Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

May 4, 2011

Suhaizan dapat sokongan popular ketuai Pemuda PAS.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat kini mendapat sokongan popular untuk menerajui sayap pemuda parti Islam itu untuk penggal akan datang.

Aktivis PAS yang juga memegang jawatan Naib Ketua Pemuda PAS Johor itu menerima banyak pencalonan dari seluruh negara untuk bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda itu.

Dewan Pemuda PAS menyaksikan tuntutan untuk perubahan kepimpinan tahun ini selepas sepenggal dipimpin gandingan dua agamawan; Nasrudin Hassan dan Azman Shapawi Abdul Rani.

Pemuda parti itu dilihat menuntut pemimpin yang lebih bersifat aktivis dan selesa dengan pelbagai golongan, sifat yang dinilai ramai sebagai dimiliki oleh Suhaizan.

Suhaizan terlibat aktif dalam beberapa kempen isu melibatkan massa termasuk isu panas menentang perjudian melalui Gerakan Rakyat Membantah Judi.

Untuk jawatan timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa dilaporkan dalam Harakah keluaran terbaharu sebegai bersedia mempertahankan jawatan nombor dua itu.

Mohamad Sabu, tokoh popular parti telah mengumumkan kesediaan untuk bertanding jawatan timbalan presiden buat kali kedua selepas tewas dalam pemilihan yang lalu.

Nahsarudin, Mohamad dan Datuk Husam Musa terlibat dalam persaingan tiga penjuru merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan yang panas dengan isu kerajaan perpaduan, 16 September dan dakwaan kerjasama dan pakatan dengan Umno.

Walau bagaimanapun, penyertaan pemimpin lain dalam persaingan jawatan nombor dua parti itu masih belum boleh ditolak sepenuhnya.

Dua pemimpin lain yang turut mendapat pencalonan ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Tuan Ibrahim masih mendapat sokongan kuat untuk bertanding jawatan itu bagi membuat perubahan dan mengekalkan kedudukan agamawan di kedudukan timbalan presiden.

4 comments:

lelaki_ini said...

2 tahun lepas sebelum muktamar Pusat, gua ada recommend 3 nama yg cantet dlm mengepalai Dewan Pemuda PAS Pusat 2009-2011.

http://adukataruna.blogspot.com/2009/05/story-gua-tentang-ketua-pemuda-pas.html

Ketiga-tiga nama berjaya jadi Exco 2009-2011.

Abdullah Karim paling gua letak harapan. Gua kenal dia sejak sama-sama lead mahasiswa. Tapi sayang, dia dah berhijrah ke UK tahun lepas.

Ridhuan Md Nor dan Khairul Faizi dah / hampir cecah 40. Invalid.

Hari ini, gua recommend 3 nama utk mengepalai DPPP 2011-2013 :

1. Suhaizan Kaiat ( Ketua Pemuda PAS Johor yg baru )

2. Nazri Chik

3. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

Wallahua'lam.

AdukaTaruna said...

Corak Suhaizan dgn Salahudin Ayub sama tak bro?

lelaki_ini said...

Gua pernah bekerja bersama Salahudin dan Suhaizan. Sejak student.

Salahudin menjadi KP selepas Mahfuz. Org membandingkan antara keduanya. Jelas, Mahfuz lebih ke depan. Tapi Salahudin cepat belajar. Even gua tak sangka Salahudin boleh setinggi Naib Pres.

Jika Suhaizan dipilih menggantikan Tantawi, gua yakin insya Allah lebih ketara perbezaannya.

Kalau nak compare antara keadaan Salahudin ketika mula-mula dapat jawatan KP dengan keadaan Suhaizan sekarang ( jika ditakdirkan menjadi KP ), insya Allah gua yakin Suhaizan lebih bersedia dan lebih ke depan dari banyak segi. Tapi ye la, suasana politik dulu dengan sekarang lain. At least Suhaizan perlu lebih hebat dari Tantawi.

lempok79 said...

gua pun sokong suhaizan.dia pernah jadi lacturer gua zaman belajo dolu.dia juga pernah kena buang dr utm sbb terlibat dengan politik.tak silap gua dia pernah kalah bertanding dolu kat kawasan Parit Sulong.
Insya Allah Suhaizan boleh.