Skip to main content

Terengganu kencing Tantawi kencing Suhaizan Kayat?

Oleh : AdukaTaruna

Ini adalah cerita pihak kedua. Bukan pihak pertama, yakni diri gua sendiri. kepada pembaca, nilailah dengan baik. Sokong ikut tajuk. Gua akan cuba jujur dalam menyampaikan maklumat. Insyaallah.

Disampaikan kepada gua, oleh rakan A, yang mengatakan disampaikan dari sumber pimpinan tinggi PAS Pusat; bahawa :

Percaturan Timbalan Presiden oleh team Terengganu.

Kisahnya bermula apabila majoriti pencalonan condong kepada Mat Sabu. Senario ini menyesakkan nafas team Terengganu kerana Presiden boneka mereka bakal tergari dengan kelibat Mat Sabu seandainya Mat Sabu adalah Timbalan Presiden.

Selepas sah Hadi Awang tidak dicabar, barulah Harun Taib, PJ Terengganu yang dilantik Hadi Awang mengeluarkan kenyataan supaya mengekalkan Hadi Awang dan Nasha di media bukan Harakah (Sinar Harian). Mudah2an dibaca kawasan sebagai kenyataan rasmi Hadi Awang yang sudah sah tidak terlawan.

Namun, rupa2nya 'arahan' itu tidak diendahkan dengan lebih ramai mencalonkan Mat Sabu. 15 kawasan pula tidak mencalonkan sesiapa atas alasan tersilap tarikh.

Bergeraklah Abu Bakar Chik menjumpai kawasan2 dengan hujah Syiah dan ulama. Dan keputusan diambil dengan menghantar rombongan memujuk Tuan Ibrahim U Turn. Nash pasti tidak terlawan akan Mat Sabu. Hadi Awang bakal tenggelam dengan merit Mat Sabu. Diburukkan Dewan Bukan Islam yang menyatakan sokongan kepada bukan ulama bagi meningkatkan sokongan terhadap PAS oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Setelah Tuan Ibrahim bersetuju U Turn, rombongan team Terengganu memohon Nash berundur dengan senarai nas dan dalil. Nash pula rasa dikhianati. Kemudiannya ditawarkan Nash akan jawatan PJ Selangor dengan Hasan Ali ke satu jawatan di peringkat pusat. Jawatan yang boleh dilantik Presiden secara mutlak dalam perlembagaan PAS. Keadaan sekarang Nash masih rasa dikhianati dan enggan berundur. Keadaan sekarang lah.

Mat Sabu pula tegas bertanding, memperlahankan sebarang bentuk aktivitinya yang boleh ditakrifkan melobi (perlancaran Kelab Mat Sabu), dan terus menguruskan BERSIH bersama2 NGO. Terbaru mengumumkan tarikh 9/7.

Percaturan KP PAS oleh team Terengganu.

Tiada kisah mula berbanding kompromi Husam dan Mat Sabu. Dijangkakan awalnya Tantawi tiada masalah. Takdirnya, pemuda adalah rapat kepada perubahan. Suhaizan Kayat tiba2 jauh mendahului Tantawi. Syndrom perubahan melanda pemuda.

Pada mulanya, berbanding Tantawi naik sebagai KP PAS melalui syura, kali ini Tantawi mempertahankan KP atas dasar bertanding.

"Ya, saya akan mempertahankan jawatan (Ketua Pemuda PAS). Ramai calon lain berpotensi serta mempunyai kelayakan yang baik, namun saya serahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan," katanya ringkas ketika dihubungi BERNAMA.

Manakala Suhaizan Kayat pula pula masih belum membuat keputusan  (mStar Online). Pencalonan Suhaizan Kayat mandapat liputan media internet walaupun ditenggelamkan akhbar UMNO bercetak. Internet adalah sinonim dengan golongan muda. Bercetak adalah sinonim dengan golongan tua dan golongan hutan.

Team Terengganu mencadangkan Tantawi memanggil syura. Sebelum berita itu disampaikan kepada gua, gua telah baca Cenangau melalui artikel ini : Aku harap Pemuda PAS tak buat syura' malam ni?

Dalam syura tersebut, Tantawi memohon menjawat KP PAS sepenggal lagi dan Suhaizan bertanding Timbalan dahulu. Memandangkan pencalonan Suhaizan untuk KP yang tinggi, Suhaizan tidak perlu khuatir dengan Azman Sharpawi. Azman setuju, dan Suhaizan setuju.

Patutlah Azman setuju, rupa2nya Nik Abduh dibawa masuk bertanding Timbalan Ketua bagi memecahkan undi Suhaizan. Undi perwakilan Terengganu dan perwakilan pro Hadi Awang akan solid ke Azman, manakala undi pro pembaharuan akan terpecah dengan perwakilan Kelantan mungkin akan mengundi Nik Abduh.

"Gua tak kisah Suhaizan Kayat tolak hujah gua mahukan dia sebagai KP PAS, bro.. cuma tolaklah juga dengan hujah.Yang gua tak boleh terima ialah dia tolak dengan berdiam diri." Kata rakan gua yang juga PAS Reform dari Pemuda PAS Johor.

Undi pro pembaharuan luar Kelantan akan terpecah kepada Suhaizan Kayat dan Mohd Firdaus. Semak dan fikir sebelum hadam. Wallahualam.


Comments

  1. Bro.

    Maaf. Gua betulkan sket. Suhaizan tak berdiam diri. Dia kemukakan alasan, cuma alasannya terlalu lemah pada gua. Terlalu lemah untuk menolak harapan menggunung ribuan Pemuda PAS dari puluhan Kawasan yang mencalonkannya. Ribuan Pemuda PAS ini pula mewakili harapan jutaan rakyat Malaysia yang dambakan perubahan melalui Pakatan Rakyat khususnya dari parti paling senior iaitu PAS.

    Hanya Allah yang tahu betapa gua dan rakan-rakan berusaha memujuknya agar dia U turn untuk mencabar Tantawi, sejurus dia mengumumkan penarikan diri pada 20hb selepas mesyuarat Pemuda Pusat yang mencaturkan pemilihan Pemuda. Sahut harapan akar umbi bro. Sediakan alternatif kepada perwakilan.

    Sejak dulu gua menentang tradisi buruk sistem yang diamalkan Pemuda PAS Pusat. Ketua Pemuda hanya boleh dinafikan dengan umur. Kemudian barulah diganti Timbalan. Idris Ahmad semasa jadi Timbalan pun mujur telah mencapai 40. Kalau tak dah tentu naik KP selepas Salahudin pergi ke Pusat.

    Nak tukar Tantawi? Jangan harap selagi dia tak mencecah 40. Malah jika dah mencecah 40 pun belum tentu invalid. Nik Abduh dah lebih 40, tapi masih tercalon untuk Timbalan.

    Gua sangat menentang sistem syura dalam menentukan calon. Ini baru peringkat menentukan calon, bukan menentukan pemegang jawatan.

    Mengapa akar umbi setiap Kawasan disuruh mencalonkan pemimpin jika akhirnya Pusat sendiri memutuskan siapa yang perlu bertanding siapa yang tidak?

    Mengapa perwakilan dipaksa memilih pemimpin yang bukan pilihan / pencalonan mereka? Calon pilihan mereka mendapat pencalonan yang tinggi dari akar umbi yang mewakili hasrat hati rakyat, tapi dinafikan bertanding atas keputusan beberapa kerat pemimpin Pusat.

    Nampaknya Dewan Muslimat pun dah pandai meniru cara Pemuda. Jawatan Ketua Muslimat boleh dibuat tawar menawar. Akar umbi Muslimat yang mahukan perubahan, dikhianati harapan dan hasrat hati mereka.

    Inikah bentuk demokrasi yang diajar PAS?

    Pemuda UMNO lebih jantan kerana ada pertandingan untuk Ketua Pemuda, maka perwakilan ada alternatif dalam pemilihan mereka ( bukan bermakna gua setuju dengan amalan politik wang dan sistem kem dalam pemilihan UMNO, tu tajuk lain ).

    Gua memang ralat atas penarikan diri Suhaizan. Ramai bekas pemimpin Pemuda PAS Johor yang berani ke depan membawa perubahan. Salahudin Ayub, Mazlan Aliman, Khairul Faizi.. termasuk Suhaizan. Tapi penarikan diri kali ini merupakan satu kerugian. Sekali lagi gagal melengkapkan gelombang perubahan dalam kepimpinan PAS Pusat. Sekali lagi BN mampu mengukir senyuman yang lebih panjang.

    PAS ganti UMNO? Hahaha.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...