Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh campur tangan berhubung tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang mengenakan tindakan tatatertib ke atas enam pelajarnya.
"Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri," katanya dipetik Harakahdaily.
Azizan mengulas tindakan beberapa pertubuhan pelajar termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menghantar memorandum mahu Presiden PAS supaya campur tangan.
Bercakap pada satu sidang media, semalam, Azizan bagaimanapun berkata keenam-enam pelajar berkenaan boleh membuat rayuan jika mereka tidak berpuas hati.
Jelasnya, rayuan berkenaan boleh dibuat kepada rektor KUIN Prof Datuk Jamil Osman.
"Kalau pihak terlibat rasa tidak puas hati dengan keputusan panel tatatertib atau pentadbiran, dia boleh rayu kepada rektor.
"Kalau rektor pun dia tak puas hati juga, dia boleh rayu kepada menteri besar sebagai pengerusi kepada universiti," katanya.
Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang dari mereka dikehendaki membayar denda.
Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.
Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.
Semua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.
Menjelas lanjut tindakan KUIN terhadap pelajar-pelajar itu Azizan berkata tindakan yang diambil adalah mengikut lunas dan prosedur undang-undang universiti itu.
"Mana-mana universiti di dunia ini pun dia ada dia punya akta, perlembagaan universiti.
"Kalau ada benda-benda yang dirasai oleh pihak pentadbiran bercanggah dengan undang-undang, maka tindakan diambil mengikut perbicaraan yang adil dan ada bukti," katanya lagi.

Tindakan Azizan dan KUIN ini dibidas pelbagai pihak terutamanya pelajar kerana Pakatan Rakyat sebelum ini pernah berjanji akan membubarkan AUKU jika mereka berkuasa tetapi pada masa yang sama kerajaan negeri pimpinan mereka cuba mengekang kebebasan bersuara mahasiswa.
Gua : Memang betullah Hadi tiada kaitan dengan KUIN. Tapi Hadi ada kaitan dengan pendirian PAS sama ada menyokong AUKU atau tidak. Soalnya, adakah Presiden PAS ini berani seperti Mahfuz yang meletak jawatan berkaitan Kedah, atau terpaksa membisu demi kerusi?
Memang betullah Presiden KUIN (MB Kedah) mengambil tindakan mengikut undang2 yang ada. Tapi, undang2 itu bukankah AUKU yang dibantah PAS? Maknanya, jika MB Kedah sebagai Pengerusi, PAS Kedah ada kuasa untuk hapuskan AUKU di kolej2 mereka?
Ini soal Presiden PAS yang memilih pendirian parti menentang AUKU atau tidak. Dan ini soal MB Kedah mengikut undang2 AUKU yang dibantah penceramah2 PAS atau tidak.
Dasar 2 ekor Old School kepala batu.
Apa yg gua hairn adalh corak pemerintahn yg digunapakai masih ditakuk lama,masih merasakan bos berkuasa, bila dikritik muncung berjela, gua tgk 1 je masalah ustz Azizan ni bila berckp gaya atau ayat yg digunakan nmpak sinis atau mengajuk, kurang pengisian toleransi dan mesra, x tau la kalu pandangan gua salah, kalau salh gua minta maaf,kalau benarlah AUKU itu zalim Ustz Azizan kena cermin diri, rasany
ReplyDelete