Skip to main content

PAS Reform berakhir?

Oleh : AdukaTaruna


Tersesat menjumpai N3 lama ketika isu dituduh memaki Sultan Johor dengan perkataan mampos dan pergi mampos. Setelah membacanya, dapatlah gua rasakan betapa leganya menegak Hadi akan kejadian yang menimpa gua ketika itu. Mungkin kifarah, mungkin platform, mungkin immune; hanya Pencipta gua sahaja ada jawapan yang tepat. Gua hanya bergerak atas apa yang gua faham, dan atas apa kebetulan yang mampu.

Gua tidak menolak PAS Reform boleh berakhir. Pada gua PAS atau PAS Reform hanya nama dalam kebetulan yang dikehendaki zaman. Tapi setakat gua menaip hari ini, tidak. Insyaallah. Langgar Hadi akan tetap berada dalam plan. Selagi ianya relevan. Cuma gua ada halangan tertentu sahaja yang berkemungkinan settle 23 Mei ini. Insyaallah.

Untuk ke Rusila, selain dari barisan media rasmi internet, dan bloggers / facebookers, gua umumkan bahawa gua telah mendapat akses dan bantuan dari seorang pemuda. Anak kepada seorang pemimpin PAS Terengganu. Yang berada di hiraki tinggi di Jalan Raja Laut. Insyaallah.

Tunggu 23 Mei ini, keputusan sama ada Allah still tangguhkan gua atau tidak. Wallahualam.


Comments

  1. Uh..PAS reform kalaulah maksudnya mencari keberkesanan politik maksima ala reformasi yang diambil dari mentor anuar kaca sungguh memilukan. Apa yang ditunjuk dan di capai oleh anuar sudah memadai mempengaruhi sesiapa.
    Pas sejak dulu sudah bergelumang sama mencari letak dirinya..sendiran, bergabung dengan kerajaan, barisan alternatif....dan sekarang PR. Kemana lagi?
    Corak pendidikan pada ahlinya semakin lama semakin celaru dalam memahami dimanakah Islam di Malaysia ini untuk di memantapkan dan memperjuangkanya demi generasi warga Malaysia keseluruhan.
    Emosi menularkan sifat keegoan/takbur(ciri utama yahudi)dipaksakan kepada lawan politik dalam berhukum demi menegakkan keharusan. Nilai persaudaraan seperti bukan tanggungjawab untuk dicari dan dirapati demi kepentingan mengekalkan perbezaan perjuangan.
    Di burukkan lagi;Kelemahan bersama sesaudara walau berlain parti dianggap fakta untuk Islam menghambatnya tanpa kesedaran tanggungjawab dakwah yang tertanggung sama. Memudahkan/memayahkan Islam sebegitu sekali tanpa betapa sebenarnya ia sederhana demi sesuai dengan keupayaan penganut/bukan penganut mempraktikakanya penuh harmoni.

    Aku tak layak untuk ini...bercakap seperti mereka yang pandai berpolitik tetapi aku dapat merasakan buruk yang kian menghimpit politik kita akibat karenah tercari2 harga nilai dan cara perjuangan.

    Aku fikir hadi yang kekal ada disitu bukan bermakna kekal untuk beristiqamah dengan apa yang ada.!!! Reform...(?)

    ReplyDelete
  2. Yg celaru nyer lu jek bro.cuak ngn word reform sampai apa2 reform2 lu kait dgn anwar.

    Gua berani cakap kebanyakan pelopor pas reform bukan simpatisan anwar.hentam adela.

    Bagi wa, yg terbaik ialah pas kene readykan PM in waiting sendiri yg lagi bagus dari anwar.Sbb tuh kene reform.

    Masalah bersatu ni mmg cerita karton lah.Nk buat buat apa bersatu ngn org mengucap tapi makan rasuah, hidup pon lebih kurang kapir jek.Tinggai nama ja islam..tuh jek yg ada.

    Gua fitnah?lu rase la..anak najib,nazri yg gamba merata2 lucah tu sembahyang ka?hidup cara islam ka?

    So camna bapak dia.Tak pernah sekali pon najib kuar kenyataan marah anak die.bini dia jauh sekali bro.

    Lu rasa2 allah gembira ke umat islam berketuakan org2 yg mcm ni?Kalu lu berani lu kuarkan kenyataan camnih.

    "Saya bersaksi dengan nama allah, saya yakin allah merestui saya berkepimpinan orang2 yg tak menjadikan islam sebagai cara hidup.Saya yakin undi saya pada mereka mendatangkan pahala"

    Jangan sampai mengucap syahadah jadi lesen masuk syurga bro, tak kisah apa pon lu buat kat dunia.Agak2 menghina islam jugak tu.

    ReplyDelete
  3. Maybe aku celaru..tapi tak pada reform oleh nuar kaca yang berjangkit kat sesiapa yang sangka nak reform dalam politik ni.Dalam PAS mana boleh reform kalau asas reform dalam Islamnye dipinggirkan. Perpaduaan asas membentuk dan memperkuatkan Islam walau tak menangpun di dunia ni.Semua Lu kasi tenggelam dengan sifat2 buruk orang lain bagi halalkan diri lu..Lu mau sediakan laluan dan ujudkan PM ideal lu punya pasal lah. Konsep lu dalam politik begini amat kunu. Kunu dalam hal tidak menafaatkan tempat,masa dan akal anugerah Allah. Lu semakin lebarkan jurang penganut Islam lu semakin hampa. Lu asyik mengambil pendekatan membezakan lu dengan orang lain lu makin kembangkan sifat buruk lu. Lu fikir orang tidak nampak macam lu..tapi lu fikir orang lain mesti macam lu mana ada jalan beb..lu ingat ajaran Islam itu macam ker mau setel semua hal?
    Kenapa lu kasi masalah pada Allah? Lu ingat Allah ada masalah ker mau fikir apa manusia buat.Dia tak rugi apa2. Tapi Allah amat pengasih sudah beri panduan berketuakan siapa pun ok selagi kita boleh laksanaan agama amalan kita dengan aman. Ini pula sumbangan memjaga,memantapkan dan sekali gus mempertahankan akan diberi ganjaran kerana tanggungjawab didunia ni.Jadi kebajikkan oleh generasi seterusnya.

    Ilmu islam boleh belajar dimana2. Tetapi bukan hanya untuk diamal di politik pas sahaja, tetapi dimana jua.

    Aku tak salahkan siapa sokong siapa..pemimpin yang baik adalah pilihan terbaik, dalam ertikata sistem politik demokrasi ini, meletakan negara dipimpin oleh seorang yang hampir persaudaraan Islamnya dengan aku adalah lebih utama semasa hidup aku. Melepaskan peluang itu dengan cara hanyut dengan kerja syaitan yang sentiasa menyeru kehancuran oleh berengang saf diantara orang2 islam tidak sekali. BN lebih ok dari PR. Terserah saja lah kepada pemimpin2 kita.
    Sebenarnya aku boring nak tulis. Mudah jer aku anti orang Islam yang meningalkan keutamaan perpaduan bersama ni..ake ake...

    ReplyDelete
  4. Reform is a must in life ..it's a way fwd ...Elok apa jika kita buat sesuatu bila dah kenalpasti kita ada wawasan/objektif/ kekurangan/ silap/dll. Baru boleh maju & eventually perintah negara ikut cara Allah suka.

    Change for better ..& u, we can name it any thing, e.g., revolution, transformasi, rebranding, blah blah blah .. more less sama saja tu.

    Jgn takut byg byg!

    p/s: howay PAS Reform! Go 4it!

    Hanz Newman

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...