Skip to main content

Port2 BERSIH 2.0

Port himpun tak umum lagi. Tp berdasarkan sijil penyertaan gua, terdapat beberapa port.

1. Masjid Negara
2. Sogo
3. Masjid Jamek

Masjid Negara.

Port ni sesuai untuk team sebelah timur semenanjung. Pahang, Ganu dan Klate. Dekat dengan stesen keretapi / komuter. Apa2 hal boleh ke KL Sentral untuk pulang atau berhimpun semula.

Juga sesuai untuk peserta yang berkeluarga. Walau gua jamin 1000% Masjid negara akan ditutup pintunya dan dipotong elektrik dan airnya ketika hari demo, tetapi sesuai dari segi pengangkutan, keluasan kawasan, ruang2 untuk berlindung, etc.

Pemimpin BERSIH akan dibahagi2 mengikut port. Selalunya taiko2 demo mcm Dr Hatta dan Mat Sabu ambil port Masjid Negara. Anwar dan Hadi hanya muncul lepas keadaan reda.

Sogo.

Port ni sesuai untuk kaum wanita. Sambil demo sambil shopping. Juga sesuai untuk pendemo kaki tipu macam uma. Asal jumpa FRU jer, dia akan menyamar sebagai pelancong.

Port ni memiliki jalan2 kecil yang banyak. FRU sukar nak tembak di kawasan Sogo. Lagipun terdapat sejarah pihak Sogo memberi perlindungan kepada peserta semasa BERSI 1.0.

Masjid Jamek.

Ni port adalah paling tak sesuai untuk wanita. Kalau gua dalam AJK BERSIH, gua bawa usul haramkan Masjid Jamek jadi port. Sebab, sapa2 yang tak tahu, dia akan masuk dalam Masjid Jamek. Masuk dah tak bleh keluar dah. Belakang sungai ma..

Gua plak, Insyaallah, kalau takda perubahan plan, gua akan berada di Masjid Negara. Agak2 FRU nak tangkap gua, gua akan bagitau gua Bilal kat situ. Muka gua ada aura ulama bai sejak Hj Osama bagi gua kopiah dgn tasbih dari Mekah hari tu.



Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...