OCPD Kuantan sendiri telah diherdik oleh seorang pemimpin UMNO yang merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Soalnya, kenapa pihak polis tidak bertegas dalam mengawal keamanan dan keselamatan mereka yang telah diundang oleh kerajaan sendiri untuk bersama dalam mesyuarat Lynas itu di Hotel Hyatt.



Bukti, mereka ini ditangkap hanya kerana berbaring atas kain rentang
ketika himpunan bantah Lynas di pejabat DAP Pahang baru-baru ini

Bukti, YB Chong Siew Onn mentunjukkan surat jemputan khas Kerajaan
untuk mereka hadir dalam mesyuarat dengan IAEA, kenapa dikasari?


Paling menyedihkan ialah apa yang berlaku seolah-olah dipandang sebelah mata oleh pihak polis. Hinggakan salah seorang pemimpin pembangkang yang mendapat jemputan rasmi untuk bersama dalam mesyuarat dengan IAEA itu sendiri pun telah dihalang dan diperlakukan sedemikian rupa. Beliau bukan sahaja dihalau oleh penyokong kerajaan, malahan pihak Hotel Hyatt sendiri begitu berani melakukan tindakan yang sama.

Pemimpin terbabit ialah YB Chong Siew Onn (ADUN Teras), yang mewakili parti DAP. "Saya telah diundang secara rasmi untuk menghadiri mesyuarat berkenaan, namun kenapa kami dilayan sedemikian rupa?. Saya akan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit kerana jelas mereka telah gagal memainkan peranan untuk memastikan keselamatan kami yang diundang oleh kerajaan Malaysia itu sendiri", kata Chong. Tindakan melayan pihak berkenaan sedemikian rupa seolah-olah menunjukkan kerajaan kini begitu takut untuk menghadapi suara rakyat.

[Tindakan ganas penyokong mereka itu sebenarnya didalangi oleh Kerajaan Negeri sendiri. Tambahan pula ia dipimpin oleh Exco Kerajaan iaitu Dato' Safri Aziz. Ditambah lagi dengan kehadiran Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Dato' Shamsuddin Nawawi (foto) di kawasan itu.

Apa yang jelas kekecohan dan senario yang berlaku ini sengaja dirancang, untuk menunjukkan kononnya pihak Save Malaysia Stop Lynas tidak bermoral dan sebagainya. Sebaliknya, provokasi melampau itu dilakukan sendiri oleh penyokong mereka yang begitu "fanatik" dan "bagaikan histeria" itu. Soalnya sekarang, kenapa Setpol MB berada di kawasan terbabit dan hanya melihat dan tidak cuba meleraikan keadaan.

Bukankah ini membuktikan bahawa kekecohan tersebut sengaja ditimbulkan oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang sendiri. Maknanya ia melibatkan MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob yang dilihat mengarahkan tugas kepada Exco Tugas-Tugas Khas dan Setpol beliau sendiri. Apakah ini gayanya satu kaedah profesional oleh seorang Ketua Kerajaan Negeri?.

Tindakan ganas dan menakut-nakutkan rakyat membuktikan mereka sengaja mahu mencetuskan pergaduhan. Sedangkan rakyat yang datang untuk menghantar patisyen dan demo bagi membantah projek berkenaan. Mereka sepatutnya mengadakan demo menyokong projek Lynas dan bukannya menimbulkan kekecohan sedemikian rupa. Semoga rakyat dapat menilai dan melihat perkara ini dengan fikiran yang waras.

Usahlah gunakan isu perkauman dalam isu rakyat yang sepatutnya ditangani berdasarkan satu kaedah yang lebih profesional. Tindakan mahu bergaduh dan berperang menunjukkan bahawa mereka sebenarnya sudah ketandusan idea untuk menghalang kebangkitan rakyat itu sebenarnya - Pahang Daily Online


Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...