Skip to main content

BERSIH 2.0 : Pergi mampos sama Nik Aziz atau Anwar Ibrahim.

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Walau pokok kepada N3 ini ialah menjawab soalan kepada rakan pembaca gua, bernama Pudin; dan tidak pasti sama ada dia UMNO atau tidak, tetapi gua pukul ratakan tajuk N3 ni untuk semua UMNO.

Memandangkan kemungkinan sikap bebas gua menyebabkan blog gua dibaca oleh bukan PR, dan baru ini dipetik blog Parpu Kari, gua rasa, gua patut kongsi pandangan gua, mengapa perlunya kita semua menyertai Walk for democracy BERSIH 2.0 walau idealogi kita berbeza.

Sebelum itu, perlu gua down level dengan menyentuh mengenai word sahabat disebalik kata2 kasar gua kepada UMNO. Professional ma gua bro.. Insyaallah. Bertumbuk berdebik hanya di sini. Kat luar kita bersaudara. Walau gua berbahasa kasar dengan PAS Terengganu, tapi gua mempunyai rakan2 PAS Terengganu yang akan menyertai gua bertemu Hadi di Rusila nanti. Walau gua berbahasa kasar kepada ulama, jubah dan sebagainya; tetapi gua mempunyai ramai rakan2 yang berjubah. Hj osama antaranya. Walau berbahasa kasar kepada student Al Azhar Mesir, gua mempunyai rakan juga dari Universiti itu juga.

Jadi, di harapkan, dengan peruntukan perenggan down level ini, pembaca UMNO gua, Parpu Kari, Papa Gomo yang menuduh gua dapat 2 juta dari Husam, Warisan Melayu (FB), Usop Wilcha (FB), etc, tidak berasakan gua aneh apabila menggunakan word sahabat di sebalik word2 kasar yang kebiasaannya.

[2]

Sahabat UMNO semua. Maka telah bertanyalah sahabat kita ini :


Sebelum gua direct kepada konsep asas soalan ini, gua back to the future zaman dulu2 sebelum gua serius memasuki level gua sekarang ini.

Dulu ketika gua sekitar 2005, gua aktif berdebat dengan beberapa forum antaranya PEKIDA, MyKMU, Cari, WebKL, etc. Jika google word AdukaTaruna bersama nama forum, insyaallah anda akan berjumpa linknya.

Ketika itu level gua ialah menjelaskan basic mengapa demokrasi penting untuk kita sebagai rakyat. Mengapa kita harus ubah pemikiran Melayu ini DARI rakyat takut kepada pemerintah KEPADA pemerintah takut kepada rakyat. Jangan wala', tapi sokong ikut tajuk.

[2]

Bro UMNO semua... katakan UMNO lemah, tanpa memiliki media utama seperti sekarang, dan PAS kuat seperti UMNO. Apa akan jadi? Rakyat takut kepada pemerintah. Swastaan macam cilaka diberikan kepada anak-beranak. Tol, api, air semuanya diberikan kepada anak-beranak. Sedangkan hasil dari rakyat perlu dipulangkan kepada rakyat. Pemerintah adalah balaci yang dibayar gajinya oleh rakyat.

Tapi apa terjadi kalau demokrasi tiada sebagai jalan buat ketika zaman ini? Melayu mati dalam tahanan sebelum dibuktikan bersalah disorok akhbar2 Melayu demi pemerintah. Tol, cukai, penswastaan, pendidikan biasiswa, dasar hutang negara yang menjerat leher kita sejak zaman berzaman.

Pergi mampos sama UMNO dan BN,
Pergi mampos sama Hadi Awang dan Nik Aziz,
Pergi mampos sama Anwar Ibrahim.

Kita hanya sokong kepada siapa yang memperjuangkan pemulihan demokrasi. Kerana itulah senjata rakyat. Sokong Nik Aziz, atau sokong Hadi Awang atau sokong Anwar Ibrahim sehingga demokrasi dapat. Dan kemudiannya, gunakan senjata itu untuk memastikan pemimpin itu tidak menjadi UMNO. Hunus senjata itu ke leher mereka. Kita bayar gaji mereka.

Demokrasi adalah satu2nya senjata kita, sebagai rakyat, senjata anak cucu kita buat masa ini, di zaman ini. Sehinggalah ditunjukkan jalan lain satu hari nanti. Dapatkan senjata itu walau dengan menentang UMNO. Kemudian, sebelum senjata itu dihakmilikkan 'pengganti UMNO', kita pegang dengan kuat. Jangan benarkan wala' membabi, jangan benarkan taksub mekhinzir. Jangan biarkan parlimen terlalu kuat kepada satu2 parti.

Kita harus cipta satu suasana di mana parti2 politik yang ada berhempas pulas menjual manifesto mereka untuk kita, rakyat Malaysia. Penggal ini, parti A menawarkan 9 gaji penuh kepada wanita bersalin. 5 bulan semasa mengandung, 4 bulan selepas mengandung. Penggal depan pasti tiada siapa yang berani memansuhkan kebaikan manifesto itu. Tetapi datang pula parti B menawarkan pendidikan percuma untuk rakyat Malaysia dan mengekalkan kebaikan parti A.

Pergi mampos sama jasa2 parti A. Mereka balaci. Rakyat adalah raja. Kita undi parti B. Sepenggal dapat pendidikan percuma. 2 penggal dapat cuti mengandung. Penggal depan undi siapa yang terbaik dalam manifesto. Takda masa wala' dengan ulama, wala' dengan jenama, jasa2 kenangan dulu, Hadi Awang dulu hensem, Anwar Ibrahim dulu lah yang kena tumbuk. Pergi mampos sama mereka. Kalau tak nak susah, jangan tawar diri.

[3]

Gua harap sedikit sebanyak sahabat UMNO gua faham, walau gua boleh agak berapa purata IQ lu orang untuk semua ini. 2005 gua berada dalam level basic ini. Sebelum berada dalam level menentang arus yang menyebabkan gua banyak musuh. Hari ini, gua kembali kepada level 2005 gua.

Sekarang gua 30. 15 tahun akan datang gua 45. Gua harap, dapatkah kiranya ketika itu gua berada dalam satu lagi level. Menentang institusi dewa. Secara demokrasi. Gua bukan macam MAZA yang bersajak memuji dewa. Dewa yang baik akan memusnahkan sendiri sistem dewa itu. Kerana sistem itu adalah sistem celaka yang dicipta manusia. Selagi itu, gua tak iktiraf dia baik sehingga menyebabkan gua bersajak bergurindam memuji2.

Jikalah Allah izinkan keadaan sedikit bersesuaian pada ketika gua 45, institusi dewa gua akan langgar seperti mana Rusila ketika gua 29. Wallahualam.

[4]

Penutupnya, marilah kita bersama2 dapatkan demokrasi dengan Walk for democracy 9/7/11 ini. Insyaallah. Jangan turun sebagai ahli UMNO, jangan turun sebagai penyokong Mat Sabu, jangan turun sebagai fanatik Anwar.

Kita harus turun demi kita sendiri. Gua dan isteri turun dalam keadaan anak gua dalam kandungan kerana semua ini adalah senjata yang menjamin hak2 anak gua kelak.

Sesungguhnya solat gua, ibadah gua, hidup gua, mati gua, hanya untuk Lu, Ya Allah. Tiada untuk tokoh, tiada untuk jenama. Bantulah gua berada dalam landasan itu sepanjang hayat gua. Amin.


Comments

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.