Skip to main content

Cerita gua Himpunan 10K Pemuda PAS Kelantan (2).

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2

(1)

Pendek cerita, alhamdulillah dan tq kepada rakan2, gua berniaga sekaligus dapat memerhati pendekatan dalam program2 PAS seperti ini.

Orang PAS sudah pasti PAS. Tapi orang luar itu yang perlu dilebihkan pada gua. PAS masih menggunakan 'PAS' dalam pendekatannya. Gua label sebagai old school. Dan ini pula ialah penjelasan kepada label.

Jika dilihat 'bekas' orang luar seperti Bob Lokman, ia adalah pendekatan yang tepat dan terkini pada gua. Terlalu sedikit Bob Lokman mendasari jenama. Ucapan dan penerangannya jarang keluar jenama PAS, jenama UMNO. Memanglah ada, tetapi lebih kepada sebab utama dan faktor apakah.

Setelah Bob Lokman selesai memberikan tazkirah, majlis diambil oleh MC. Tahukah semua word apakah yang dilaungkan MC untuk anak2 muda?

"Bersama humban UMNO kelaut!"
"UMNO ke laut!"
"Hancur! Hancur! Hancur UMNO!"

Ini Program Parti Islam SeMalaysia ke, atau program ahli2 UMNO yang sudah tak suka UMNO? Apakah ianya menjadi begini kerana lahirnya PAS itu dari golongan ulama yang kecewa dengan UMNO?

MC teriak dan disambut anak2 muda. Doktrin old school ini masih digarap untuk anak muda yang lebih fleksibel. Yang PAS sudah pasti PAS. Bagaimana dengan orang2 luar? Kami tidak mahu label. Kami mahu sebab mengapa perlu ditinggalkan label. Kami tidak mahu disuap kek. Kami bukan generasi Abu Bakar Chik yang disuap2. Tapi kami mahu tahu mengapa perlu dimakan kek. Dan perbandingan ramuan antara kek.

Apakah PAS hidup atas isu kelemahan UMNO? Apakah PAS hidup atas isu jenama UMNO? Apakah perlunya anak muda menjadi PAS kerana kebobrokan UMNO? Asal ceramah PAS, mesti melabel, UMNO. Asal melabel UMNO, mesti ceramah PAS.

Mari kita ambil satu contoh Old School PAS. Terlalu banyak melabel; terlalu sedikit penjelasan hujah dan fakta.



Label Haramsani hanya layak disebut oleh blogger picisan macam gua. Bukan atas pentas rasmi PAS. PAS adalah satu entiti intelektual sepatutnya. Jika gua pun ditakdirkan Allah mempunyai jawatan atau ahli atau berada di pentas PAS, maka tidak boleh lagi berada dalam sikap2 gua sebagai blogger bebas ini.

(2)

Sampai bila PAS mengekalkan Old School? Biarlah Islam tertindas 60 tahun di peringkat negara, asalkan Old School memerintah parti?

Pernahkah selama Hadi Awang Presiden PAS, anak-anak muda dan masyarakat bukan Islam dihidangkan pembentangan plan ekonomi dalam ceramahnya? Penghafal bukan Presiden letaknya. Penghafal letaknya dalam Unit Tarbiyyah.

Pernahkah selama Tantawi KP PAS, anak-anak muda dan masyarakat Islam dihidangkan dengan masalah Lynas, petrolium, IPP, cukai dalam ceramahnya? Tidak. Tantawi hanya muncul ketika tarikh Hari Kekasih, dan konsert2. Jika sekadar itu, tidak perlu sehingga KP PAS. Cukup sekadar Unit Tarbiyyah  atau Unit Skodeng Belia 4B Kerajaan Melaka.

KP PAS perlu mempunyai kemahiran permasalahan teknikal. Permasalahan akhlak juga boleh diselesaikan dengan teknikal. Penubuhan unit bersesuaian secara teknikal. Memanglah lebih cantik jika turut memiliki kemahiran permasalahan akhlak. Tetapi, jika sekadar penghafal mengenai kitab2 akhlak, bunuh dahulu 23 juta rakyat Malaysia, kekalkan 1 juta ahli PAS, barulah munasabah menegakkan Islam melalui undi jari.


Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...