Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

May 19, 2011

Pilihan pemimpin mengikut rakan bukan Melayu gua.

Oleh : AdukaTaruna

Apa yang gua tulis adalah sisi pandang dari seorang individu. India. Pemuda. Bukan Islam. Namun, sebagai orang Islam, Melayu plak tu, pasti perlu mengikut apa yang Allah gariskan. Dari memahami bahawa kita baka yang lemah, terus rujuk kepada nas. Antaranya kita boleh rujuk nas memilih pemimpin dari Wan Xi, Saiful Islam, MAZA tanpa terikat kepada ciptaan Melayu Kepimpinan Ulama. Mudah2an kita tepat dan selamat.

Dev. Rakan gua bermula di Teknik Port Dickson. Tingkatan 4. Badan dan perwatakan dia macam polis India yang eskot pembunuh Sosilawati tu. Terpisah sebentar kerana gua 'bertukar' ke Teknik Tuanku Jaafar. Gua jumpa dia semula di Politeknik Port Dickson. Sejak tingkatan 4 dia dakwa dia kumpulan 18. Gangster India. Gangster tak gangster, tukang kaber line gua jugak. Haha.. bawak2 benti la taksub kepada kumpulan gangster ni bro.. jangan hina lu punya tahap pendidikan.

Berchating dengannya, masuk bab pemilihan PAS. Terbit satu soalan. Pilihan pemimpin pada pandangan dia.

"Aku pilih pemimpin yang pernah dipenjara, ditangkap, disiksa, diaibkan kerana aku (rakyat tafsiran gua). Selain itu, dia tidak layak."

Menarik!

Tafsiran gua.

Pada gua, member gua tu merujuk kepada pemimpin Hindraf, berbanding MIC kot. Tapi gua nak share tafsiran gua plak.

TGNA - Gua tak sure ketika zaman mudanya. Gua belum lahir kot. Tapi skang ni, gua ingat damage yang besar kalau UMNO tangkap orang tua tu. Simpati akan memusnahkan simpanan tetap UMNO di kawasan Melayu Hutan.

TGHA - Gua tak sure ketika zaman mudanya. Gua belum lahir kot. Tapi skang ni Hadi adalah aset UMNO. Pemilihan PAS ni, macam biasa, Utusan dan Parpu Kari akan berkempen untuk team Hadi.

Anwar Ibrahim - Yang ni paling banyak kena tangkap. Tapi tak sure dia kena tangkap demi rakyat, atau demi kerusi Presiden UMNO. Sudah diterajang dari UMNO pun dia masih mengatakan tidak menyesal pernah masuk UMNO. Kalau dia tak diterajang dari UMNO? Gua ingat, Nik Aziz pun lumat bila dia jadi PM. Sebelum lu tanya soalan pada gua, kuda adalah kata jawapannya.

Sejak diterajang dari UMNO, pelbagai kes disabitkan atau tersabit dengan Anwar. Juga gua tak sure sama ada kerana rakyat, atau kerana musuh peribadi UMNO. Jika Mat Sabu ditangkap kerana berjuang dapatkan pilihanraya adil, Anwar Ibrahim tidak ditangkap kerana perjuangan manifesto. Dia ditangkap kerana bawa masuk Saiful dalam PKR, sebagai kopi boy dengan wala' penuh ahli PKR.

Jika dulu Lim Guan Eng ditangkap kerana membela gadis Melayu yang dirogol Ketua Menteri Melaka UMNO, Anwar dalam Liwat 1 pula dia ditangkap kerana diterajang UMNO. Kalau tak diterajang?

Jika Lim Kit Siang, Karpal Singh ditangkap kerana Operasi Lalang, Anwar pula tidak pernah ditangkap kerana rakyat; kecuali sebelum berpalit bersama UMNO dan selepas UMNO. Ketika itu Anwar ditahan ISA demonstrasi Baling miskin bawah ABIM.

Kes-kes terbaru ini, video seks muncul dari Eskay, kawan karibnya sendiri. Datuk Nalla yang lompat adalah tokey judi rakan baiknya. Zaid Ibrahim dibawa masuk oleh Anwar sendiri. Zul Nordin dikutip dari buangan Syura PAS, walau dia tahu PAS adalah rakan politiknya.

Antara yang pernah ditangkap kerana rakyat.

Nasharusin Mat Isa
Mat Sabu
Lim Guan Eng
Pemimpin Hindraf


4 comments:

zargus2702 said...

-wa dah prnah katekan dulu, tuan ibrahim mesti akan wat u-turn dan brtanding utk timb. presiden,sblm ni kemain lg die kate xnak brtanding utk jwatan trsebut,tp paper ari ni die kate die blum wat kputusan lg..legasi / pengkultusan ulama akan dipastikan brterusan..

-kalo nk hrapkan nasha, mmg die x mampu nk lawan mat sabu, nak xnak, titm mesti ambil alih posisi die..sape kate ulama x pndai berpolitik?hahaha..sangat pndai mereka2 ini berpencak..

-bru ari ni wa tau yg jumlah pencalonan utk setiap calon2 brtanding adalah dirahsiakan, bile dah dpt cukup pencalonan je, jumlah slps itu akan dirahsiakan..mcm2 pas ni..wa ingatkan hnya pengundian je yg dirahsiakan dan dikira undi trsebut dlm bilik setiausaha agung rupenye ade lg yg disorokkannye..sebab dah tradisi katenye..bile brhadapan ngan SPR lain plak pendirian die, sume bende die nk SPR wat depan2, xleh sembunyi2,nti x telus..bile kena tang hidung sndri..

-"tidak timbul istilah telus atau tidak apabila pas tidak mendedahkan bilangan pencalonan krn ia adalah prosedur pemilihan yg telah ditetapkan sejak pas ditubuhkan.Malah semua ahli sudah faham dan tidak pernah mempertikaikan ttg perkara ini."Khairuddin Othman (Setiausaha Perhubungan Pas Selangor)

-Woi macha, teh tarik campur pil wala' wenneak!!!

lelaki_ini said...

Bro. AT,

Lu jangan lupa. Mustapha Ali pun pernah kena debik depan Parlimen. Tantawi pulak pernah kena gari.

Paling gua tak boleh lupa, Mahfuz dan Salahudin Ayub sanggup pilih penjara dari bayar denda sebab bantah pasukan kriket Israel tahun 1998.

Bro. Zargus,

Pada gua jumlah pencalonan takde hal nak rahsia. Paling penting ialah proses pengiraan dan penjumlahan undi masa Muktamar nanti. Tu yang perlu telus dan dilihat telus.

Tn. Ibrahim mungkin boleh pecahkan undi Nasha. Peluang cerah pada Md Sabu, dengan syarat Azizan, Husam dan Nizar tolak pencalonan.

azwandengkil said...

Bro, komen sikit entri terbaru gua. Gua kompius kaw-kaw ni.

sam raspiut said...

pada wa, team Hadi misti korbankan Nasha... jadi kambing hitam redakan kemarahan penyokong pas pada Hadi.
Mat sabu lak keris purba khadam tak bertuan, dia akan dimenangkan jadi TP.. cam Ghafar masuk kain Cet det