Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

May 29, 2011

KUIN : Azizan dan UMNO serupa - Aziz Bari

Oleh : Prof Abdul Aziz Bari
Sumber : Mimpi Senja


Saya mendapat perspektif yang berbeza tentang kes enam pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang diambil tindakan selepas bercakap dengan Peguam Hanipa Maidin.

Saya tidak tahu kes ini secara terperinci. Apa yang dilaporkan ialah para pelajar itu digantung pengajian dan didenda kerana berdemonstrasi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyebut soal-soal teknikal seperti Institusi Pengajian Tinggi ada peraturan dan sebagainya. Ini soal teknikal, soal kecil. Ada gambar besar yang perlu diambilkira; yakni hasrat Pakatan Rakyat yang hendak memperkasa dan membebaskan rakyat.

Kita tidak mahu peraturan digunakan untuk menutup gambar besar tadi. Yakni falsafah pentadbiran secara keseluruhan oleh Pakatan Rakyat.


Nampaknya apa yang KUIN lakukan sama saja dengan IPTA yang berada di bawah Barisan Nasional.

Kalau pelajar ponteng, meniru dalam peperiksaan atau merosakkan harta benda kolej itu boleh diterima. Tetapi kalau hukuman dibuat berdasarkan kepada demonstrasi ini tidak kena dengan falsafah Pakatan.

Kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin oleh perlembagaan (Per.10(1) Perlembagaan Persekutuan. Kalau akta parlimen pun tidak boleh mengatasi peruntukan itu apalagi sekadar peraturan kolej universiti. Kerajaan Pakatan tidak harus menafikan kebebasan bersuara sebagaimana Umno-BN melalui polis dll.

Itu gambar besar yang KUIN khususnya dan kerajaan negeri Kedah umumnya perlu prihatin. Apa yang berlaku menggambarkan sikap kuku besi, autokratik dan tidak boleh dikritik.

Setahu saya pelajar di KUIN membayar yuran dan mereka berhak bersuara. Hak ini tidak boleh dinafikan atas alasan lain. Contohnya kalau mereka merosakkan harta benda mereka perlu dihukum atas kesalahan itu dan hukumannya perlu setimpal.

Menteri besar sebagai pengerusi KUIN patut mengambil langkah segera; umpamanya membatalkan hukuman itu.

Jika tidak isu KUIN ini akan digunakan terhadap Pakatan. Bukan sahaja di Kedah tetapi di negeri-negeri lain. Dan boleh menyulitkan perubahan di Putrajaya.


3 comments:

atiq said...

He he duka
aku susah bebenor nak memahamkan reform nko ni..menafsirkan reform semua orang tau..cara fikir lama ulamak pas dengan natijah yang ada sekarang nak ganti dengan cara fikir/tindakan yang dikata relevan dan berkesan demi pejuangan islam.

Islam sememangnya ideal(satu anugerah untuk panduan manusia mempraktiknya mencari dan mendapatkan sesuatu yang akan punya nilai yang terbaik (oleh anugerah akal) pada semua dalam tribuasi sifat manusia yang serba lemah ini-).

Contoh bab menangani tindakan oleh kuinn. Perkara pertembungan berkepentingan pada sesuatu maksud sentiasa ada. PR mengatakan tindakakan itu memperbudakkan demokrasi dalam penilaianya dan ini menjadi penghalang reform -sedangkan kuinn melihat ia akan memperkasa dan sekali gus menilainya amat di perlukan dalam kuasa perolehan dari demokrasi. Adakah pas reform mendekati Islam yang ideal itu?

Sama seperti nko..langgar hadi-sedang sikap melanggar itu bukan menjelaskan yang demokrasi begitu jika dalam lingkup berjemaah yang mempunyai peraturan tersendiri. Adakah nko lebih mendekati ideal Islam itu?

Perbezaan aziz dengan hadi contoh demokrasi selagi mereka disatu jemaah yang tunduk kepada kemahuan teramai dan menyatukan fikrah kearah yang dikehendaki.Seharusnya
sebuah kesatuaan seperti pas-akan menjadi lebih matang mendambakan demokrasi kearah kehendak islam yang asasnya menjadikan permufakatan sebagai prinsip.Mungkin kah pas menghampiri ideal pada islam itu juga?


Pemimpin mempunyai haknya sama seperti hak mereka yang dipimpin untuk dilaksanakan penuh jiwa dan raga. Penyatuan pada kedua hak ini tidak menjadikan pertembungan tersebut sebagai kesan batas pemikiran terbiar bebas macam layang2 tak der tali.Keidealan Islam sebagai pemandunya mengikut masa dan ruang.

Pendek kata: Jangan kata sebelum merasa..! memperolehkan Islam bukan sekadar kata sahaja2 dan menyemai jalan mudah seperti mengubah tampok kuasa secara politik. Kita sekadar mendekatinya semampu dan selimit cerdik yang ada. BN lebih ok dari PR untuk Malaysia dan umat Islamnya.

Hanz Newman said...

yawn! next comment!

abanghensem said...

citer pasal laksana undang² ni wa teringat camne YB Takiyudin terpaksa turunkan balik charge parking kete area KB selepas dia naikkan ( wa lupa la berapa sen/minit dia naikan charge tu)....

yer la bila BN naikkan harga barang kita kecoh.... bila jadi pemerintah nak naikkan plak charge parking meter tu... marah la rakyat....

tapi YB Takiyudin ni jenis lembut.... bila rakyat marah trus jer dia tarik balik kenaikan harga charge parking meter tu... kalau YB takiyudin keras kepala.... pertahankan langkah dia tu..... celik mata kat TGNA.... aku rasa PRU12 ari tu konfem parlimen KB BN yang punya..... hahahahaha....