Skip to main content

Tips road block BERSIH 2.0

Oleh : AdukaTaruna

Perjalanan by kereta dari KB ke Seremban gua jangkakan 10 roadblock. Di setiap jalan yang munasabah ke Kuala Lumpur dari setiap negeri.

1. Pastikan lu orang tidak mengambil rokok suriya atau ubat batuk atau ubat2an yang berpotensi sangkut kena urin test. Jap lagi keluar pula Utusan UMNO 8 disyaki peserta demo BERSIH positif dadah di sekatan jalan.

2. Pastikan buang logo / stiker parti2 bukan BN. Kalau cantet tepek stiker UMNO / KIMMA / PERKASA. Kalau boleh buang sekali tanda2 sujud di dahi bagi mengelakkan polis cap anda ustaz paserta demo.

3. Pastikan baju parti / Unit Amal / BERSIH tidak boleh dijumpai oleh polis dalam setiap kali roadblock.

4. Updated lokasi roadblock di FB BERSIH sejak 8/7 itu. Jadi seluruh Malaysia akan boleh merujuk maklumat itu dalam merancang perjalanan mereka.

5. Organize satu port di mana orang berkumpul dan bertukar penumpang untuk menjadikan 1 kereta terdapat pelbagai bangsa di dalamnya.

6. Sepakati terlebih dahulu alasan2 yang dikemukakan ketika pemeriksaan polis. Contohnya, alasan menghadiri kenduri kawin di kawasan terdekat dengan roadblok (jika roadblock di Besut menghala ke Kuala Terengganu, kenduri kawin di Kuala Terengganu. Sapa bagi alasan kenduri kawin di KB tu bangang namanya).

7. Polis tiada hak memaksa rakyat Malaysia patah atau batalkan perjalanan. Jika perlu patah semula, minta pinjam kereta polis sebab perjalanan pulang pun ada roadblock juga. Biar kita terpaksa ke balai untuk melengahkan kita, dari tunduk kepada arahan tanpa hak supaya membatalkan perjalanan. Alang2 cukur bulu ketiak, cukur sekali bulu ari2.

8. Kepada yang bagi alasan menghadiri pertandingan battle of the band di Kuala Lumpur, jangan lupa bawa gitar dalam kereta sebagai wayang. Jangan sesekali bagi alasan ini kalau rakan anda memakai serban.

9. Kredit tepon mesti banyak. Supaya boleh sms maklumat kepada kereta rakan di belakang sebaik sahaj anda nampak lampu kelip2 biru PDRM. Padam setiap kali sms. Jangan jadi Jeming Hase.. memori sms sentiasa full. sms baru susah nak masuk.

10.

11.

Tolong tambah kat ruangan komen.


Comments

  1. Uh oh punya la susah & menakutkan jadi penyokong pembangkang a.k.a. PR? Nak pegi demo BERSIH pun kena sekat, tahan? Macam la korang ahlul penggans daripada Rusila, ops! Rusia... ganas macam gerakan subversif komunis ker korang?

    They (UMNO-parpu-rians) call negara ni demokrasi? HA HA HA! Wait! DEMOKRASI TERPIMPIN? Oh yeah corak demokrasi terpimpin oleh UMNO.. Macam haram, sial saja..democracy my @$$ lah! GODdamnit!

    & they ask us to TERIMA KASIH, bersyukur untuk ruang sempit, measly freedom of voice/ choices?

    F*** Off UMNO & BN!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...