Skip to main content

PR perlu menilai kedudukan DSAI di dalam PR buat sehingga suatu waktu.

Oleh : Ilriady Al-Kalantani

Saya sebagai rakyat Malaysia yang mendokong penuh Rukun Negara dan Islam sebagai Agama Persekutuan, apatah lagi sebagai rakyat yang bercita-cita melihat Islam didaulahkan suatu masa nanti seperti yang dijanjikan Allah bagi mereka yang mewakafkan diri kepada jalan perjuangan Islam yang mengikut bayyan al-Quran, manhaj Nabawiyyah dan ijtihad Ulamak.

Saya dengan ini mencadangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mempertimbangkan kedudukan DS Anwar Ibrahim di dalam Pakatan Rakyat buat sementara waktu. Ini perlu bagi meletakkan permainan jijik seteru politik dikendurkan dan memberi ruang kepada pihak berwajib-berkaitan melaksanakan tugas mengikut keindahan pandangan Islam dan keadilan perundangan seperti yang termaktub di dalam perlembagaan tanahair kita.

Saya tidak berminat untuk mengupas kedudukan isu jijik yang dibangkitkan seteru politik peribadai DSAI dan PR ini. Cuma, saya ulangi pendirian cadangan ini supaya kedudukan DSAI di dalam PR ditentukan buat sementara waktu oleh semua kepimpinan gabungan PR melalui jalan musyawarah.

Pandangan al-Quran dan Sirah Nabawiyyah di dalam menghadapi fitnah peristiwa Saidatina Aisyah dituduh bermukah dengan seorang sahabat bernama Safwan al-Mu'atal seperti yang difitnahkan oleh Abdullah bin Ubair.

Allah swt memberi pengajaran sebagaimana dalam surah AnNuur 1 hingga 30 iaitu Saidatina Aisyah hampir di ceraikan oleh RasuluLah akibat dari difitnah. Mengalir air mata seorang Rasul apabila menunggu sebulan lamanya turunnya wahyu dari Allah swt untuk mendapat petunjuk apabila Abdullah bin Ubair melakukan kospirasi memfitnah Amirul Mukminin Saidatina Aisyah bermukah dengan Safwan Al Mu'atal iaitu orang yang berjasa membawa balik Saidatina Aisyah yang tertinggal dari rombongan RasulLulah dan tenteranya dari medan perang.

Selama sebulan itu Aisyah telah ditempatkan dirumah mertua baginda iaitu Abu Bakr as-Siddiq. Selama sebulan itu golongan munafik melalui segala kekuatan sebaran mereka merancakkan fitnah mereka ke seluruh kota. Tidak siapa pun tidak tahu. Maklumat dihujung lidah tajam para munafik dan pemimpin Quraisy yang selama ini begitu menginginkan Rasulullah dan risalah keadilan Islam digelapkan, kalau boleh selama-lamanya.

Selama sebulan itu jugalah keluarga kedua-dua pihak sepertinya tidak berhubungan, betapa hebatnya fitnah para munafik yang disebar meluas ke seluruh kota melalui setiap media yang ada dan disokong oleh pmbesar Quraisy. Selama sebulan itulah para sahabat seakan bersedih, kebuntuan mencari penyelesaian di dalam memujuk kedua-dua pihak. Selama sebulan itu jugalah aktiviti pencerahan dan dakwah seakan terbantut, tidak serancak seperti selalu. Maha hebat fitnah para munafik dengan kekuatan semboyan media dan diraikan oleh pemimpin Quraisy di dalam dan di luar kota.

Tetapi Allah, dengan ketetapan syarak dan kelaziman sunnatullah berjaya meletakkan perjuangan menangkis fitnah ke puncak pusingan roda kemenangan.

Pengajaran dari peristiwa ini telah banyak diambil oleh kebanyakan peringkat kepimpinan, kepimpinan Islam baik, pakatan keadilan baik, dan sesiapa pun baik. Ternyata iainya merupakan jalan yang paling tepat, sekaligus akhirnya dapat melumpuhkan serangan fitnah dengan izin Allah.

Politik tanahair kita juga pernah berdepan dengan perkara yang di dalam kerangka yang sama sebelum ini. Begitulah sikap yang diambil oleh kepimpinan PAS menggantung kedudukan Sdra. Mohamad Sabu semasa beliau didakwa kes tangkap basah. Sebaik sahaja beliau dibuktikan tidak bersalah melalui perbicaraan di mahkamah, Sdra. Mat Sabu kini masih lagi aktif di dalam PAS dan pernah menjawat jawatan sebagai naib Presiden PAS, pencapaian tertinggi baginya setakat ini di dalam PAS. Mana tahu pada pemilihan PAS tahun ini beliau berjaya menyandang Timbalan Presiden pula.

Begitu juga Dr. Khir Toyo, tokoh politik Umno yang terbuka dengan pembacaan dan teknologi maklumat masa kini memilih untuk meletak jawatannya sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor (ada yang kata percaturan politik seteru peribadi Dr. Khir) bahkan tidak cukup dengan itu beliau juga memilih untuk memulangkan pangkat DS kepada Sultan Selangor (pun ada yang kata Sultan Selangor sendiri yang meminta beliau memulangkannya kembali sebagai menjaga maruah istana).

Mungkin ada lagi peristiwa contoh yang lain, yang tiada dalam pengetahuan saya untuk digambar-contohkan di sini. Apa pun jelas dari ketiga-tiga peristiwa ini telah menunjukkan satu kesan yang sama di mana pertuduhan yang pada awalnya rancak dijadikan cerita umum dapat diperlahankan rentaknya dan memberi peluang kepada pihak berkaitan memulakan tugas menjalankan dakwaan secara berhikmah, penuh kebertanggungjawaban dan diadili sebaiknya.

Sebaliknya, sebagai ingatan bersama sebelum saya mengulangi cadangan PR menentukan kedudukan DS di dalam PR berikutan isu fitnah video seks ini suka saya menyorot kembali peristiwa yang berlaku kepada Saidatina Aisyah seperti di atas. Insya Allah sekiranya PR berjaya bertampuk kuasa dalam reformasi politik dan seterusnya menjalankan reformasi perundangan dan politik.

Ingin saya nyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab PR menjalankan semula siasatan dan mengadakan perbicaraan berkenaan isu ini. Supaya segala keraguan rakyat dapat dipulihkan dan kejijikan politik sebegini tidak akan berulang lagi pada masa-masa akan datang. Pada masa itu nantilah kedudukan DSAI akan ditentukan semula dan terpulang kepada kematangan berpolitik PR untuk meletakkan siapa pun yang akan memimpin Malaysia baru.

Akhirnya saya rangkumkan lontaran cadangan saya di sini sebagai berikut:

1. meminta PR menentukan kedudukan DSAI di dalam PR, sehingga

2. PR berjaya di dalam misi politiknya, berjaya menjalankan reformasi politik, dan semasa menjalankan reformasi ekonomi dan reformasi undang-undang, hendaklah dikembalikan semula kedudukan DSAI di dalam persada politik Malaysia baru melalui perbicaraan dan juga kedudukan DSAI di dalam PR melalui keterbukaan dan kesepakatan politik PR.

Gua : Masalahnya nak siapa? Hadi Awang yang telah menjahanamkan Barisan Alternatif? Yang pengetahuan ekonominya tidak diyakini pengundi bukan Melayu. Yang telah mengatakan Lim Kit Siang dan Karpal ubat tamat tempoh? Hai.. kalaulah PAS telah lama menyediakan pesaing kepada Anwar... berdosalah perwakilan PAS kerana tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya.

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.