Skip to main content

Selamat Hari Cikgu, Mak.

Oleh : AdukaTaruna

Selamat Hari Cikgu, Mak.

Terima kasih, Mak.

Angah ucapkan terima kasih kerana dengan gaji Mak lah, antara asbab, Angah dan adik-beradik dibesarkan. Segala puji pada Lu Ya Allah kerana mengeluarkan keluarga Mak gua dari garis kemiskinan zaman. Masih terngiang di telinga bagaimana kisah Nenek dan anak2nya dihalau dari tanah Atuk, oleh adik-beradik Atuk sebaik sahaja Atuk mati dalam perjalanan mengerjakan haji. Sejak itu, kami tiada lagi saudara-mara di Kuala Klawang, Jelebu, kecuali sedikit di Kenaboi.

Terima kasih juga kepada Nenek yang berkaki ayam berjumpa sana dan sini memohon bantuan pelajaran Mak gua. Akhirnya tidak mampu ke universiti dan sekadar memasuki maktab. Segala puji pada Lu Ya Allah kerana mengizinkan Mak gua yang belajar dalam keadaan pensilnya disambung buluh kerana telah terlalu pendek untuk menulis, sehingga ke Maktab Perguruan Raja Melewar.

Segala puji pada Lu juga Ya Allah kerana mentakdirkan pertemuan Mak gua yang terkontang-kanting dengan Nenek gua di Seremban dalam menguruskan pelajarannya, dengan Abah gua. Akhirnya Abah dan Mak berkahwin ketika Mak masih belajar di Maktab. Perkahwinan yang tidak diisytiharkan kerana polisi maktab. Demi polisi itu juga, Abah dan Mak terpaksa mengelak eksiden sehinggalah Mak benar2 tamat. Setelah Mak menjadi guru di Felda Sendayan, barulah Along dan Angah wujud.

Segala puji pada Lu Ya Allah, yang menghidupkan dan mematikan segalanya,

Mohon maaf, mak.

Mohon maaf kepada Mak kerana sejak kecil Angah menjadi anak trouble maker dalam keluarga. Merosakkan reputasi mak sebagai cikgu.
  • Anak Cikgu Zaiton petang semalam pecahkan bumbung rumah Kak Normah masa main bola.
  • Anak Cikgu Zaiton petang semalam pecahkan cermin rumah Usop Bomoh masa main rondes.
  • Anak Cikgu Zaiton bertumbuk dengan anak Ustaz Atan.
Mohon maaf kepada mak kerana sejak kecil Angah tidak fokus kepada pelajaran. Merosakkan reputasi mak yang dibina Along.
  • UPSR Along 4A, Angah 2A2B
  • PMR Along 7A1B, Angah 5A,2B,1C
  • Along Degree, Angah Sijil Politeknik, Alang skang sambung Degree dalam Mekanikal, Ateh masih study Diploma Mekanikal.
Mohon maaf kepada Mak kerana mati2 tolak laluan menjadi cikgu. Angah mengaku bahawa ketika Angah ambil peperiksaan temuduga laluan cikgu di KGV Seremban dulu, Angah sengaja jawab salah kecuali kertas Math. Mohon maaf juga kepada Mak kerana menolak untuk hadiri temuduga Juruteknik Komputer Lembaga Peperiksaan Malaysia Selayang setelah usaha menyorok surat panggilan kantoi.

Malah menolak pula untuk sambung belajar dan terus terumbang-ambing dalam dunia kerja sendiri sampai sekarang. Walau idealogi Angah dan Mak berbeza dalam kerjaya dan hidup, tapi Angah tetap anak mak. Yeyeaarghhhh!

Mohon maaf, Abah.

Abah dah takda untuk Angah coretkan perkataan maaf. Tinggal mak jer.So, Angah wakilkan Mak lah atas dosa2 Angah kepada Abah.

Kalau Mak masih ingat, masa Angah sekolah rendah dulu, side mirror kete Abah pernah pecah pasal basikal Along tumbang, kan? Sebenarnya, Angah try buka side mirror tu. Nak tengok, macamana dia boleh diadjust dari dalam. Sekali terpecah plak. Nak cover punya pasal, Angah ambil basikal Along dan buat seolah2 basikal tu yang tumbang. Apa2 hal Along yang kena soal. Angah kan membesar dalam pemerintahan UMNO. Mujur Abah adalah cool person in the world.

Yang kes Cina Aiskrim tu plak, lupa dah Angah darjah berapa. Sebenarnya kesalahan asal datangnya dari dia sendiri. Member Angah ada syiling RM1. Angah minta dia belanja dan dia setuju hanya 20 sen. Angah minta aiskrim 20 sen. Tapi Cina tu bagi aiskrim 50 sen dan hanya mengatakan aiskrim tu 50 sen selepas Angah buka bungkus dia. Penipu!

Lepas Angah asak dia supaya pulangkan balik duit, Cina tu nak lari. Laluan pintu pagar Pakcik Ali Kambing Gurun tu kan ke sedikit mendaki. Cina tu press motor nak keluar, Angah dan rakan2 tarik tong dan motor dari belakang. Dia press, kami tarik, kami tarik dia press. Last2 terwheely dan terbalik. Yang tu bukan salah Angah. Yang Angah mengaku salah bab tong aiskrim tu hilang jer. Tu pun bukan Angah sorang. Ada ramai lagi jemaah yang lain. Esok kecoh dalam Utusan dan Astro kampung :

Anak Cikgu Zaiton curi tong Cina aiskrim.

Yang time form 5 dulu, ketika Angah nak pinjam kereta Abah untuk ziarah member eksiden, dalam keadaan tidak berlesen. Sebenarnya Angah nak tengok Cikgu Angah kawin. Kat Gemencheh. Tapi Angah tak tipu, memang Angah ziarah member pun, cuma time balik dari Gemencheh jer la. Plan dah cantet dah mak. Berapa jam ke Gemencheh, bila waktu melawat hospital, etc. Angah kan pemain chess. Tapi Abah boleh kosongkan meter kereta pulak. Kantoi bagaimana jarak ke Hospital Seremban mencatatkan lebih dari 300km. Aduss...

Segala puji kepada Lu Ya Allah.
Terima kasih Mak dan Abah.
Mohon maaf Mak dan Abah.
Al-fatihah untuk Abah.




Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...