Skip to main content

Mufti Perlis naif, buta sejarah politik : Prof Dr Aziz Bari


Abdul Rahim Sabri
NONEPensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini membidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung kenyataannya yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Abdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai "naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politik Malaysia" khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974.

"PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam.

"Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam.
"Melemahkan mekanisme itu, baik dalam parti-parti yang ada yakni Umno, PAS atau PKR akan merugikan umat Islam," katanya.

Abdul Aziz yang juga seorang pengamat politik berkata ketiadaan semak dan imbang menyebabkan pelaksanaan Islam dan kebajikan Melayu terbantut.

"Ia menyebabkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa merebak," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Juanda yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia semalam yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan kedua-dua parti itu sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Menurut mufti Perlis itu, penyatuan kedua-dua parti berkenaan sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam. Malah al-Quran sendiri melalui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Bagaimanapun tokoh agama muda itu menjelaskan gesaan penyatuan Umno dan PAS yang diutarakannya semalam bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.

Sebaliknya penyatuan tersebut dalam erti kata bekerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara.

"Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz turut menyifatkan "satu jenayah" bagi menggagalkan pembentukan sistem dua parti yang kini sedang berjalan.

Dakwanya, Umno dan beberapa tokoh tertentu dalam PAS, tidak selesa dengan pembentukan sistem dua parti yang akan menyemarakkan wacana politik yang berasaskan dasar dan program, bukan agenda ras, politik skandal yang didakwanya cuba dibawa oleh Umno sekarang.

Sehubungan itu beliau meminta Juanda mempelajari sistem politik yang ada sebelum membuat sebarang kenyataan. -  malaysiakini

Comments

  1. he lama tak ditalian..demam
    bercerita tentang orang islam kena bersatu fikrah dalam arah politik di malaysia ni memang syok..orang bijak2 tentunya semakin teruja. Orang biasa cam aku terlentuk dan meleleh jer lah air lior. Mana nak pakai ni kalau dia orang berbalah. Padahal perpaduan kepada skop politik untuk sebuah negara yang dlm lingkupan sistem yang sedia ada ni adalah anugerah pada umat melayu dan islam. Tak bersyukur kerana karenah relatif dikalangan ahli2 parti samada yang sedang berkuasa atau yang ingin cuba mengambil alihnya amat lah menzalimi Islam. Jika di amati apakah letak kuasa politik yang ada di negara ini satu yang tiada harga? Apakah dengan bersandarkan semata keyakinan PR akan menentukan Islam yang ada ini akan lebih terjulang jika masalah penyatuan fikrah politik seperti sedia ada ini?
    Sebenarnya antara umno dan pas ada perbezaan. Umno memikul bebanan ini manakala pas sekadar melihat sahaja. Banyak boleh diperkatan jika dilihat dari politik kepartian sendiri. Di kelantan dan kedah misalnya, begitu banyak beban yang ditanggung dijajakan sebagai dimana ahli2 parti memandangnya sebagai bukan bahan pengajaran. Penyakit ini bermaharaja lela sekian lama dan selayaknya malaysia dipergunakan sebagai bahan rebutan bukan sebagai bahan ukiran yang bernilai tinggi.
    Parti2 yang membawa moto islam sebegini amat baik untuk cek dan belen. Tetapi tidak semua perkara boleh di katakan baik. Seperti ditunjuk oleh bangsa yang menarajui ekonomi disini,meluputkan Sistem Islam dan yang mengaitkannya dengan bangsa melayu yang beraja dijadikan mereka sebagai inti perjuangan.
    Kenapa umno dan pas tidak melihat betapa indahnya konsep persaudaraan di kalangan mereka. Kenapa konsep silatul rahim ini perlu dinilai kembali(salehuddin pas) untuk permainan politik sempit. Kenapa sejarah lama akibat permainan politik dangkal(tidak mahu berkonsep berkongi kuasa)jadi alasan dan berresepsi kelemahan umno ( Idris/mahfuz) menimbulkan alasan. Kerja dakwah dalam ahli2 yang bersemangat tinggi amat bernilai. Peratus tinggi Kerja buat ahli pas penuh keikhlasan. Masa berkualiti ahli pas dirasakan tersasar dalam ruang ini.
    aku rasa2 laa.
    yang penting persaudaraan dan saling mufakat demi Islam pada negara ini, akan berjaya jika bersatu pada politik yang tidak disempitkan. Orang bijak pandai bukan pembawa perosak!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.