Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

May 18, 2011

Piala FA : Amaran kepada penyokong Kelantan dan Terengganu.

18 Mei - Bekas pemain Real Madrid era 90an, memberi amaran kepada Penyokong Terengganu supaya mengelak untuk memasuki ibu negara menggunakan Lebuhraya Karak.

"Penyokong Terengganu sila guna Seremban sebagai laluan ke Shah Alam. Kalau penyokong Terengganu berdegil menggunakan Temerloh sebelum Lebuhraya Karak, keadaan akan sesak dengan percampuran kenderaan hari biasa dan kenderaan dari penyokong Kelantan."

Bekas pemain tengah Real Madrid itu, Lionel Khairul turut menjelaskan,

Gua nak berniaga hari tu. Kalau jem, lambat. Bila lambat, lambat niaga. Bila lambat niaga, lambat dapat untung. Ak'alaa...."

Sementara itu, MB Terengganu menjanjikan habuan istimewa kepada pemain yang berjaya membawa piala itu ke bumi penyu.

"Ada ganjaran. Memang ada.. tapi tidak mahu dibesar-besarkan terlebih dahulu."

Bagaimanapun, buat Kelantan, mereka terpaksa berhadapan dengan satu fatwa dari Dewan Ulama PAS Terengganu. Harun Taib ketika dihubungi Agensi Berita Fakap bagi mendapatkan komen perlawanan antara jiran ini mengatakan,

"Jangang lawang Hadi. Jangang lawang Nasha. Jangang lawang Ganu kite. Mung nok jadi Aduka?"


4 comments:

azwandengkil said...

Gua sokong Terengganu bro.

AdukaTaruna said...

Gua sokong team yang beli barang gua paling banyak. Ngeee...

abanghensem said...

kalau wa bakar bendera... lu rasa bendera apa yang akan wa bakar?....

Hanz Newman said...

Jangan pembakaran terbuka. Elakkan bakar bendera walaupun bendera Israel sekalipun. Jaga alam sekitar kita.

Sokong la pasukan yg menang. Eh, sokong la pasukan kita seadanya. jangan taksub sangat. Bukan boleh masuk syurga pun sokong pasukan bola ni.

Having said that, gua ingat Kelate menang 2-1. Dah takdir Allah. Team T'ganu walau disokong & didoakan oleh semua ulamak macam TGHH sekalipun tak mengubah takdir Allah, kan? Don't get me wrong, obviously, apa yang penting dlm dunia bolasepak ialah kualiti pemain, corak permainan sepasukan (technically), hebatnya percaturan taktikal & usaha pasukan on that matchday.